TURNING POINT
Bismillahirrahmanirrahim.
Pejam-celik pejam celik, dah
masuk masuk Ramadhan 2020.
Rasa macam baru sahaja lagi
bangun sahur Ramadhan tahun lepas.
Benarlah, makin meningkat usia,
masa makin bergerak pantas.
Bagi fasa kanak-kanak, masa
tetap berlalu perlahan. 🤪
Tiba-tiba rasa nak berkongsi cerrita tentang turning point.
Turning point ini kiranya suatu waktu di mana kita berubah, sama
ada berubah untuk menjadi lebih baik
atau sebaliknya.
Dalam kisah aku ni, aku tak berani nak kata aku berubah menjadi
manusia baik or ‘alim sebab aku yakin jauh sangat lagi aku dari level tu, tapi
aku hanya boleh cakap aku cuba untuk berubah menjadi aku yang lebih baik
daripada aku yang sebelumnya.
Ni gambar aku 10 tahun lepas, keluar di memori Facebook hari ni.
Tengok gambar ni, rasa malu pun ada hahaha. Aku yang hari ini insyaallah la kot tak berpakaian sendat dan singkat macam tu dah dan mungkin takkanlah kot nak duk pose macam tu dah. 1 faktor perubahan fizikal yang makin mengembang memang la kan hahah dan yang keduanya sudah meningkat usia ni, dah muncul bibit-bibit malu pada malaikat pencatat amal . Malu pada pencipta semetinya 😥

Apa faktor yang membawa kepada perubahan aku ni?
Ada banyak sebenarnya, tapi aku kongsi yang major je lah, yang
mana tau yang mungkin boleh membawa korang menemui turning point korang
sendiri, insyaallah.
FAKTOR 1 : MENJADI IBU
Ini adalah faktor normal dan ramai orang macam ni. Bila kita dah
jadi seorang ibu, kita memang nak jadi contoh teladan kepada anak.
Ini aku cerita dari konsep aku, aku takut nak membesarkan anak pada zaman sekarang kerana sangat mencabar. Dunia hari ini sangat mencabar kalau kita ingin hidup sebagai muslim, dari segi pergaulan, fasyen dan juga hiburan. Jadi atas faktor-faktor ini aku mula berubah dari segi pemakaian dan juga perkara hiburan. Takut anak aku membesar dalam normalisasi perkara maksiat bila melihat aku, sebab tu aku cuba untuk jadi contoh terbaik untuk anak aku.

Aku paling baik ? Oh seharusnya tidak, masih bertatih-tatih, masih
lagi banyak perkara-perkara tak patuh syariah dan mulut ni masih lagi terlepas
mencarut haiwan pink sewaktu drive, bezanya kalau dulu mungkin aku bagi 5-6
ekor haiwan pink disusuli dengan kata-kata “puitis” lagi “mulia”, sekarang bagi
seekor haiwan pink terus cepat-cepat istighfar dan kekerapan munculnya haiwan pink
itu sudah makin berkurang. Semakin lebih berhati-hati dalam pemilihan kata-kata
sewaktu marah, kerana dalam hidup aku sekarang sudah ada pemerhati, iaitu
Sophea dan Riphaie. Anak murid aku perasan kot level kata-kata sekarang dah tak
tajam menusuk sangat dah.
FAKTOR 2 : PERSEKITARAN.
Alhamdulillah, persekitaran yang mempengaruhi aku ialah
persekitaran kerja aku. Tambah-tambah aku kerja cikgu kan, selalu kena
berpura-pura berakhlak mulia depan murid-murid, dan lama-lama terbawa-bawa. Dan
kadang-kadang akhlak anak-anak murid aku yang terpuji buat aku malu dengan diri
sendiri dan cuba untuk follow mereka dan jadi lebih baik. Ha, jadi cikgu tak
semestinya kita je yang mengajar, most of the time, kita belajar dari anak-anak
murid.
Start bila pindah ke SMKPB, sekolah jadi satu sesi, aku kena ajar
kelas aliran agama. Nak kata aliran agama Dini tu bukanlah, tapi diorang ambil
subjek KKQ, subjek al-quran.
Walau baru form 1, tiap2 waktu lapang aku tengok diorang pegang tafsir kecil di tangan, sedangkan aku masa tu dah jadi ibu orang pun jarang sangatlah belek tafsir. Al-quran pun harap baca yaasin je lah yang kerap. Dari situ tergerak hati nak beli macam diorang, dan belek-belek bila lapang. Bila lapang tu kekerapan dia adalah sebulan sekali ha. Kemudian rasa malu bila tengok seawall umur remaja diorang menjaga aurat, rasa kagum pada ibu bapa mereka yang mendidik mereka, dah pakai handsocks sedang aku lengan masih togel, time menulis kat whiteboard lengan baju melurut ke siku pun takde rasa bersalah ke apa, lama-lama rasa segan dan malu tu muncul sendiri walau bertahun la jugak baru nak muncul huhuhu. Maka mula berjinak-jinak pakai handsock.

Alhamdulillah, rakan-rakan guru kat sekolah tu pun ramai yang
berusia dan yang pakainnya syariah compliance.
Kalau dulu aku pakai tudung atas dada aku tak rasa apa dan tak rasa berdosa pun, lagi haru, aku rasa dah labuh dah tudung aku tu hohoho. Yang utama pada alu masa tu, tuding kena yang glemer, lagi mahal lagi bagus dan berharga gotu konsep dia. Nampak tak terpesongnya pemahaman bertudung huhuhu. Tambah-tambah masa tu baru lepas bersalin Sophea di mana berat badan naik mendadak, makin pakai baju yang ikut body sebab nak bagi Nampak yang takdela gemuk sangat, tudung pulak kalau labuh lagilah Nampak gempal tu yang pakai tudung singkat-singkat. Lama-lama rasa malu sendiri walau diorang takde pernah tegur pun, tapi orang kata the ambience tu, dan aku yakin Allah saying aku kot, sebab tu la dia hadirkan rasa macam tu. Dari situ baru la belajar-belajar labuhkan tudung kadang, kadang singkat juga, tapi lama-lama Alhamdulillah ada evolusi. Ye, bila pakai tudung labuh memang akan nampak macam mak cik-mak cik tapi begitulah, selagi itu tuntutan, makcik pun makciklah. Dalam terpaksa akan wujud terbiasa dan akan lahirlah keikhlasan.

FAKTOR 3 ; ORANG SEKELILING.
Yang ni banyak sangat juga mempengaruhi sebenarnya sebab kita akan
mula menginsafi diri. Dalam kisah aku, aku mula self evaluating kehidupan aku
bila tiba-tiba seorang rakan sekerja, in earlu 40, kena strok. Daripada sihat
dan periang, tiba-tiba terlantar. Banyak yang kau mula fikir if I was her. Dan
masa tu baru terfikir, urusan kerja ke apa, once kita terlantar, no matter how
good we was, yang tinggal hanyalah family. Bila kita sakit, memang kita sorang
yang menanggung, kawan-kawan ke, majikan ke, takat mampu melawat sebulan dua,
lepas tu sunyi sebab semua sibuk focus hal
kerja. Berbaloikah kita pulun kerja selama ini sehingga meremehkan hal ibadah. Ada
juga khabar kematian saudara-sauda atau orang sekeliling yang berumur awal
40-an, bahkan yang lagi muda dari aku, terus rasa bahawa kematian itu dekat. “Sudah
cukupkah amal untuk di bawa?” soalan ini yang selalu bermain di minda.
Masa kanak-kanak- tak pernah fikir mati.
Masa remaja – takut bila fikir ibu bapa mati.
Jadi emak – takut mati nanti anak siapa nak jaga anak?
Matang (pada mana-mana peringkat) – takut mati kerana takut amal
yang sedikit.
Sentapan hidup juga bila tiba-tiba mendapat khabar my one
brilliant ex student was diagnosed with cancer. She is young dan diuji hebat
sebegitu dan beliau sangat tabah. Dari beliau aku belajar tentang mensyukuri
segala yang Allah kurniakan untuk aku. Walau life aku plain, tak gempak tak
outstanding ke apa, tapi banyak rezeki yang Allah dah kurniakan. Dari situ baru
mula mencari jalan untuk bersyukur dengan segala sesuatu. Dari situ baru aku
belajar untuk lepaskan hal-hal duniawi. Tak terlalu taksud mengejar likes dan
trending. Slow-slow mula tinggal habit yang melaghakan dan cuba untuk focus pada
hal-hal yang lebih bermakna.
Allah juga sayang aku bila mana SMKPB diberi waran untuk mempunyai
kelas pendidikan khas.
Berkenalan dengan wajah-wajah syurga itu betul-betul buat aku rasa insaf dan sedar betapa banyaknya aku memfokuskan hidup kepada hal-hal duniawi yang remeh terutamanya gaya hidup dan pembaziran untuk benda yang sia-sia such as branded and hipster stuff. Social approval la kot bahasa mudah dia. Bila bandingkan diri aku dengan anak-anak PPKI,aku rasa takut, rasa panic, rasa betapa tiada tempatnya untuk aku dalam syurga nanti. Dari situlah muncul motivasi untuk mengumpul dan mengutip pahala sebab aku tiada tiket free masuk syurga.

Dulu masa kecil aku macam guna konsep pasrah “ susahnya nak masuk
syurga, macam mustahil je terus masuk syurga, konfem aku masuk neraka,
takpelah, masuk nerakalah dulu, nanti habis hukuman aku orang islam boleh masuk
syurga” haaa gitu tahap jahil tak takut api neraka. Sekarang bila
berjinak-jinak dengan majlis ilmu, baru faham konsep ganjaran syurga, tak
mustahil tapi tak senang. BaNyak Allah sebut dalam al-quran, syurga milik
hambAnyA yang beriman dan bertaqwa maka dari situ baru aku mula menyusun langkah
menuju arah khirat, cuba mengalih arah dari duniawi.
Kita tengok mereka yang
kategori insan istimewa kita rasa kesian, keterbatasan mereka dan tak dapat enjoy di muka bumi ini secara all
out orang kata. Jadi secara duniawi memang kita untung lah, tapi kalau difikir bila
kita dibangkitkan di sana, Allahu….berlikunya jalan kita.
Dan rezeki aku jugak, duduk sebelah Ustaz Rashid kat bilik guru, maka aura tu sampai la kot. Kalau hari sembang ilmiah, ada la ilmu-ilmu baru yang dapat, hari sembang topik politik pun banyak kahkahkah.. Tambah-tambah kami ada pertalian, sama-sama ex students Ustaz Nasir masa sekolah hahaha. Ustaz masa kat SMAP Labu..Aku masa kat SMAP Pasir Puteh ..eh.. (kalau korang ingat pasal aurat & tudung tu) hehehe..

FAKTOR 4 : TAZKIRAH SENTAP
Empat tahun lepas lebih kurang, masa tu zaman kemunculan
tadika-tadika islamik tapi yurannya ya ampun. Tapi sebab nak anak-anak ni jadi
orang beragama, aku pun terjebak pi survey sekali. Tiba-tiba ada terdengar
ceramah sorang ustaz ni.
Ayat dia lebih kurang macam ni,
‘Ibu bapa zaman sekarang, semua nak anak-anak jadi orang beragama,
nak hantar sekolah yang ajar agama, yuran mahal pun takpe, asalkan nanti anak
boleh pandai solat, pandai mengaji, hafaz al-quran, suapaya anak-anak ni nanti
boleh Tarik tangan dia masuk ke syurga. Bagus, kesedaran sebegini bagus. Tetapi
dalam dia berusaha nak anak-anak dia Tarik tangan dia masuk ke syurga, sebanyak
mana pula usaha dia nak menarik tangan ibu bapa dia masuk syurga?”
Perghhhhh…. Deep sungguh, terpana rasa masa tu. Kena setepek macam
tu, nasib baiklah Allah sayang aku, dia bagi aku rasa terfikir sejenak instead
of rasa nak maki, kecam and boikot ustaz tu.
Ye, dari point nombor satu, aku timbul rasa nak jadi baik sebab
nak nanti anak kau jadi baik, nak anak aku jadi orang beragama blab la bla.
Tapi aku, boleh ke heret tangan ma dan abah aku ke syurga? Ke aku yang Tarik mereka
ke neraka? Dan sebenanrya, inilah turning point aku yang paling utama.
Kadang-kadang, kata-kata yang seolah-olah memerli kita, boleh jadi
turning point untuk kita menjadi lebih baik jika Allah izinkan dan memberikan
hidayah kepada kita.Jika kita dengar nasihat-nasihat, sama ada yang lembut atau
yang sentap, dan kita masih tidak terbuka pintu hati untuk bermuhasabah
memperbaikai diri tetapi kita tetap ingin mempertahankan kitalah paling betul
dan mencari cela orang yang menyeru kebaikan, maka kita adalah sombong sehingga
hidayah Allah pun tidak lekat pada hati kita. Nauzubillahiminzalik.
![]() |
Al- A'raf - 178 |
CABARAN
Bila kita pilih untuk berubah, cabaran tetap ada. Yang pertama
sekali ialah, penerimaan. MrAF sendiri pun macam tengok pelik je bila aku start
concern tudung tutup dada ke tak. Yang penting kita kena buat penegasan,
“inilah pengorbanan isteri, Nampak macam makcik-makcik pun takpelah, asalkan suami terhindar dari menanggung dosa gagal mendidik”. Kena sedarkan suami kita dulu ye semua, barulah dia tak rasa orang lain lawa, hanya bini dia macam makcik-makcik kahkahkah🤣🤣 Tapi masa awal-awal lah, masa sama2 level jahil, lama2 bila dia pun menetap langkah jadi imam kita, dia pulak yang tegur yang mana perlu, siap boleh komen yang fashion2 muslimah tapi tak berapa syaria complienced. 😅Ahli-ahli keluarga lain pun sama tapi biasalah, awal-awal je orang akan perasan, lama-lama jadi normalisasi.

Dia bukan takat hanya orang rasa pelik, aku sendiri pun rasa pelik
dengan diri sendiri bila sekarang dah mula selit Insyaallah, Masyallah, Astaghfirullah…
Dulu aku tak suka kalau orang guna sitilah macam ni, acah-acah good aku rasa
tapi sekarang aku dah rasa senang untuk kebalikan semuanya kepada Allah. Kalau
masa dulu, aku tak suka kalau orang berjanji dengan aku dia kata Insyaallah.
Contoh dengan anak murid la. Hari jumaat hantar latihan yang bagi tu. “Insyaallah,
Insyaallah” jawab diorang. Konfem aku jegil aku cakap aku tak nak dengar
Insyaallah sebab kau boleh rasa memang konfem la tak hantar tu. Aku nak dengar
jawapan Boleh atau Tak Boleh, tu sahaja. Jahilnya aku dulu kan. Tapi bila
difikir, mugkin juga sebab aku jumpa ramai orang yang berdusata atas nama Allah
ini. Konsep dia, kalau kita kata Insyaallah, kita akan cuba sehabis habis untuk
buat sebab kita dah berjanji dengan anama Allah. Tapi ramai orang salahgunakan
konsep Insyaallah bila kita memang dah niat dah tak nak buat, macam tak nak datang
jemputan kenduri ke, tak nak hantar latihan ke, etc. Jadi sekarang, bila
segalanya aku kembalikan kepada Allah, aku kena usaha untuk buat yang terbaik.
Insyaallah semuanya lancar dan dipermudahkan.
Birds of a feather flock together. Ye, ini benar. Yang mana masih
lagi kekal di laluan lama, akan beransur-ansur hilang menjauh, idealogi tak sama,dah
tak in katanya sebab tema hidup dah berbeza.
Tinggal hanya kawan-kawan yang sama-sama bertatih menyusun langkah mencari akhirat.
In my case, Alhamdulillah, kawan yang dalam gambar 10 tahun lepas tu pun sama-sama berpimpin tangan sekarang. Dan jangan risau kehilangan kawan bila kita cuba berubah atau berhijrah, kerana insyaallah kita akan dapat kawan-kawan baru yang sama-sama dalam lauan yang sama dengan kita. Insyaalah Allah permudahkan. Siapa yang walk out, maka itu sebenarnya cara Allah mudahkan urusan kita untuk istiqomah dalam berhijrah. Kita kena faham, bukan semua orang suka kita berubah ke arah kebaikan, bukan semua orang suka bila kita sebut perkara benar, tapi yakinlah, jika kita ikhlas mencari redha Allah, Allah akan ada bersama kita.

Dan, sejak the turning point, hati ini menajdi lebih tenang. Segala
urusan Allah permudahkan. Ada yang bersangka aku ni acah-acah jadi baik sebab
nak pergi umrah. Ada benar da nada tak benar. Yang benar ialah memangla weih,
makin nak pi umrah, makin aku risau kot-kot nanti di sana dapat balasan tak
dapat beribadah segalanya, tapi Alhamdulillah semuanya lancar dan dipermudahkan
sepertimana yang ku telah coretkan. Yang tidak benar ialah, my turning point ni
dah beberapa tahun sebelum itu, tapi progressnya slow jadi orang tak perasan
sebab tak drastic sangat. Dan percayakah korang kalau aku cakap, Allah
permudahkan urusan aku pergi umrah, I got 100% sponsored bila orang tu Nampak laluan
aku berubah, dan bila aku suarakan hajat nak pi umrah, I got sponsored walau
aku cakap I got enough savings. Alhamdulillah. Percayalah dengan rezeki dan
ketetapan Allah, insyaallah kita akan diberikan rezeki yang tak tersangkakan.
Dan tahu tak apa yang paling menggembirakan?
Bila aku cuba berubah lebih baik, ma lah yang banyak bagi nasihat,
kongsi ceramah-ceramah.
Sekarang rasa seronok bila boleh tadabbur surah sama-sama dengan
mak kita.
Bila kita mengaji, jumpa tafsir-tafsir yang agak menarik, wasssap
ma. Bincang sama-sama.
Boleh berlumba-lumba dengan mak sendiri sipa khatam dulu, tapi
biasalah, mak aku lah yang menang.. dia lebih banyak masa terluang. Tapi takpe,
kita mencuba dan perasaan dia tu indah sangat.
Bila hajat nak jadi anak yang dapat menarik tangan ibu bapa ke
syurga, Allah bagi aku rezeki untuk merasakan indahnya berpimpin tangan bersama
ibu bapa di Mekah dan Madinah.
Ini menjadi lebih pembakar semangat untuk aku betul-betul boleh
dihimpunkan bersama disyurga bersama ibu bapa dan seluruh ahli keluarga.
Sempena bulan Ramadhan, sama-sama kita ambil peluang merebut
segala ganjaran yang Allah berikan.
Allah itu Maha Baik, setiap tahun Allah KIRIMKAN Ramadhan kepada
kita.
Bulan Ramadhan ialan bulan untuk melatih kita menjadi manusia yang
lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Kalau kita hanya “baik” pada bulan Ramadhan, maksudnya kita masih
belum menemui keberkatan Ramadhan yang sebenarnya.
Konsep dia sama macam pergi umrah/haji.
Nak tau umrah/hajinya mabrur, tengok kehidupannya selepas dia
pulang, ada perubahan kea rah lebih baik atau pun tidak.
Maka begitulah Ramadhan,
Adakah kita berjaya menjadi lebih baik dari tahun ke tahun,
Sehinggalah kita dipanggilNya.
Semoga perkognsian ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat.
Baru dengar ceramah Tn Hj Norhizam, dari sektor Pendidikan Islam Perak.
Sesiapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah amalnya,
sesungguhnya dia semakin jauh dari Tuhannya. Begitu juga dengan usia.
Allahuakbar.. semoga kita semua di dalam lindungan kasih dan rahmatNya.
Insyaallah.
Semoga Allah mengganjarkan sebaik-baik ganjaran kepada semua yang terlibat dalam mempertumakan aku
dengan turning pointku. Amin.
Ulasan
Catat Ulasan