: BUFFET RAMADHAN ::
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah sedar tak sedar, dah masuk 15 Ramadhan.
Bergantung pada diri masing-masing, sama ada berasa
gembira tak sabar dah nak beraya atau rasa sedih Ramadhan dah nak habis.
Bagi aku yang telah meningkat usia ni, haruslah berasa
sedih sebab bulan inilah bulan bonanza pahala . Tambahan pula, Ramadhan kali ni
macam mission mengurangkan kilogram agak kurang berjaya, lagi rasa nak start Ramadhan dari day 1 semula huhuhu... tak taulah kenapa,
fasa PKP ni lagi rancak masak dan order kudap-kudapan. Gagal membendung nafsu
di situ huhuhu.
Sebut pasal makan, teringat tentang buffet Ramadhan yang
memang setiap tahun akan jadi topik perdebatan. Jadi tahu ni nak berkongsi
kisah aku dan Buffet Ramadhan.
Benda sebenanrya macam mentality, tengok lifestyle orang
kaya-kaya, dalam drama, makan kat hotel gittuew. Jadi di kala fasa remaja,
zaman sebelum tahun 2000, memang hotel tu untuk orang kaya je lah, orang
marhean memang tak mimpi lah, nak hotel apa kalau tak pi bercuti, apatah lagi
nak pergi makan sesuka hati kat hotel. Bila selepas tahun 2000, zaman dah berubah
sikit. Masa ni masa zaman belajar kat university. Asal budak last sem mesti
akan buat grand dinner kat hotel, macam hebat macam gempaq kan. Makan di hotel
adalah ibarat kasta yang lebih tinggi dalam hirarki masyarakat gittuew. Jadi
bila masa zaman student, hidup pun dengan duit PTPTN, maka dapat berangan je
lah nanti dah kerja ada duit nak gi fine dine kat hotel, nak gi buffet dengan
family.
Maka bila masuk fasa dah bekerja, dah pegang duit, maka
macam nak ubah status sosial la kononnya hakhakhak. Memandangkan masa tu masih muda
belia, bulan Ramadhan adalah bulan makan konsep dia hahaha. Maka asal bulan
Ramadhan je, kami (aku, anis, kecik, shima, kak bani, moon) akan pi buffet Ramadhan kat hotel dan upload di media sosial
kahkahkah (malas nak cari gambar throwback 😝). Tapi yang ni focus kita asal boleh pi buffet, yang paling dekat dan
tak mahal sangat konsep dia. Masa tu kalau early bird promo boleh dapat rm70+
satu kepala. Tapi masa tu kami semua muda, selera makan pun besar, makanan tak sedap sangat pun boleh je kami telan. Kira banyak jugak la
habuan masuk perut.
Bila dah kahwin, lagi menjadi-jadi agenda buffet Ramadhan
hunting dengan MrAF iaitu tahun 2011 dan 2012. Every weekend tu kami akan pergi Buffet
Ramadhan. Sebut je nama hotel kat Penang tu, semua kami jejak, Sunway, Bayview,
Eastin, Gurney, Vistana, E&O, Eq, Shangri La Rasa Sayang and a few more..
living young and free, rasa macam mencapai satu achievement dalam kehidupan
gittuew berbuka puasa di hotel. Lagi mahal lagi semangat nak pergi konsep dia,
orang kata membazir, bagi kami masa tu tak membazir sebab bagi kami itu adalah lifestyle , tambahan pula kami
masih muda, boleh makan banyak round. Pendek kata semua makanan yang ada akan
masuk perut (MrAF la, aku mmg picky, dessert tu jarang aku makan).
WORTH THE MONEY PAID pada hemah masa tu walau ada yang almost cecah RM200 per person (kalau tak silap sebab takut tertukar dengan buffet biasa yang bukan Ramadhan, tapi yang mahal ni biasanya banyak seafood) dan takde yang kurang dari RM80 per person. Nak kata duit banyak melimpah-ruah, memang tak. Memang betul saving khas untuk buffet Ramadhan. Hebat tak?
WORTH THE MONEY PAID pada hemah masa tu walau ada yang almost cecah RM200 per person (kalau tak silap sebab takut tertukar dengan buffet biasa yang bukan Ramadhan, tapi yang mahal ni biasanya banyak seafood) dan takde yang kurang dari RM80 per person. Nak kata duit banyak melimpah-ruah, memang tak. Memang betul saving khas untuk buffet Ramadhan. Hebat tak?
Macam mana solat?
Well, sebab kami nak fokus untuk makan, maka ambil dulu
makanan sikit, orang azan, kita berbuka minum air, laju-laju pergi surau solat
Maghrib sementara orang lain tak terjah surau lagi. Jadi lepas solat, boleh ke
dining hall dan sambung makan dengan nyamannya. Masa tu konsep dia, kita solat
yang wajib je, yang sunat (terawikh bagai tu), time free baru kita buat. Time busy nak makan yang
sunat tu tolak tepi lah. 10 malam last baru kita solat terawikh tak tinggal. Itulah pemikiran jahil dulu kala. 🤪🤪
Boleh je kan terawikh lepas balik tu kan? Ha, boleh,
tiada sebarang masalah, masalahnya ialah bila perut dah sebu cenggitu, solat
isyak pun kira nak habis cepat je sebelum landing. Silap-silap Isya' masa sahur 😅
![]() |
Ni 2nd last Buffet Ramadhan hotel Sunway tahun 2013. Yang last ialah 2 minggu selepas itu sebab masa menang voucher utk 1pax masa hari ni hahaha. |
Makin meningkat umur, dapat anak, makin slow down aktivi
berbuffet Ramadhan. Ada dua faktor kenapa jadi slow down :
1. Semakin
meningkat usia, kadar metabolisme dah slow. Dah tak boleh dah nak makan ulang-ualng
banyak kali, Makan nasi tambah sekali, cukup. Kuih-muih pun tak berapa nak
boleh masuk dah. Lagikan masuk Seoul Garden pun dah terasa macam overpaid tak
berbaloi dah sebab makan sikit sahaja, apatah lagi buffet Ramadhan.
Jadi masa fasa ni baru macam rasa tak berbaloi nak bayar
harga buffet tu sebab makan sikit. Barulah Nampak yang orang sebut membazir bayar mahal makan sikit. Tapi
masih lagi weekend berbuka puasa di family restaurant macam Nando’s etc. Means luang masa pergi ke mall pulak untuk iftar. Duit jimat sikit tapi masa masih sama terbazir.
Masa fasa umur ni baru faham kenapa ma abah aku tak suka
kalau ajak dinner kat hotel, baru faham perasaan diorang yang terasa membazir.
Lagipun, sejujurnya, masakan kat hotel bukanlah sedap
sangat. NOKTAH. Imagine nasi lemak hotel cukuplah, jaranglah nak jumpa hotel
yang breakfast nasi lemak sedap hahaha.
Masa berlalu sehinggalah datang pula sebuah turning point
yang mana hidup ni bukan hanya perlu laksanakan yang wajib tetapi perlu
banyakkan yang sunat jua, contohnya terawikh di bulan Ramadhan la kan.
Akan kita semua masuk fasa umur yang sedar tentang
keberkatan dan kemuliaan Ramadhan maka masa inilah kita berebut-rebut untuk
mengumpul pahala. Yang mudah, terawikh, tadarus dan sedekah.
Selama ni aku bukan hanya “membazir wang” tetapi aku juga
“membazi masa”. Sepatutnya masa tu lebih banyak aku luang untuk ibadah,
baca al-quran ke, solat terawikh semestinya, tahajjud bagai itu lagilah, tapi
aku, biarkan masa berlalu begitu sahaja semasa zaman berbuka di hotel mahupun
berbuka di mall. Duit yang overspent tu kalau guna untuk bersedekah kan lebih
besar maknanya kan. Terasa kejahilan itu bagiku….. satu kerugian.~~ (sila sambung nyanyi 😬)
Sekarang ni, kalau orang nak belanja berbuka kat hotel pun tak rasa nak pergi sebab rasa sayang terbazirkan masa untuk beribadah semata-mata untuk makan.
Tambah-tambah, 2-3 tahun kebelakangan ini baru tersedar tentang pemakanan sihat selepas badan naik berkilo-kilo, jadi menu iftar dirumah yang light-light tanpa makan berlebihan adalah keutamaan. Kita baru belajar mengenal kalkulator kalori.
Sekarang ni, kalau orang nak belanja berbuka kat hotel pun tak rasa nak pergi sebab rasa sayang terbazirkan masa untuk beribadah semata-mata untuk makan.
Tambah-tambah, 2-3 tahun kebelakangan ini baru tersedar tentang pemakanan sihat selepas badan naik berkilo-kilo, jadi menu iftar dirumah yang light-light tanpa makan berlebihan adalah keutamaan. Kita baru belajar mengenal kalkulator kalori.
Bila anak dah dua ni lagilah, keselesaan berbuka adalah
di rumah semata-mata hahaha. Hangpa dua orang nak berkecah berterabur nasi
tumpah air bagai pun takdelah nak stress sangat.. masih stress tapi tak
sestress anak-anak buat perangai kat luar 😅 Yang penting, settle bbuka laju-laju, nak kejar waktu solat. Laki nak surau sebab terawikh berjemaah pahala lebih banyak dari solat sendiri. . Bini terpaksa duk rumah jaga anak. Takpe, I'allah pengorbanan kita jaga anak untuk bagi laluan laki kita kutip pahala lebih, mungkin kita pun dapat sekali tempias pahala.
As Ramadhan 2020, wabak COVID 19 dan PKP, akhirnya para bini seperti aku berpeluang terawikh berjemaah berimamkan suami sendiri. Yes...sangat indah 🥰🥰
As Ramadhan 2020, wabak COVID 19 dan PKP, akhirnya para bini seperti aku berpeluang terawikh berjemaah berimamkan suami sendiri. Yes...sangat indah 🥰🥰
Sekarang ni, impian iftar Ramadhan aku ialah tunggu
anak-anak besar, kita satu family pergi berbuka di masjid, terus stay solat
Maghrib , Isyak, tadarus dan Terawikh. Tahukah anda, masa zaman di USM, masjid USM memang buat majlis iftar. Adalah sekali dua aku pergi sebab semua kawan-kawan nak pergi aku pun macam join la jugak. Masa tu mentaliti aku, yang pergi berbuka kat masjid ni yang nak jimat duit tak payah beli makanan kat cafe. Teruk kan pemikiran aku. Masa tu memang takde dalam kamus lah tentang Ihya' Ramadhan.. nak tunggu berbuka pun layan drama korea untuk killing time..terasa kerugian yang sangat sekarang..😢😢
Semoga impian dan hajat nak satu family beriftar di masjid ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. Sekarang ni jeles tengok kawan-kawan yang dah boleh beriftar di masjid sebab anak-anak dah besar.
Semoga impian dan hajat nak satu family beriftar di masjid ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. Sekarang ni jeles tengok kawan-kawan yang dah boleh beriftar di masjid sebab anak-anak dah besar.
Jadi, kesimpulan yang boleh di buat ialah semua lifestyle
merapu ini adalah nafsu, makin kita tak mampu makin kita nak pastikan kita
boleh buat. Contohnya Thermomix tu lah, kalau masa sekarang ni aku zaman baru nak up,
haruslah memasang azam nak beli sebab dia “wow!! In trend!! Dan harga dia mahal maka darjatnya lebih tinggi” konsep dia. Tapi sebenarnya bila kita dah masuk fasa berkemampuan, kita
lebih rasional dalam membuat timbang tara berbaloi tak untuk spend duit atas
seketul benda yang social approval semata-mata. Keperluan atau pembaziran? Eh, apehal aku melalut
tehrmomix ni ahakz..🤭
ok sambung, keindahan sebenar ialah bila kita mampu untuk memiliki barang/lifestyle yang kita nak, tapi kita decide untuk guna duit tu untuk benda yang lebih bermakna (sedekah etc), Insyallah kita akan mendapat inner peace kalau kita buat tu dengan ikhlas tak mengharapkan pengiktirafan manusia. Kalau kita buat untuk dapat puji-pujian, pahala tak dapat, ketenangan pun tiada.
ok sambung, keindahan sebenar ialah bila kita mampu untuk memiliki barang/lifestyle yang kita nak, tapi kita decide untuk guna duit tu untuk benda yang lebih bermakna (sedekah etc), Insyallah kita akan mendapat inner peace kalau kita buat tu dengan ikhlas tak mengharapkan pengiktirafan manusia. Kalau kita buat untuk dapat puji-pujian, pahala tak dapat, ketenangan pun tiada.
Semoga pengalaman aku ini dapat menjadi ilmu bermanfaat. Kepada
yang baru nak terjebak dengan lifestyle berbuffet Ramadhan, mungkin boleh revise semula hajat kalian itu.
Nak cuba untuk dapat pengalaman sendiri bolehlah, tapi
jangan sampai terjebak terlalu lama, nanti rugi macam aku.
As for me, I took that as pengalaman mematangkan fikiran.
Bye, salam Nuzul Al-Quran, wish awal-awal lagilah hehehe.
Assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan