WANITA, TUDUNG & AURAT part 1
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..salam bersua..ada ke yang rindu blog ni? Minta maaf, janji untuk kerap update nampaknya hanyalah sebuah manifesto bukan kitab suci ahakz.. tapi takpe.. sekurangnya2 janji aku ni mnyebabkan kadang-kadang tidur tak lena sebab teringat-ingat janji aku yang termungkiri ini huhuhu.. (macam mana politician blh tidur lena selepas menabur fitnah janji ek? Dan macam mana orang boleh tidur lena tak ingat dia ada hutang duit orang ek? Hutang bank tu biasa... ahahaha..)
Walau apa pun, aku dapat rasa yang posting ni akan jadi panjang. Jadi kalau korang sejenis yang tak sukanbaca benda serius dan panjang..boleh permisi la kot..tinggal hanya mereka-mereka yang mencari kebenaran (cheyyyyyyy 😝😝) dan memang yang gemar membaca..semoga tulisan ini membawa kepada kebaikan kita semua..kau dan aku.. Amin.
Macam-macam pendapat dilontarkan dan biasanya dari mereka yang konon-koninnya memperjuangkan hak wanita & kemodenan. Dan yang selalu menjadi contoh teladan adalah artis. Kenapa artis di highlightkan? Well,sebab artis kan memang kerjayanya melibatkan lifenya utk diperhatikan. Kalau orang yang kerjaya lain..takde orang nak ambik tahu pun. Ko dari umur 10 tahun dan bertudung litup takde orang nak puji kena buat press conference ke apa ...or bila masuk Universiti tudung terbang tak jumpa cari jalan pulang ke, paling maju pun family & jiran-jiran je la duk membawang. Tapi berbeza dengan artis. Kalau artis pakai tudung, dia punya hype tu diibaratkan umpama news baru memeluk Islam. Padahal bertudung je..macam hakak cakap la..ramai berjuta lagi yang dari kecik pakai tudung, takde yang pelik. Tapi well..sebab dia artis, pengaruh dia besar.. maka kita ambil positif, ini boleh juga menjadi promositudung bertudung secara tak langsung.
Tahun 2019 ni... ada beberapa artis yang dah mula bertudung seperti Jihan Musa & Lisa Surihani (Alhamdulillah)..
dan ada jugak yang beberapa orang yang dari bertudung kembali ke fasa tidak bertudung. Bukan hanya bukak tudung , tapi lebih dari tudung dia bukak huhuhu. Rasa sedih, sebab dari mata kasar, nampak dia bukan hanya 'cabut' tudung, tapi dengan 'agama' sekali macam turut tercabut (tak perlu sebut nama di sini). Tapi siapalah kita untuk menilai, dan tak layak pun nak jatuhkan hukum.
Bila sesorang individu memilih untuk memakai tudung, alhamdulillah, ia adalah suatu langkah positif untuk menutup rambut yang diklasifikasikan sebagai aurat wanita.
Dan apabila sesorang itu memilih untuk mennggalkan tudung, itu adalah langkah songsang jika dilihat dari sudut agama kerana mengingkari larangan Allah.
"Alah..tak pakai tudung je pun..baju elok je lagi tutup (read: balut) aurat."
Dan yang teruk jugak, bila ko xbertudung, tapi pandai pulak bisnes tudung.. suruh orang tutup rambut (Alhamdulillah) tapi diri sendiri tak bertudung. Sedih rasa bila fikir sikit je lagi dia dengan hidayah Allah. 😢 Orang macam ni boleh dipanggil penunggang agama ke x?
Melayu dan tudung memang berpisah tiada. Saja la hakak highlight MELAYU sebab kita di Malayisa kan..kalau melayu memang islam lah agama di atas kad pengenalannya. Kalau orang yang bukan islam memang takpelah. Cuma, orang bukan Islam di Malaysia dia memang faham Islam = bertudung.
Contoh ;
Anak murid aku yang non-muslim tengok gambar Sophea tak pakai tudung tapi kenapa aku kena pakai tudung..mereka tanya kenapa ? Aku explain lah budak-budak takpe, tapi kalau dah baligh tak boleh la, berdosa nampak rambut.
Diorang tengok satu gambar kahwin dalam paper.. dia tanya.. "yang ni Islam ke cikgu yang perempuan ni?" ...laju je aku jawab Islam. "Oooo..tapi kenapa tak pakai tudung? "... Krik...krik... krik....taklah...aku jawab je la jujur..
" Dalam mana-mana agamapun kan..mesti akan ada yang ikut ajaran agama dengan yang tak ikut ajaran agama. Ni salah satu contohlah".. Diorang pun bersetuju.
Bagi non -muslim.. memang diorang label bertudung tu muslim. Jadi kalau kita tak bertudung agak2 apa pandangan non muslim pada kita? Apa pandangan mereka pada muslim tapi berpakaian sexy mengalahkan mereka? Apa pandangan mereka tengok muslim elok bertudung tapi kerja asyik mengular?
Isu tudung ni.. memang dari dulu lagi menjadi topik yang hangat. Tudung ni kadang2 boleh disalahguna oleh masyarakat untuk mentafsir level kebaikan (read: keimanan) seseorang wanita.
"Pakai tudung baik, free hair jahat"
Dan inilah yang membawa ke arah tudung akan dipersalahkan dalam kebanyakan perkara.
"pakai tudung....tapi gedik"
"harap pakai tudung je..hati hitam"
"gambar pakai tudung tapi bahasa macam longkang"
"Tudung labuh, pakai handsock, pakai stoking, tapi berdating dengan boyfriend"
dan banyak lagi lah. [Aku pasti korang pun pernah kan dengar sentimen tudung dipersalahkan ni kan]
Sebenarnya.. tudung bukan lambang baik or jahat. Tapi lambang berilmu ('alim) atau bodoh (jahil). Selalu dengar kan jahil? Yes..jahil bukan maksud jahat...tapi BODOH..bodoh dalam ilmu agama khususnya.
Sebab itu, walau kita SPM dapat semua A+, dapat masuk Universiti terkemuka di dunia, dapat kerjaya yang hebat kaya raya, ada PHD bagai,itu tidak menjadukan kita CERDIK kalau aurat tak pandai nak tutup dan tak jaga ikhtilat, kita tetap BODOH di sisi agama. Ada faham? Cerdik dunia tapi jahil akhirat.
jadi entry kali ni, hakak just nak berkongsi pengalaman hakak tentang tudung dan aurat dari perspektif hakak selama 34 tahun dipinjamkan nyawa oleh yang Esa. Yang baik kita jadikan iktibar, yang buruk kita sama2 perbaiki.
Aku masa kecik2 memang bukan girl dressing lah. Aku lebih selesa pakai seluar (seluar pendek masa sampai darjah 2 kalau main petang-petang, lps tu biasa dah pakai seliar panjang), tshirt, rambut pendek. Memang berbeza amat dengan kawan2 sekampung or sepupu-sepupu yang sebaya. Pendek kata dalam ramai2 akulah yang JAHIL.. tapi Ma & Abah tak kisah pun sebab tak baligh pun lagi kan. Baru nak mumayyiz gitu..Makin menginjak usia, barulah reti pakai baju kurung bertudung. Tu pun konsep paksaan tanpa rela lah. Darjah 3 jadi pengawas kena pakai baju kurung (sebelum tu pakai pinoform), pergi kelas fardhu ain kena pakai baju kurung complete. Tapi bila pergi kenduri, tetaplah seluar tanpa tudung. Semuanya bukan sebab apa.. sebab keselesaan. Aku tak suka berpanas-panas rimas ni.Maklumlah lahir kat Switzerland.
Masa lepas UPSR..igt lagi.. aktiviti main je la kat sekolah.. aku sorang je yang tak pakai tudung dalam court bola tampar tu, tapi masa tu tak fikir apa pun, bukan kata sebab nak tunjuk berani lawan perintah Allah atau naknrasa cantik,just nak rasa selesa semata-mata. Dosa pahala xpayah sebut, memang tak masuk kepala pun apatah lagi nak rasa berdosa sebab masa tu orang tak kisah pun pasal tudung. Sebab tudung ni baru je berkembang pesat, dalam tahun 1990-an... kiranya pada zaman tu, majoriti rakyat Malaysia ni dalam kejahilan, tidak bertudung itu adalah normal. Kalau tak percaya, pi belek album lama-lama dari zaman 1960-an - 1990-an. Ha, styel ala Tun Hasmah la pendek kata. Jadi kalau orang tua-tua, mak-mak budak pun tak bertudung, apalah sangat isunya kalau budak baru baligh tak bertudung sewaktu bersukan kan?
Bila form 1, masuk Sek Men Sains XXXX baru lah sesak jiwa raga. Sekolah Sains tapi mengalahkan sekolah agama dia punya suasana tu. Pagi petang siang malam baju kurung je lah. Waktu riadah & PJK je tshirt and seluar track. Tu pun, tudung diharamkan selempang, kena straight bawah ja. Tudung berjahit jadi mcm tudung sekolah je semua. Memang jiwa memberontak lah, apa hal kan, dah la sekolah perempuan je, nak aurat kat sapanya. Begitulah pemikira zaman jahil ahahaha. Jadi kat sekolah bertudung litup, solat berjemaah, asma al husna 3x sehari alun, sebelum tidur baca Al-mulk, pun tidak mampu memnjadikan seseorang indidividu tu menjadi wanita solehah. (Individu tu aku lah) Asal balik cuti je, pergi mana-mana masih lagi tak pakai tudung. Masa ni rimas sebab tudung bawal sejenis renyah untuk dipakai bercampur dengan hasutan syaitan " pakai tudung make me look unpretty" walau kakikatnya free hair pun unpretty jugak ahahaha. Yezza...masa ni sudah dipengaruhi gelombang hormon remaja perempuan. NAK CANTIK/NAMPAK CANTIK/PERASAN CANTIK ahaha.
Pernah masa form 2, ada kenduri sepupu kawen, aku boleh free hair je kat kenduri tu, sebab masa tu lepas hari sukan, muka burn teruk. Memang muka dayang senandung malim kundang lah. Jadi sanggup aku free hair semata-mata nak orang tau aku ni bukannya hitam,muka sunburn je (tak pakai tudung baru orang nampak line warna dua darjat kat pipi tu. Korang faham kan?)walau memang menyerlahkan kejahilan diri sendiri, dah la semua perempuan lain bertudung, aku je lah yang togel.
"kalau bukan kerana sunburn, kulit aku ni cerah (cerah = cantik). "
HADOIIIIIII..!!! bodoh betolla kalau difikir-fikir balik, rasa nak hantuk kepala kat dinding huhuhu. Mak awal-awal suruh pakai tudung hakak berkeras xmau. Dua orang pak cik hakak, Pok Muda & Ayah Zik duk sembang gaya slow talk cakap pakai tudung lagi cantik. Tapi guess what, tak lekat dalam kepala, apatah lagi nak rasa berdosa sangat, ada rasa berdosa di lubuk hati, tapi macam tak takut sangat dosa tu,yang dalam kepala hanyalah NAK NAMPAK CANTIK (lah sangat oooiiiiiii). Kenduri kat kampung, memang nampak sgtlah aku je yang togel kepalanya, but ada aku kesah?? Rasa menyampah ada lah bila orang duk puji-puji sepupu2 yang lain bagus pakai tudung elok. 🙄
Sampai masa cuti akhir tahun Form 2 tu pun masih lagi free hair. (Ada gambar kat depan KLCC dgn tak bertudingnya tapi Ustaz kata aib yang lalu usah disibgkap). Bajet cantik lah kunun huhuhu. Serious, memang masa umur remaja ni, tak nak pakai tudung sebab rasa bila bertudung ia akan menjadikan diri aku ini tak cantik walau hakikatnya memang tak cantik pun.Tapi nasib baiklah zaman tu bukan zaman media social, so cikgu2 & kawan2 sekolah xtau pun yang aku ni spesies freehair sebab bila balik hostel jelmaan puteri solehah lah yang muncul. Sehinggalah masuk form 3, dia macam baru tersedar secara sendirinya bahawa bertudung menutup rambut itu adalah kewajiban. Baru timbul keikhlasan nak pakai tudung, bukannya kerana terpaksa, sama ada di sekolah atau sewaktu balik bercuti. Kalau keluar pergi jalan-jalan, pergi rumah saudara mara, memang dah bertudung. (Keluar angkat jemur kain or buang sampah masih lagi tak bertudung sebab renyah nak bertudung bagai).
Begitulah kehidupan hakak sehingga habis SPM, masuk matrik, masuk universiti. Hakak memang bertudung menutupaurat rambut. Masa tu tudung bawal je lah yang ada tak macam sekarang. Gaya tudung paling glemer adalah "tudung wardina"..kalau nak tau sila google. Biasanya kalau pakai baju kurung,nak nampak intrend pakai ala wardina (sekarang pun masih kalau pakai tudung bawal). Biasanya selempang ke belakang terus, settled. Masuk zaman u, trend pin ke bahu sebelah, sebelah lagi selempang ke belakang. Kira gaya moden. Tapi secara kesimpulannya, TUDUNG MEMANG SELEMPANG KE BELAKANG TAK MENUTUPI DADA ADALAH GAYA MUDA MUDI. Tudung pin depan or labuh adalah gaya makcik-makcik.
Masa di matrik, kebanyakan pelajar perempuan bertudung, tapi ada beberapa orang yang tidak bertudung siap rambut kaler2. Bila majoriti bertudung, maka yang minoriti ni akan lebih tertonjol tambahan pula yang free hair ni mmg nampak lebih menonjol dari segi kecantikan dan juga taraf sosioekonomi. Bahasa mudah , menjadi hot chick kegilaan lelaki. Dan tak taulah, macam-macam versi cerita ada pasal yang freehair ni. Well, cerita yang tak elok lak seperti "check-in hotel". Tak taulah benar atau firnah. Nanti aku hurai bab ni.
Tapi di matrik jugak hakak kenal, yang bertudung tutup dada, tak de make up ke apa, rupa-rupanya anak dato'. Takdelah kata nak sosial macam geng-geng elit.
Di universiti, mungkin kerana hakak dalam course pendidikan, jadi semuanya dalam kategori "baik" or bahasa panjang "tak up to date in fashion & style". Atau mungkin jugak benar kata pepatah, enggang sama enggang,pipit sama pipit, kita lebih gemar berada dalam linkungan yang berkeperibadian yang serupa atau hampir serupa dengan kita. Means memang aku cari kawan yang level2 sejiwa dengan aku ahaha.
Jadi kawan2 aku yang diuniversiti bukanlah dari golongan yang free hair or fashion up to date bagai. Kami yang biasa-biasa, standard "cikgu-cikgu". Tapi sekarang lain dah gaya budak2 pendidikan, seiring dengan perkembangan fashionbajet muslimah (fashion muslimah ni pun panjang huraiannnya).
Tapi di universiti jugak aku banyak belajar tentang kehidupan melalui pemerhatian. Bagaimana penampilan tidak mampu menjustifikasi perbuatan.
Hakak ada kawan yang bertudung labuh, berbaju longgar, berstoking bagai tetapi dia:
1- berani pergi blind date jumpa lelaki yang hanya dikenali melalui sms (zaman tu mana ada wassap we chat bagai).
2-berani bohong mak ayah pi dating dengan bf. Paling aku takboleh brain, pernah dia cerita mak ayah hantar dia kat stesen bas nak balik U, tapi sebenarnya bf ada kat kerusi sebelah tapi paksa suruh tunduk takut mak ayah yang hantar naik bas nampak kot tingkap. Boleh imagine betapa beraninya dia menipu mak ayah dia sedangkan dia dalam kategori yang mak ayah titik beratkan ajaran agama.
Kalau aku berdiri di tepi dia, dengan pakaian aku yang berbaju sendat,singkat, berlengan tiga suku (girl shirt tu), seluar ketat, tudung selempang... aku yakin orang akan vote akulah sebagai individu yang melakukan perkara2 yang dinyatakan di atas sebab kita memang suka menilai peribadi dari penampilan.
Bila jadi macam ni..siapa yang dipersalahkan?
Tak lain dan tak bukan.. TUDUNG...kesian tudung.. "tak padan tudung labuh... gedik dengan jantan"...ha!! Padu ayat kutukan.
Tapi masa aku kat U jugak memang ada yang style macam aku dan perangai memang buat kami pening kepala. Selalu keluar dengan bf. Asal weekend je hilang balik rumah mak cik katanya, tapi yang duk mai ambik dan hantar, Mr Boipren. Benda yang paling dia takut, period lewat. Mintak maaf, aku tak husnuzon huhuhu.
Sebab itu, kita tak boleh nak menilai seseorang itu baik atau buruk melalui penampilannya.
Mungkin ada:
Yang bertudung lilit2 lawa, tapi xcukup solat 5 waktunya. Al-quran pun jarang bukak, duk ralit selfie je. Duk dating pimpin2 tangan.
Yang free hair tapi cukup solatnya, terjaga ikhtilatnya.
Yang bertudung litup dan terjaga amalannya.
Yang free hair terdedah aurat dan memang teruk perangainya.
Jadi kita xboleh menilai, hanya empunya badan yang tau dia dilevel mana "baiknya" or "jahatnya" dia.
Cuma apa yang aku rasa sebagai individu yang pernah terjerumus dgn nafsu hingga ingkar bertudung.
Rasa rugi sebab mengumpul dosa secara nyata. Sayangkan bila kita jaga kehormatan diri, kita solat cukup tapi kenapa arahan menutup aurat termasuk rambut kita ingkar? Something is wrong somewhere indeed.
Orang putih kata don't judge a book by it's cover. Tapi sebenarnya dalam beragama, apa2 yang kita buat ni terzahir di wajah dan peribadi. Hati melambangkan peribadi. Hati dan jiwa yang bertaqwa pasti terzahir melalui penampilan dan perbuatan. Maaf andai ramai yang tak setuju tapi ini pendapat aku. Sebab tu korang klu kenal aku? Tengok percakapan aku, tengok penampilam aku... automatik blh tau..aku takdelah baik mana ahahaha..
Aku kalau yang sejenis dari azali lagi tak bertudung aku macam ok.. kita tau persekitaran dia dilinkungi oleh siapa...paling tak pun kita assume mmg dia kurang dapat didikan agama (ibu bapa murang menerapkan ajaran agama. Sorry but not sorry. Memang itu yang semua orang akan fikir termasuklah bila.orang tengok aku masa free hair dulu2 tu kan).
Well, memang ada orang yang dibesarkan dalam persekitaran macam tu. Sebagai contoh, senior dorm aku masa sekolah dulu. Dia kerabat dari sebuah negeri (tak nak sebut). Dia seorang yang tersangatlah humble, kalau bukan sebab naka dia yang panjang berbelit2 tu takde orang tau dia kerabat. Dia masuk.masa form 4 dan dia akui agak kejutan budaya utk dia. Pakai tudung herot berot awal2 tu sebab dia memang tak dilatih untuk bertudung. Dan bila dia pilih nak bertudung, memang dia tak dapat sokongan siap dikecam lagi sebab nak bawa imej bertudung (masa zaman tu lah).. kita dengar macam drama sangat kan tapi wujud dalam dunia sebenar. Dan sekarang alhamdulillah, tengok gambar dia & family, dia bertudung cantik. And beberapa ahli keluarga dia pun dah bertudung. Alhamdulillah.
Yang aku heran, yang mana dari kecik mak ayah dah ajar bertudung...tapi bila besar, masuk U, dah kerja...tudung terbang. Rasa sedih sebab kalau ikut logik akal, makin meningkat usia, makin teballah pegangan agama. Tapi jadi sebaliknya. Makin Jahil. Aku ada dulu masa zaman sekolah, sorang kawan ni dia salah seorang Majlis Tertinggi BADRI (badan dakwah sekolah). Penampilan memang sangat islamik masa di sekolah, tudung labuh, kengan baju berbutang, yang jahil macam aku lengan baju sekolah sinsing sampai siku. Dia la juga yang selalu "tangkap" aku solat subuh kat dorm (kami wajib jemaah kat surau but well..jiwa selalulah menongkah arus hahaha.. Aku ulang, tangkap sebab xpi solat subuh berjemaah, bukan tangkap sebab xsolat subuh, jauh perbezaan tu. ) Tup-tup lepas matrik, terserempak dengan dia kat mall, baju sendat mcm aku tapi siap pakej rambut terbuai-buai angin semilir gitu. Terperanjat aku, nasib baik tak terjatuh escalator. Tak sangka drastik sangat perubahannya huhuhu.
Ada jugak yang masa kat Universiti tudung jadi on off, tapi selalunya off la.. tapi bila balik kampung, elok je pakai tudung. Mak ayah mana nak tau bila anak jauh dari mata. Ingatkan anaknya memang bertutup litup macam yang dipupuk dari kecillah. Rupa-rupanya anaknya semakin besar semakin jahil, tewas dgn hasutan syaitan.
Dan yang lagi sedih, ada sorang lagi kawan aku, yang dulu sama-sama solat jemaah, yang sama-sama hafal surah2, yang sama2 membesar dari f1-f5, yang ayahnya kita tau pak imam di kampung, tapi bila masuk alam pekerjaan, tudung melayang, kain-kain pun banyak "melayang"... siap gambar berbikini pegang botol arak bagai. Istighfar panjang kami semua. Tegur slow2 tak jalan, kami pun xtau nak buat macam mana. Mak ayah kat kampung rasanya tak tau sebab bila balik kampung macam biasalah, elok berbaju kurung bertudung litup. Sekarang ni kami fasa hanya mampu berdoa agar beliau kembali diberikan hidayah.
Aku tak tau lah, tapi aku memang pelik dengan perempuan-perempuan Islam yang kejap pakai tudung kejap bukak tudung. Lepak dengan kawan free hair, balik jumpa mak elok pakai tudung. Takpun, bila bulan Ramadhan elok pakai tudung kerana menghormati Ramadhan, masuk 1 syawal, tudung pun bye bye bye. Bila pergi tempat kematian, pakai tudung lepas tu terbang semula. Yang lebih moden yang mak ayah ok je anak free hair, tapi bila buat majlis tahlil ke, doa selamat ke, pandai pulak cari tudung. Ini membuatkan hakak terfikir, dia ni sebenarnya tahu pasal aurat dosa pahala, tapi masih berani pilih free hair yang memang sah-sah dapat dosa ke macam mana? ke dia ni lebih menghormati majlis2 sedemikian berbanding Allah yang satu? Dia hormat majlis maka dia pun menjadi sopan bertudung bagai... usai majlis dia tak pulak nak hormat Allah yang sentiasa ada. 😞😞 aku merujuk sini kepada wanita2 yang umur dah nak masuk angka 3 kat depan. Kalau yang muda2 tu takpelah, mmg tau dah la mcm aku dulu.jahil kurang ilmu agama.
Bemar ujian setiap orang tak sama.
Dan tahap pengamatan nilai agama tak sama.
Kita selalu diberitahu, perempuan ni.. bila dah baligh, dosanya ditanggung oleh bapanya dan bila dah bersuami dosamya ditanggung oleh suami.
"BANYAK CANTIK!!" ujar Ustaz Rashid.
"Dosa sendiri tanggung sendiri. Yang ayah, yang suami tu, mereka hanya menanggung dosa gagal mendidik, dosa nampak aurat ke apa, masuk akaun sendiri" sambung beliau lagi.
Hakikatnya, sampai hati kita kan bagi ayah dapat saham dosa dari perbuatan kita. 😭
Ni aku la dulu masa remaja riang ria xnak pakai tudung or pakai tudung menutup rambut semata-mata. (Semoga Allah ampunkam dosa2 abah aku yang aku palitkan).
Sampai hati kita biar suami tanggung saham dosa kita kerana kita tak tutup aurat dengan sempurna. (Semoga Allah ampunkan dosa aku dan suami akibat kelalaian aku)
"Suami yang suruh dressing melawa2 up to date xtutup aurat sempurna takpe.. jadi terpaksalah akur kehendak suami".. ada yang dapat suamiliberal moden macam ni..Berbaloikah kita menanggung dosa mendedahkan aurat hanya kerana keinginan suami yang memang sah berlawanan dengan hukum syarak? Dan biasanya suami2 mcm ni memang mintak dinilai orang sekliling lah. Memang terserlah la kejahilan ketua keluarga itu. Elok-elok dah bapak pompuan tu didik dari kecik..lepas dapat kat dia, terus dijadikan jahil.
Memang bab dosa pahala syurga neraka bukan kerja manusia untuk menghukum. Semuanya kerja Allah. Sebab tu kita tak boleh nak terus cop atas dahi orang..free hair neraka, pakai tudung syurga. Oleh sebab itu kita kena nilai diri kita sendiri.
Macam aku..bukannya baik. Tapi kalau compare dari segi tudung..alhamdulillah Allah sayang aku, aku lebih baik dari aku yang dulu lah. Tapi aku tak yakin pun pahala aku banyak and dosa aku tak banyak. Setidak2nya aku mencuba untuk tidak mengutip dosa dari rambut yang ditayangkan. Aurat bahagian lain tak tau lagi huhuhu..
Adakah penampilan& perbuatan kita selama ini selayaknya untuk kita mengumpul pahala yang mencukupi dan menjadi penghuni syurga?
Kalau kita yakin yang menutup rambut adalah bukan kewajiban bagi muslimah, jadi adakah kita solat dengan mendedahkan rambut? Kalau betul yakin, buatlah mcm tu. Kenapa bila solat kena tutup aurat tapi bila tak solat, kita yakin yang tutup rambut bukan kewajiban dan sebenarnya diskriminasi dan penindasan terhadap kaum wanita? Kalau kau rasa hujah kau betul, berani tak kau pergi menunaikan umrah/haji tanpa menutup aurat (rambut).
Kalau kau rasa dengan membuka aurat menjadikan hak wanita terbela dan modern selari dengan zaman sekarang..sedarkah kau bahawa kita memang menuju akhir zaman.. makanya kita nilah yang menjadi mangsa tipu daya dunia.
Hal-hal macam ni memang dtang dari hati nurani sendiri, tiada orang boleh paksa.
Dulu bila aku nampak students2 aku yang keluar pagar sekolah terus terbang tudungnya.. ada la jugak wujudnya kecaman dalam hati..lajuuuu je terdetik dalam hati macam mana la didikan ibubapanya...terlupa seketika aku sendiri pada masa umur tu pun liat bertudung. Terhanyut dengan nafsu nak cantik. Mmg lumrah manusia mudah lupa kejahilan sendiri ahakz😝
Sekarang.. bila nampak situasi macam tu.. aku berharap suatu hari nanti akan timbul kesedaran dan keikhlasan dalam hatinya. Gerakan hati utk lebih patuh pada seruan Allah atau mungkin inilah yang disebut sebagai hidayahNya. Dan hidayah ini lebih cepat sampai kalau kita sendiri mencari laluan yang diredhaiNya.
Sewaktu umur muda, kita ingkar arahan Allah macam acceptable...sebab kita masih jahil. Bak kata Bruno Mars "too young too dumb to realized." Tapi kalau makin meningkat umur masih jahil (graf mendatar) atau semakin jahil (graf menurun).. itu adalah sesuatu yang merisaukan. Dah umur masuk 30 tudung on off lagi.. baju terdedah sana sini, something is wrong with your iman. (Tak nak sebut solat sebab benda tak nampak kan).
Atau masa susah elok pakaian cukup kain. Tapi bila makin educated, makin kaya raya, kain2 bertempiaran lari. Aku yang jahil ninpunnmcm boleh rasa something is wrong somewhere even tiap2 hari ko duk pos islamic quotesor hadis. Apa nak hairan, syaitan pun 'alim dan warak asalnya kan?
Hati aku banyak dijentik sejak bergelar ibu sebab aku takut anak-anak aku tergolong dalam orang-orang yang tergelincir dari landasan iman(nauzubillahiminzalik) tambah-tambah pengalaman dgn kisah-kisah diatas..zaman mendatang, lagi besar cabaran mendidik anak.. yang paling menakutkan, cabaran media sosial. Sedih dan takut bila tengok wajah-wajah yang kita kenal terdedah sana sini menari terkinja-kinja semata-mata untuk mengumpul followers, nak jadi famous. Dunia akhir zaman. 😭😭
Betul iman tidak dapat diwarisi dari ibubapa yang beriman..
Tu yang buat aku jadi lagi takut
Kalau yang beriman pun xtentu lagi baik acuannya..
Macam mana kalau dah memang terang lagi bersuluh ibu bapa tu sendiri tak beriman? Atau kurang keimanan? Apanje yang boleh diwariskan? apa je yang aku boleh wariskan pada anak-anak aku?
Aku takut hakak xboleh jadi sebagai contoh yang baik untuk anak-anak aku sebab aku pun pendosa. 😭😭😭 aku pun baru bertatih-tatih dalam langkah mengenal Allah.. untuk takut kepadaNya dan untuk mencintaiNya.
Semoga kita semua sama-sama dirahmatiNya.
Dosa tidak bertudung adalah dosa peribadi.
Kita buat, kita tanggung.
Tapi yakinkah kita yang dosa kita lebih sedikit dari pahala?
Bab dosa pahala memang urusan Allah, tapi sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik kita kurangkan risiko utk dapat dosa kan?
Sskian dulu .. kira part 1 la nih sebab sebenarnya panjang lagi aku nak tulis,tapi panjang2 nanti orang mintak aku lukis pulak .haruuu hohoho.. i'allah kalau umur panjang kita bersua lagi di part 2. Maaf ayat tunggang terbalik tapi harapnya dapatlah point-point yang aku cuba sampaikan. Maaf kalau ada tsilap sebab aku pun masih jahil.
Walau apa pun, aku dapat rasa yang posting ni akan jadi panjang. Jadi kalau korang sejenis yang tak sukanbaca benda serius dan panjang..boleh permisi la kot..tinggal hanya mereka-mereka yang mencari kebenaran (cheyyyyyyy 😝😝) dan memang yang gemar membaca..semoga tulisan ini membawa kepada kebaikan kita semua..kau dan aku.. Amin.
MENUTUP AURAT ADALAH PERINTAH ALLAH, BAGI LELAKI MAHUPUN WANITA.
TAPI ENTRY AKU NI BERFOKUS KEPADA WANITA DAN LEBIH BERFOKUS KEPADA MENUTUP RAMBUT
Lately... eh..bukan lately..sepanjang2 zaman ni.. isu wanita dan tudung ni memang hangat diperdebatkan. Macam biasalah, semua benda manusia akan pecahkan kepada dua sudut pandang .Yang tak pakai tudung dengan hujahnya, yang mendokong seruan bertudung dengan hujahnya.TAPI ENTRY AKU NI BERFOKUS KEPADA WANITA DAN LEBIH BERFOKUS KEPADA MENUTUP RAMBUT
Macam-macam pendapat dilontarkan dan biasanya dari mereka yang konon-koninnya memperjuangkan hak wanita & kemodenan. Dan yang selalu menjadi contoh teladan adalah artis. Kenapa artis di highlightkan? Well,sebab artis kan memang kerjayanya melibatkan lifenya utk diperhatikan. Kalau orang yang kerjaya lain..takde orang nak ambik tahu pun. Ko dari umur 10 tahun dan bertudung litup takde orang nak puji kena buat press conference ke apa ...or bila masuk Universiti tudung terbang tak jumpa cari jalan pulang ke, paling maju pun family & jiran-jiran je la duk membawang. Tapi berbeza dengan artis. Kalau artis pakai tudung, dia punya hype tu diibaratkan umpama news baru memeluk Islam. Padahal bertudung je..macam hakak cakap la..ramai berjuta lagi yang dari kecik pakai tudung, takde yang pelik. Tapi well..sebab dia artis, pengaruh dia besar.. maka kita ambil positif, ini boleh juga menjadi promosi
Tahun 2019 ni... ada beberapa artis yang dah mula bertudung seperti Jihan Musa & Lisa Surihani (Alhamdulillah)..
![]() |
Pinjam gambar lisa surihani lah.. sejuk mata tengok dia skrg. |
dan ada jugak yang beberapa orang yang dari bertudung kembali ke fasa tidak bertudung. Bukan hanya bukak tudung , tapi lebih dari tudung dia bukak huhuhu. Rasa sedih, sebab dari mata kasar, nampak dia bukan hanya 'cabut' tudung, tapi dengan 'agama' sekali macam turut tercabut (tak perlu sebut nama di sini). Tapi siapalah kita untuk menilai, dan tak layak pun nak jatuhkan hukum.
Bila sesorang individu memilih untuk memakai tudung, alhamdulillah, ia adalah suatu langkah positif untuk menutup rambut yang diklasifikasikan sebagai aurat wanita.
Dan apabila sesorang itu memilih untuk mennggalkan tudung, itu adalah langkah songsang jika dilihat dari sudut agama kerana mengingkari larangan Allah.
"Alah..tak pakai tudung je pun..baju elok je lagi tutup (read: balut) aurat."
Dan yang teruk jugak, bila ko xbertudung, tapi pandai pulak bisnes tudung.. suruh orang tutup rambut (Alhamdulillah) tapi diri sendiri tak bertudung. Sedih rasa bila fikir sikit je lagi dia dengan hidayah Allah. 😢 Orang macam ni boleh dipanggil penunggang agama ke x?
Melayu dan tudung memang berpisah tiada. Saja la hakak highlight MELAYU sebab kita di Malayisa kan..kalau melayu memang islam lah agama di atas kad pengenalannya. Kalau orang yang bukan islam memang takpelah. Cuma, orang bukan Islam di Malaysia dia memang faham Islam = bertudung.
Contoh ;
Anak murid aku yang non-muslim tengok gambar Sophea tak pakai tudung tapi kenapa aku kena pakai tudung..mereka tanya kenapa ? Aku explain lah budak-budak takpe, tapi kalau dah baligh tak boleh la, berdosa nampak rambut.
Diorang tengok satu gambar kahwin dalam paper.. dia tanya.. "yang ni Islam ke cikgu yang perempuan ni?" ...laju je aku jawab Islam. "Oooo..tapi kenapa tak pakai tudung? "... Krik...krik... krik....taklah...aku jawab je la jujur..
" Dalam mana-mana agamapun kan..mesti akan ada yang ikut ajaran agama dengan yang tak ikut ajaran agama. Ni salah satu contohlah".. Diorang pun bersetuju.
Bagi non -muslim.. memang diorang label bertudung tu muslim. Jadi kalau kita tak bertudung agak2 apa pandangan non muslim pada kita? Apa pandangan mereka pada muslim tapi berpakaian sexy mengalahkan mereka? Apa pandangan mereka tengok muslim elok bertudung tapi kerja asyik mengular?
Isu tudung ni.. memang dari dulu lagi menjadi topik yang hangat. Tudung ni kadang2 boleh disalahguna oleh masyarakat untuk mentafsir level kebaikan (read: keimanan) seseorang wanita.
"Pakai tudung baik, free hair jahat"
Dan inilah yang membawa ke arah tudung akan dipersalahkan dalam kebanyakan perkara.
"pakai tudung....tapi gedik"
"harap pakai tudung je..hati hitam"
"gambar pakai tudung tapi bahasa macam longkang"
"Tudung labuh, pakai handsock, pakai stoking, tapi berdating dengan boyfriend"
dan banyak lagi lah. [Aku pasti korang pun pernah kan dengar sentimen tudung dipersalahkan ni kan]
Sebenarnya.. tudung bukan lambang baik or jahat. Tapi lambang berilmu ('alim) atau bodoh (jahil). Selalu dengar kan jahil? Yes..jahil bukan maksud jahat...tapi BODOH..bodoh dalam ilmu agama khususnya.
Sebab itu, walau kita SPM dapat semua A+, dapat masuk Universiti terkemuka di dunia, dapat kerjaya yang hebat kaya raya, ada PHD bagai,itu tidak menjadukan kita CERDIK kalau aurat tak pandai nak tutup dan tak jaga ikhtilat, kita tetap BODOH di sisi agama. Ada faham? Cerdik dunia tapi jahil akhirat.
jadi entry kali ni, hakak just nak berkongsi pengalaman hakak tentang tudung dan aurat dari perspektif hakak selama 34 tahun dipinjamkan nyawa oleh yang Esa. Yang baik kita jadikan iktibar, yang buruk kita sama2 perbaiki.
Aku masa kecik2 memang bukan girl dressing lah. Aku lebih selesa pakai seluar (seluar pendek masa sampai darjah 2 kalau main petang-petang, lps tu biasa dah pakai seliar panjang), tshirt, rambut pendek. Memang berbeza amat dengan kawan2 sekampung or sepupu-sepupu yang sebaya. Pendek kata dalam ramai2 akulah yang JAHIL.. tapi Ma & Abah tak kisah pun sebab tak baligh pun lagi kan. Baru nak mumayyiz gitu..Makin menginjak usia, barulah reti pakai baju kurung bertudung. Tu pun konsep paksaan tanpa rela lah. Darjah 3 jadi pengawas kena pakai baju kurung (sebelum tu pakai pinoform), pergi kelas fardhu ain kena pakai baju kurung complete. Tapi bila pergi kenduri, tetaplah seluar tanpa tudung. Semuanya bukan sebab apa.. sebab keselesaan. Aku tak suka berpanas-panas rimas ni.
Masa lepas UPSR..igt lagi.. aktiviti main je la kat sekolah.. aku sorang je yang tak pakai tudung dalam court bola tampar tu, tapi masa tu tak fikir apa pun, bukan kata sebab nak tunjuk berani lawan perintah Allah atau naknrasa cantik,just nak rasa selesa semata-mata. Dosa pahala xpayah sebut, memang tak masuk kepala pun apatah lagi nak rasa berdosa sebab masa tu orang tak kisah pun pasal tudung. Sebab tudung ni baru je berkembang pesat, dalam tahun 1990-an... kiranya pada zaman tu, majoriti rakyat Malaysia ni dalam kejahilan, tidak bertudung itu adalah normal. Kalau tak percaya, pi belek album lama-lama dari zaman 1960-an - 1990-an. Ha, styel ala Tun Hasmah la pendek kata. Jadi kalau orang tua-tua, mak-mak budak pun tak bertudung, apalah sangat isunya kalau budak baru baligh tak bertudung sewaktu bersukan kan?
Bila form 1, masuk Sek Men Sains XXXX baru lah sesak jiwa raga. Sekolah Sains tapi mengalahkan sekolah agama dia punya suasana tu. Pagi petang siang malam baju kurung je lah. Waktu riadah & PJK je tshirt and seluar track. Tu pun, tudung diharamkan selempang, kena straight bawah ja. Tudung berjahit jadi mcm tudung sekolah je semua. Memang jiwa memberontak lah, apa hal kan, dah la sekolah perempuan je, nak aurat kat sapanya. Begitulah pemikira zaman jahil ahahaha. Jadi kat sekolah bertudung litup, solat berjemaah, asma al husna 3x sehari alun, sebelum tidur baca Al-mulk, pun tidak mampu memnjadikan seseorang indidividu tu menjadi wanita solehah. (Individu tu aku lah) Asal balik cuti je, pergi mana-mana masih lagi tak pakai tudung. Masa ni rimas sebab tudung bawal sejenis renyah untuk dipakai bercampur dengan hasutan syaitan " pakai tudung make me look unpretty" walau kakikatnya free hair pun unpretty jugak ahahaha. Yezza...masa ni sudah dipengaruhi gelombang hormon remaja perempuan. NAK CANTIK/NAMPAK CANTIK/PERASAN CANTIK ahaha.
Pernah masa form 2, ada kenduri sepupu kawen, aku boleh free hair je kat kenduri tu, sebab masa tu lepas hari sukan, muka burn teruk. Memang muka dayang senandung malim kundang lah. Jadi sanggup aku free hair semata-mata nak orang tau aku ni bukannya hitam,muka sunburn je (tak pakai tudung baru orang nampak line warna dua darjat kat pipi tu. Korang faham kan?)walau memang menyerlahkan kejahilan diri sendiri, dah la semua perempuan lain bertudung, aku je lah yang togel.
"kalau bukan kerana sunburn, kulit aku ni cerah (cerah = cantik). "
HADOIIIIIII..!!! bodoh betolla kalau difikir-fikir balik, rasa nak hantuk kepala kat dinding huhuhu. Mak awal-awal suruh pakai tudung hakak berkeras xmau. Dua orang pak cik hakak, Pok Muda & Ayah Zik duk sembang gaya slow talk cakap pakai tudung lagi cantik. Tapi guess what, tak lekat dalam kepala, apatah lagi nak rasa berdosa sangat, ada rasa berdosa di lubuk hati, tapi macam tak takut sangat dosa tu,yang dalam kepala hanyalah NAK NAMPAK CANTIK (lah sangat oooiiiiiii). Kenduri kat kampung, memang nampak sgtlah aku je yang togel kepalanya, but ada aku kesah?? Rasa menyampah ada lah bila orang duk puji-puji sepupu2 yang lain bagus pakai tudung elok. 🙄
Sampai masa cuti akhir tahun Form 2 tu pun masih lagi free hair. (Ada gambar kat depan KLCC dgn tak bertudingnya tapi Ustaz kata aib yang lalu usah disibgkap). Bajet cantik lah kunun huhuhu. Serious, memang masa umur remaja ni, tak nak pakai tudung sebab rasa bila bertudung ia akan menjadikan diri aku ini tak cantik walau hakikatnya memang tak cantik pun.Tapi nasib baiklah zaman tu bukan zaman media social, so cikgu2 & kawan2 sekolah xtau pun yang aku ni spesies freehair sebab bila balik hostel jelmaan puteri solehah lah yang muncul. Sehinggalah masuk form 3, dia macam baru tersedar secara sendirinya bahawa bertudung menutup rambut itu adalah kewajiban. Baru timbul keikhlasan nak pakai tudung, bukannya kerana terpaksa, sama ada di sekolah atau sewaktu balik bercuti. Kalau keluar pergi jalan-jalan, pergi rumah saudara mara, memang dah bertudung. (Keluar angkat jemur kain or buang sampah masih lagi tak bertudung sebab renyah nak bertudung bagai).
Begitulah kehidupan hakak sehingga habis SPM, masuk matrik, masuk universiti. Hakak memang bertudung menutup
Masa di matrik, kebanyakan pelajar perempuan bertudung, tapi ada beberapa orang yang tidak bertudung siap rambut kaler2. Bila majoriti bertudung, maka yang minoriti ni akan lebih tertonjol tambahan pula yang free hair ni mmg nampak lebih menonjol dari segi kecantikan dan juga taraf sosioekonomi. Bahasa mudah , menjadi hot chick kegilaan lelaki. Dan tak taulah, macam-macam versi cerita ada pasal yang freehair ni. Well, cerita yang tak elok lak seperti "check-in hotel". Tak taulah benar atau firnah. Nanti aku hurai bab ni.
Tapi di matrik jugak hakak kenal, yang bertudung tutup dada, tak de make up ke apa, rupa-rupanya anak dato'. Takdelah kata nak sosial macam geng-geng elit.
Di universiti, mungkin kerana hakak dalam course pendidikan, jadi semuanya dalam kategori "baik" or bahasa panjang "tak up to date in fashion & style". Atau mungkin jugak benar kata pepatah, enggang sama enggang,pipit sama pipit, kita lebih gemar berada dalam linkungan yang berkeperibadian yang serupa atau hampir serupa dengan kita. Means memang aku cari kawan yang level2 sejiwa dengan aku ahaha.
Jadi kawan2 aku yang diuniversiti bukanlah dari golongan yang free hair or fashion up to date bagai. Kami yang biasa-biasa, standard "cikgu-cikgu". Tapi sekarang lain dah gaya budak2 pendidikan, seiring dengan perkembangan fashion
Tapi di universiti jugak aku banyak belajar tentang kehidupan melalui pemerhatian. Bagaimana penampilan tidak mampu menjustifikasi perbuatan.
Hakak ada kawan yang bertudung labuh, berbaju longgar, berstoking bagai tetapi dia:
1- berani pergi blind date jumpa lelaki yang hanya dikenali melalui sms (zaman tu mana ada wassap we chat bagai).
2-berani bohong mak ayah pi dating dengan bf. Paling aku takboleh brain, pernah dia cerita mak ayah hantar dia kat stesen bas nak balik U, tapi sebenarnya bf ada kat kerusi sebelah tapi paksa suruh tunduk takut mak ayah yang hantar naik bas nampak kot tingkap. Boleh imagine betapa beraninya dia menipu mak ayah dia sedangkan dia dalam kategori yang mak ayah titik beratkan ajaran agama.
Kalau aku berdiri di tepi dia, dengan pakaian aku yang berbaju sendat,singkat, berlengan tiga suku (girl shirt tu), seluar ketat, tudung selempang... aku yakin orang akan vote akulah sebagai individu yang melakukan perkara2 yang dinyatakan di atas sebab kita memang suka menilai peribadi dari penampilan.
Bila jadi macam ni..siapa yang dipersalahkan?
Tak lain dan tak bukan.. TUDUNG...kesian tudung.. "tak padan tudung labuh... gedik dengan jantan"...ha!! Padu ayat kutukan.
Tapi masa aku kat U jugak memang ada yang style macam aku dan perangai memang buat kami pening kepala. Selalu keluar dengan bf. Asal weekend je hilang balik rumah mak cik katanya, tapi yang duk mai ambik dan hantar, Mr Boipren. Benda yang paling dia takut, period lewat. Mintak maaf, aku tak husnuzon huhuhu.
Sebab itu, kita tak boleh nak menilai seseorang itu baik atau buruk melalui penampilannya.
Mungkin ada:
Yang bertudung lilit2 lawa, tapi xcukup solat 5 waktunya. Al-quran pun jarang bukak, duk ralit selfie je. Duk dating pimpin2 tangan.
Yang free hair tapi cukup solatnya, terjaga ikhtilatnya.
Yang bertudung litup dan terjaga amalannya.
Yang free hair terdedah aurat dan memang teruk perangainya.
Jadi kita xboleh menilai, hanya empunya badan yang tau dia dilevel mana "baiknya" or "jahatnya" dia.
Cuma apa yang aku rasa sebagai individu yang pernah terjerumus dgn nafsu hingga ingkar bertudung.
Rasa rugi sebab mengumpul dosa secara nyata. Sayangkan bila kita jaga kehormatan diri, kita solat cukup tapi kenapa arahan menutup aurat termasuk rambut kita ingkar? Something is wrong somewhere indeed.
Orang putih kata don't judge a book by it's cover. Tapi sebenarnya dalam beragama, apa2 yang kita buat ni terzahir di wajah dan peribadi. Hati melambangkan peribadi. Hati dan jiwa yang bertaqwa pasti terzahir melalui penampilan dan perbuatan. Maaf andai ramai yang tak setuju tapi ini pendapat aku. Sebab tu korang klu kenal aku? Tengok percakapan aku, tengok penampilam aku... automatik blh tau..aku takdelah baik mana ahahaha..
Aku kalau yang sejenis dari azali lagi tak bertudung aku macam ok.. kita tau persekitaran dia dilinkungi oleh siapa...paling tak pun kita assume mmg dia kurang dapat didikan agama (ibu bapa murang menerapkan ajaran agama. Sorry but not sorry. Memang itu yang semua orang akan fikir termasuklah bila.orang tengok aku masa free hair dulu2 tu kan).
Well, memang ada orang yang dibesarkan dalam persekitaran macam tu. Sebagai contoh, senior dorm aku masa sekolah dulu. Dia kerabat dari sebuah negeri (tak nak sebut). Dia seorang yang tersangatlah humble, kalau bukan sebab naka dia yang panjang berbelit2 tu takde orang tau dia kerabat. Dia masuk.masa form 4 dan dia akui agak kejutan budaya utk dia. Pakai tudung herot berot awal2 tu sebab dia memang tak dilatih untuk bertudung. Dan bila dia pilih nak bertudung, memang dia tak dapat sokongan siap dikecam lagi sebab nak bawa imej bertudung (masa zaman tu lah).. kita dengar macam drama sangat kan tapi wujud dalam dunia sebenar. Dan sekarang alhamdulillah, tengok gambar dia & family, dia bertudung cantik. And beberapa ahli keluarga dia pun dah bertudung. Alhamdulillah.
Yang aku heran, yang mana dari kecik mak ayah dah ajar bertudung...tapi bila besar, masuk U, dah kerja...tudung terbang. Rasa sedih sebab kalau ikut logik akal, makin meningkat usia, makin teballah pegangan agama. Tapi jadi sebaliknya. Makin Jahil. Aku ada dulu masa zaman sekolah, sorang kawan ni dia salah seorang Majlis Tertinggi BADRI (badan dakwah sekolah). Penampilan memang sangat islamik masa di sekolah, tudung labuh, kengan baju berbutang, yang jahil macam aku lengan baju sekolah sinsing sampai siku. Dia la juga yang selalu "tangkap" aku solat subuh kat dorm (kami wajib jemaah kat surau but well..jiwa selalulah menongkah arus hahaha.. Aku ulang, tangkap sebab xpi solat subuh berjemaah, bukan tangkap sebab xsolat subuh, jauh perbezaan tu. ) Tup-tup lepas matrik, terserempak dengan dia kat mall, baju sendat mcm aku tapi siap pakej rambut terbuai-buai angin semilir gitu. Terperanjat aku, nasib baik tak terjatuh escalator. Tak sangka drastik sangat perubahannya huhuhu.
Ada jugak yang masa kat Universiti tudung jadi on off, tapi selalunya off la.. tapi bila balik kampung, elok je pakai tudung. Mak ayah mana nak tau bila anak jauh dari mata. Ingatkan anaknya memang bertutup litup macam yang dipupuk dari kecillah. Rupa-rupanya anaknya semakin besar semakin jahil, tewas dgn hasutan syaitan.
Dan yang lagi sedih, ada sorang lagi kawan aku, yang dulu sama-sama solat jemaah, yang sama-sama hafal surah2, yang sama2 membesar dari f1-f5, yang ayahnya kita tau pak imam di kampung, tapi bila masuk alam pekerjaan, tudung melayang, kain-kain pun banyak "melayang"... siap gambar berbikini pegang botol arak bagai. Istighfar panjang kami semua. Tegur slow2 tak jalan, kami pun xtau nak buat macam mana. Mak ayah kat kampung rasanya tak tau sebab bila balik kampung macam biasalah, elok berbaju kurung bertudung litup. Sekarang ni kami fasa hanya mampu berdoa agar beliau kembali diberikan hidayah.
Aku tak tau lah, tapi aku memang pelik dengan perempuan-perempuan Islam yang kejap pakai tudung kejap bukak tudung. Lepak dengan kawan free hair, balik jumpa mak elok pakai tudung. Takpun, bila bulan Ramadhan elok pakai tudung kerana menghormati Ramadhan, masuk 1 syawal, tudung pun bye bye bye. Bila pergi tempat kematian, pakai tudung lepas tu terbang semula. Yang lebih moden yang mak ayah ok je anak free hair, tapi bila buat majlis tahlil ke, doa selamat ke, pandai pulak cari tudung. Ini membuatkan hakak terfikir, dia ni sebenarnya tahu pasal aurat dosa pahala, tapi masih berani pilih free hair yang memang sah-sah dapat dosa ke macam mana? ke dia ni lebih menghormati majlis2 sedemikian berbanding Allah yang satu? Dia hormat majlis maka dia pun menjadi sopan bertudung bagai... usai majlis dia tak pulak nak hormat Allah yang sentiasa ada. 😞😞 aku merujuk sini kepada wanita2 yang umur dah nak masuk angka 3 kat depan. Kalau yang muda2 tu takpelah, mmg tau dah la mcm aku dulu.jahil kurang ilmu agama.
Bemar ujian setiap orang tak sama.
Dan tahap pengamatan nilai agama tak sama.
Kita selalu diberitahu, perempuan ni.. bila dah baligh, dosanya ditanggung oleh bapanya dan bila dah bersuami dosamya ditanggung oleh suami.
"BANYAK CANTIK!!" ujar Ustaz Rashid.
"Dosa sendiri tanggung sendiri. Yang ayah, yang suami tu, mereka hanya menanggung dosa gagal mendidik, dosa nampak aurat ke apa, masuk akaun sendiri" sambung beliau lagi.
Hakikatnya, sampai hati kita kan bagi ayah dapat saham dosa dari perbuatan kita. 😭
Ni aku la dulu masa remaja riang ria xnak pakai tudung or pakai tudung menutup rambut semata-mata. (Semoga Allah ampunkam dosa2 abah aku yang aku palitkan).
Sampai hati kita biar suami tanggung saham dosa kita kerana kita tak tutup aurat dengan sempurna. (Semoga Allah ampunkan dosa aku dan suami akibat kelalaian aku)
"Suami yang suruh dressing melawa2 up to date xtutup aurat sempurna takpe.. jadi terpaksalah akur kehendak suami".. ada yang dapat suami
Memang bab dosa pahala syurga neraka bukan kerja manusia untuk menghukum. Semuanya kerja Allah. Sebab tu kita tak boleh nak terus cop atas dahi orang..free hair neraka, pakai tudung syurga. Oleh sebab itu kita kena nilai diri kita sendiri.
Macam aku..bukannya baik. Tapi kalau compare dari segi tudung..alhamdulillah Allah sayang aku, aku lebih baik dari aku yang dulu lah. Tapi aku tak yakin pun pahala aku banyak and dosa aku tak banyak. Setidak2nya aku mencuba untuk tidak mengutip dosa dari rambut yang ditayangkan. Aurat bahagian lain tak tau lagi huhuhu..
Adakah penampilan& perbuatan kita selama ini selayaknya untuk kita mengumpul pahala yang mencukupi dan menjadi penghuni syurga?
Kalau kita yakin yang menutup rambut adalah bukan kewajiban bagi muslimah, jadi adakah kita solat dengan mendedahkan rambut? Kalau betul yakin, buatlah mcm tu. Kenapa bila solat kena tutup aurat tapi bila tak solat, kita yakin yang tutup rambut bukan kewajiban dan sebenarnya diskriminasi dan penindasan terhadap kaum wanita? Kalau kau rasa hujah kau betul, berani tak kau pergi menunaikan umrah/haji tanpa menutup aurat (rambut).
Kalau kau rasa dengan membuka aurat menjadikan hak wanita terbela dan modern selari dengan zaman sekarang..sedarkah kau bahawa kita memang menuju akhir zaman.. makanya kita nilah yang menjadi mangsa tipu daya dunia.
Hal-hal macam ni memang dtang dari hati nurani sendiri, tiada orang boleh paksa.
Dulu bila aku nampak students2 aku yang keluar pagar sekolah terus terbang tudungnya.. ada la jugak wujudnya kecaman dalam hati..lajuuuu je terdetik dalam hati macam mana la didikan ibubapanya...terlupa seketika aku sendiri pada masa umur tu pun liat bertudung. Terhanyut dengan nafsu nak cantik. Mmg lumrah manusia mudah lupa kejahilan sendiri ahakz😝
Sekarang.. bila nampak situasi macam tu.. aku berharap suatu hari nanti akan timbul kesedaran dan keikhlasan dalam hatinya. Gerakan hati utk lebih patuh pada seruan Allah atau mungkin inilah yang disebut sebagai hidayahNya. Dan hidayah ini lebih cepat sampai kalau kita sendiri mencari laluan yang diredhaiNya.
Sewaktu umur muda, kita ingkar arahan Allah macam acceptable...sebab kita masih jahil. Bak kata Bruno Mars "too young too dumb to realized." Tapi kalau makin meningkat umur masih jahil (graf mendatar) atau semakin jahil (graf menurun).. itu adalah sesuatu yang merisaukan. Dah umur masuk 30 tudung on off lagi.. baju terdedah sana sini, something is wrong with your iman. (Tak nak sebut solat sebab benda tak nampak kan).
Atau masa susah elok pakaian cukup kain. Tapi bila makin educated, makin kaya raya, kain2 bertempiaran lari. Aku yang jahil ninpunnmcm boleh rasa something is wrong somewhere even tiap2 hari ko duk pos islamic quotesor hadis. Apa nak hairan, syaitan pun 'alim dan warak asalnya kan?
Hati aku banyak dijentik sejak bergelar ibu sebab aku takut anak-anak aku tergolong dalam orang-orang yang tergelincir dari landasan iman(nauzubillahiminzalik) tambah-tambah pengalaman dgn kisah-kisah diatas..zaman mendatang, lagi besar cabaran mendidik anak.. yang paling menakutkan, cabaran media sosial. Sedih dan takut bila tengok wajah-wajah yang kita kenal terdedah sana sini menari terkinja-kinja semata-mata untuk mengumpul followers, nak jadi famous. Dunia akhir zaman. 😭😭
Betul iman tidak dapat diwarisi dari ibubapa yang beriman..
Tu yang buat aku jadi lagi takut
Kalau yang beriman pun xtentu lagi baik acuannya..
Macam mana kalau dah memang terang lagi bersuluh ibu bapa tu sendiri tak beriman? Atau kurang keimanan? Apanje yang boleh diwariskan? apa je yang aku boleh wariskan pada anak-anak aku?
Aku takut hakak xboleh jadi sebagai contoh yang baik untuk anak-anak aku sebab aku pun pendosa. 😭😭😭 aku pun baru bertatih-tatih dalam langkah mengenal Allah.. untuk takut kepadaNya dan untuk mencintaiNya.
Semoga kita semua sama-sama dirahmatiNya.
Dosa tidak bertudung adalah dosa peribadi.
Kita buat, kita tanggung.
Tapi yakinkah kita yang dosa kita lebih sedikit dari pahala?
Bab dosa pahala memang urusan Allah, tapi sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik kita kurangkan risiko utk dapat dosa kan?
![]() |
Elok pulak kak diana ishak post kat ig story dia.. |
Sskian dulu .. kira part 1 la nih sebab sebenarnya panjang lagi aku nak tulis,tapi panjang2 nanti orang mintak aku lukis pulak .haruuu hohoho.. i'allah kalau umur panjang kita bersua lagi di part 2. Maaf ayat tunggang terbalik tapi harapnya dapatlah point-point yang aku cuba sampaikan. Maaf kalau ada tsilap sebab aku pun masih jahil.
Ulasan
Catat Ulasan