RESEPI BUTTERPRAWN PALING SEDAP
Bismillahirrahmanirrahim.
Malam ni rasa nak tulis resepi.. makan izinkan daku.
Resepi dalam blog ni sebenarnya lebih kepada u tuk rujukan tuan tanah sebab kadang-kadang RAM slow, lupa dah segala bahan dan step hehehe.
Resepi ni husband Shimah yang bagi.
Inilah butterprawn yang paling sedap di tekak aku.
Biasa makan kat kedai selalu failed but not this recipe.
Tak menyesal korang follow.
Hasilnya pasti korang rasa macam layak bukak restoran gittuew.
Bahan yang diperlukan

- Udang dalam setengah kilo. Lagi besar lagi bagus. Kopek kulit & belah belakang lagi sedap.
- Bawang putih dicicang.
- Cili padi dalam 10-20 biji bergantung pada lidah masing-masing. Bagi aku lagi banyak lagi sedap. Potong halus-halus.
- Daun kari 3-4 tangkai.
- Butter dalam 100g
- Kuning telur (4 biji) lagi banyak lagi sedap konsep dia.
- Nestum 2 sudu.
- Perasa; garam gula
Langkah-langkah.
1. Goreng udang sekejap dan angkat letak tepi. Udang kosong boleh..nak perasakan dengan garam pun boleh. JANGAN bubuh kunyit sudah.
2. Cairkan butter dalam minyak.
3. Tumis bawang putih.
4. Masukkan cili api dan daun kari. Part ni best..bau dia sedapppp je.
5. Masukkan telur kuning yang dah di whisk manja2. Masukkan perlahan-lahan. Sambil masuk sambil kacau laju2 nak bagi dia bersarang. Jangan terkejut, dia mmg akan jadi macam berbuih.
6. Masukkan udang yang dah digoreng tadi.
7. Masukkan nestum dan perasa mengikut skala rasa korang.
8. Tutup api..dan tadaaa!!! Siap.
Senang nak mati kan? Kan?
![]() |
Yang ni udang aku togelkan siap2..lagi sedap. |
![]() |
Yang ni egg salted crab |
Dan, ketam pun aku guna resepi ni hahaha.
Ayam pun aku guna resepi ni cuma ayam kena goreng salut tepung.
Idang/Ayam buttermilk aku kurang gemar sikit..muak sangat.
Bak kata MrAF, menu buttermilk sesuai dihidangkan kalau ramai orang tapi lauk tak banyak..baru la cukup lauk sebab semua makan lauk sakit sahaja hahaha.. 🤣🤣
Bak kata MrAF, menu buttermilk sesuai dihidangkan kalau ramai orang tapi lauk tak banyak..baru la cukup lauk sebab semua makan lauk sakit sahaja hahaha.. 🤣🤣
Ok..bye..selamat masak seumpama chef yang hebat. Resepi yang aku share insyaallah senang dan sedap. Kalau yang renyah-renyah memang awal-awal lagi aku tak buat hahaha.
Ulasan
Catat Ulasan