WANITA, TUDUNG DAN AURAT Part 2


Bismillahirrahmanirrahim.

Ramadhan lagi tinggal 2 hari..!!!!
Tapi aku duk menulis sini.
Tapi memberitahu perkara bermanfaat pun di kira ibadah kan.
Semoga perkongisan ini menjadi ilmu bermanfaat untuk diri sendiri dan sesiapa yang nak menjadikannya sebagai teladan.

Mother Day baru ni, gigih la aku kumpul-kumpul gambar dengan Ma dari aku kecik sampai ke tua bangka sekarang ni ha. Dari situ, sambil buat video sambil tersengeh kerang je lah tengok pemakaian aku dulu, dengan tudung sentengnya, baju legan pendek pun boleh keluar pergi berlibur, baju body hugging tu memang kewajipan hahaha.. Sebenarnya, aku ni memang tak layak pun nak sebut dan tegur tentang aurat kea pa sebab aku pun masih merapu meraban. Aku kira tulisan ni atas tiket aku berkongsi pengalaman kot-kot terbuka hati sama-sama nak baiki penampilan. 

Aku akui, aku sendiri pun terkontang-kanting lagi tapi jomlah kita pelan-pelan kayuh.

Aku pernah sebut tentang perempuan, tudung dan aurat sebelum ni di sini.
Jadi anggaplah ini sambungan.

Kita masuk bila aku dah masuk ke fasa bekerja.
Umur muda, berat pun tak lebih kilo banyak sangat lagi, haruslah ala-ala nak bergaya juga pergi sekolah. Up sikit la dari zaman praktikal, praktikal takde gaji muahahahaha.

Disebabkan ada duit lebih di tangan, mudah terjebak. Muda dan bodoh biasanya seiring ahahaha.


Masa zaman tu, baru muncul trend tudung ada nama ni (atau sebelum tu dah muncul aku tak tau ke wallahu’alam). Masa tahun 2009 macam tu, nama yang ulung ialah Ariani dan Fareeda lah. Dan aku pun turut terjebak. Hasil terpengaruh dengan rakan-rakan cikgu yang dah DG44, DG48 yang konfem bulan-bulan balance pun banyak lagi, tak sedar yang diri ni jawatan pun tak sah lagi muahahaha.  Zaman tu tudung serlung tu je pun, ada je yang jual kat Pasar Kemboja tapi nayyyyy!! Takde nama, tak mahal… maka bukan pilihan nafsu aku.. Lagi mahal, lagi kontroversi...lagi membuak-buak nak beli..  Aku guna alasan “yang mahal” ni jahitan cantik, pakai rasa terletak elok. Memang ada pilihan saiz labuh ke tak tapi aku masa tu memang ambil yang paling singkat, apa dia labuh-labuh macam ustazah, tak kena tema gittuew. Tapi masa tu, aku tak rasa pun tudung aku singkat ke apa, aku rasa ok dah, dah cukup memenuhi tuntutan syariah dah bila bertudung. Dan masa terus berjalan, muncul pulak trend-trend artis dan online influencer pulak yang jual tudung haruslah aku beli terjebak kan, ingat kalau aku pakai tudung Naelofar aku akan jelita umpama Neelofa hahaha. Tapi setelah beberapa ketika, baru la aku yakin bahawasanya kalau artis pakai lawa, aku pakai tetap tak lawa muahahaha. Sedih kan, tapi dari menangis pilu baik kita gelakkan diri kita kurang sikit rasa stress… hahahaha jom sambung gelak.

Jadi setelah bertahun-tahun, banyakla tudung-tudung tu sampai tak muat almari maka tibalah masa untuk di let go. Masa Inilah baru aku dapat peluang memahami, bahawasanya di hujung-hujung cerita, tudung tetaplah hanya helaian kain walau masa kau beli tu harganya ratusan ringgit sehelai atau ribuan mingkin (tudung aku tak sampai yang harga ribu selai). Tapi bila nak bagi orang, tak nilai dah semua tu, tetaplah ia hanya tudung terpakai tiada lagi baru namanya. Aku duk kira-kira semula modal yang aku keluar untuk beli tudung-tudung tu weih, lepas la kalau nak pergi umrah untuk seorang pakej hotel dekat masjid. Tu pun kiranya sebab dalam bodoh-bodoh aku tu ada jugak lah terselit cerdik tu sikit-sikit, beli time sale dan juga tumpang kad Platinum kawan kalau beli tudung Ariani. (Masa tu bukan senang-senang nak dapat Kad Platinum Ariani tu). Tak kira lagi yang aku duk cucuk mak aku suruh gi beli tudung, nak belikan masa tu kurang mampu, tukang cadang pun bolehla. Cantik terletak tu memang la, tapi bila fikir dengan kos dia, dengan bagi aku yang suka lilit-lilit singkat maka masih tetap tidak kalis dosa apatah lagi api neraka. Jadi agak sia-sialah pelaburan duit aku di situ sebab tidak membawa kepada saham di sana. Jadi itu adalah turning point aku untuk lebih berhemah dalam pelaburan tudung. Nasib baik aku tersedar awal sebelum kemunculan quack-quack dan ikan terlampau itu. Rasanya kalau aku masih belum dapat kesedaran, aku masih terjebak dengan dunia tudung glemer. Jadi sebenarnya, nilai sebuah tudung bukanlah pada jenamanya atau harganya tapi kepada kemampuannya menutup aurat secara sebeanrnya, bukan hanya rambut dan leher. Bukanlah aku anti tudung berjenama terus, aku beli je kalau aku benar berkenan, bukan kerana copnya semata-mata just untuk  social status atau ikut orang dan trend semata-mata (social approval) walau pun tak sesuai dengan aku.

Sekarang ni konsep hidup aku lebih simple, mahal ke murah asalkan selesa, boleh tutup aurat sebetulnya, cukup. Lagi boleh berjimat lagi bagus, selain untuk ada simpanan diri sendiri, untuk memberi pada orang lain adalah yang lebih afdhal. Kalau memang dah sedekah banyak, duit simpanan pun dah ada banyak, so up to you lah how you want to spend tapi kalau ikut statistic selepas kontroversi founder-founder di awal-awal PKP baru ni, memang kebanyakan client mereka adalah yang income cukup-cukup (macam kisah aku zaman vodoh-vodoh dulu tu haha) sanggup berikat perut demi suatu jenama. That is fact.

{ bukan aku suruh boikot,... apa yang aku nak kata, berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan }

Itu baru tudung, tak sebut baju lagi. Setahun dua ni dunia fashion Malaysia berkembang kebaboom boom bomm. Macam-macam butik dan fashion designer yang muncul. Sekali lagi aku syukur aku bukan generasi yang lahir tahun 2000-an kalau tak zaman di university lagi dah jatuh muflis hahahaha. Fesyen sekarang sangat-sangatlah menggugat jiwa dan size badan remaja muda mudi, pendek kata habis duit untuk fesyen je lah, bukan buku. Dari yang murah hingga yang mahal-mahal ditambah pula dengan socmed influencer, fuhhhh memang melayang duit. Aku yang tua ni pun tergugat, apatah lagi yang too young too dumb kan..eh..

Cuma sekarang banyak yang guna tiket busana muslimah tetapi sebenarnya tak menepati piawaian syariah pun. Hanya membalut aurat konsepnya. Malas lah nak hurai yang tu, sebab semua kalau belajar agama mesti dah faham la kan, yang tinggal hanya nak melawan nafsu atau pun tak. Sebab macam aku, zaman yang dunia fasyen suram pun jelas gagal kalau sekarang lagilah mencabar. Tapi makin kuat ujian, makin kuat kita berusahasa mengatasinya insyaallah makin besar ganjarannya.

Konsep aurat sebenarnya jauh lebih besar dari konsep menutup rambut dan dada bla bla bla. Ia juga sebenanrnya melibatkan bahagian innerself. Malu itu sebenanrnya sebahagian daripada aurat. Pakai tudung tapi naik motor bonceng dengan lelaki bukan mahram, menyalahi etika menjaga aurat sebenarnya. Sebab tu kita selalu dengar, pakai tudung baju kurung bagai tapi gatal menggedik. Pakai tudung buat video tiktok menari gelek-gelek, buat orang yanf belum kenal islam fikir oooh muslim terkinja-kinja macam ni.  Jadi maksudnya secara zahirnya dia menutup aurat(atau balut atau tampal yang perlu ) tetapi aurat dalamnnya tidak. Aku pun tak tau istilah aku guna ni betul ke tak tapi aku harap sampai lah untuk kefahaman korang. Tudung labuh berhandsock stocking bagai siap berniqab tapi masih touch up kening pakai fake eye lash mascara contact lens kaler maler untuk menarik perhatian orang (read : lelaki ) masih dianggap sebagai tidak berjaya menutup aurat sepenuhnya walau dah bertutup berlitup bertirai bagai.

Jadi sebab tu ujian Allah ni tak sama antara kita semua, antara dengan yang jahil dengan yang berilmu ujiannya berperingkat. Kalau ujian Allah takat level biasa pakai tudung tutup rambut segala dah kira cukup, memang takdelah orang perempuan muslim dalam neraka, ye tak?

Selari dengan perkembangan fasyen muslimah ni, model-model muslimah ni pun ramai lah. Compare dengan 7-8 tahun lepas, muka sama je tapi berbeza skrg, punya ramai yang jadi model muslimah. Anak-anak murid aku pun ramai yang bercita-cita nak jadi model muslimah, maka sebagai cikgu seharusnyalah aku menyampaiksn apa yang aku tahu hasil bertanya dengan orang-orang yang tahu hukum. Mengikut ustaz yang aku tanya, beza model muslimah dengan model kontemporari adalah hanya berpenampilan sopan. Itu sahaja.
Ramai yang sentap bila aku cakap tentang hukum yang ini, konon aku dengki la pulak depa lawa boleh jadi model muslimah, depa boleh hidup glemer tapi aku sesaja je sibuk nak jaga dalam kain diorang walau hakikat sebenarnya kita tegur kerana sayang dan anggap seperti adik sendiri tak nak mereka terjerumus ke lorong yang silap. Siapa tak nak kalau boleh hidup glemer, income masyuk, wajah penuh menghiasi sosial media dan majalah. Dipuji-puji, dipuja-puja. Ada lesen muslimah pula tapi rupanya lesen tu tak valid ye.  Susah, memang susah untuk memberi nasihat. Kalau benda menyampaikan benda benar ni senang, takdelah Allah ulang sebut dalam al-quran banyak kali tentang “menyampaikan kebenaran”.

Jadi aku harap perkongisan aku ni sekurang-kurangnya dapatlah menyeru kebaikan mencegah kemungkaran. Sambil-sambil mengingatkan diri aku sendiri, aku kongsi untuk kebaikan bersama.

Tambahan pula dekat musim raya ni kan, fesyen semetinyalah nak up to date. Bagi umur remaja-remaja atau belia-belia baru nak up ini lah fasa cabaran menempuh tipu daya dunia. Kalau tengok kat IG, dengan fesyen baju so-called muslimah trendy ala-ala retis, penuh model-model so-called muslimah make up memikat memukau mata-mata yang memandang, duk berjoget-joget lemah gemalai gelak-gelak dengan lentik menggoda promote baju dan produk masing-masing,di sini kita boleh tanya iman kita bagaimana penilaiannya, adakah benar fesyen tersebut dan model-modelnya itu dikira bersifat muslimah dan menutup aurat “sepenuhnya” atau sekadar istilah muslimah semata-mata?. Zaman sekarang ni bukan hanya merujuk kepada model, tapi instafamous, influencer youbtuber dan  segala social media termasuk sekali lah. 

Aku pun baru sekarang tersedar, sebelum ni tumpas jua, berterbangan jua duit-duit untuk baju butik-butik ni. Tapi sekarang cara nak pilih baju agak simple.

1-      Sendat atau longgar patternnya ?
2-      Singkat  atau labuh tutup bontot?
3-      Model pakai tudung singkat, agak-agak sesuai tak kalau bertudung sedikit labuh?

Itu kriteria pemilihan baju. Bila nak pakai tudung dilema depan cermin. Tarik-tarik tudung singkat-singkat nampak cun.. nampak trendy..nampak gojes (puiii)... tapi teringat azam nak berubah.. tarik-tarik tudung bagi labuh sikit tutup mana yang kena tutup.. Tup!! Terus jadi makcik. Dugaan dan ujian..Sis redha lah jadi makcik sebab baru sedar mahalnya harga sebuah syurga.

Pilihan menutup aurat ini ibaratnya memilih gaya hidup untuk makan sihat. Setiap kali makan kita akan kira segala kalorinya. Tapi ada hari yang kita tewas dengan nafsu maka kita "cheat day".. dalam mengunyah tu walau boleh makan ikut nafsu tapi dah tak sama nikmatnya dengan zaman sebelum kita ambil tahu pasal kalori. Jika dulu kita makan dengan tanpa rasa bersalah tapi sekarang kita kunyah sambil menghitung nilai-nilai kalori yang masuk dan rasa sebal.

Begitulah aurat, sewaktu kita tak ambil kisah kita tidak rasa berdosa. Bila kita dah mula menitik berat, bila kita dedahkan atau terdedahkan, hati rasa tak tenang dan cepat-cepat cover semula sebab seumpama kita sedang menghitung dosa sendiri. Alhamdulillah, kita patut bersyukur kerana Allah telah membuka langkah pertama kita untuk ke syurga... mudah-mudahan...aaaminn.. 

Jadi panjang dah aku rasa dan rasaya dengan part 1 dan part 2 ni, selesai sudah aku berkongsi pengalaman  dari sudut pandangan aku tentang aurat. Semoga perkongsian ini menjadi perkongsian yang bermanfaat dan menjadikan kita lebih baik untuk menjadi penghuni syurgaNya.

Kita muslimah,setiap  kita adalah model kepada agama Allah.



Ulasan