KELEBIHAN MENJADI CIKGU


Bismillahirrahmanirrahim…
Hari ni 16 Mei, jadi seperti biasalah… SELAMAT HARI GURU…!!!
Hari Guru tahun 2020 ni sangat spesial sebab semua orang boleh meraikannya kerana PKP COVID-19, maka sekolah ditutup dan ibu bapalah menjadi guru anak masing-masing.

Maka, Selamat Hari Guru untuk semua. It’s not easy right? Hahaha… memang, ajar anak sendiri memang susah sikit compare dengan ajar anak orang. Ajar anak orang kita lebih bertenang tapi bila ajar anak sendiri kesabaran tu senang ghaib sikit eheh.. Yang benar, Cikgu Mama ahahahaha.

Ok, sebut kerjaya cikgu ni, memang kontroversi. Pendek kata, memang satu kerjaya yang selalu di kecam dan tak kena di mata masyarakat especially… “Untung lah cikgu, kerja separuh hari, cuti banyak, gaji mahal”.

Jadi alang-alang ramai yang yang sealu kata jadi cikgu ini untung, maka hari ini, biarlah aku senaraikan semua kelebihan menjadi cikgu pada hemah aku, agar lebih ramai orang kesawanan muahahahaha. Ooppsss, gurau je lah, aku just nak kongsi kelebihan menjadi guru dari sudut pandangan aku. 

Kalau orang cakap kat aku untung lah jadi cikgu…cuti banyak… aku akan terus je jawab.. “ha’ah..best sangat… rileks-rileka tak buat apa, cukup bulan dapat gaji..” sambil senyum paling mengada-ada aku buat muahahaha. Nak sangat kan sakitkan hati korang sendiri, meh aku tambah-tambah robek-robekkan hati tu muahahaha.

Ok..ini pendapat aku secara peribadi.

1.       Gaji cikgu mahal? Ermm, selagi mana penjawat awam, kita ada tangga gaji kan, jadi lebih kurang sama je lah dengan penjawat-penjawat awam gred sama yang lain. Mungkin ada perbezaan elaun semua lah. Cuma bila cikgu, kenaikan gred adalah automatic, 8.8.6.4 kalau tak silap. (maaflah, aku ni memang kurang ambil tahu sangat bab gaji..yang aku tau gaji masuk tiap bulan Alhamdulillah). Dalam setiap kenaikan dia, adalah keburukan dia, iaitu kenaikan gred kami lambat compare dengan jabatan-jabatan lain. Ada sesetengah jawatan 4 tahun dah boleh lompat dari 41 jadi 44. 8 tahun kerja dah 48 tapi cikgu baru 44. Tapi begitulah, yang nak naik cepat ni banyak lah requirement dia, paper work lah, research lah and so on. Macam cikgu, memang boleh nak pendekkan tempoh kenaikan gred tu contohnya mohon guru cemerlang tapi ada banyak lak dokumentasi dan fail yang perlu disiapkan. Jadi ini bergantung kepada individu . As for me, I choose to follow ketetapan automatic tu je lah, aku rasa lebih bahagia sebegitu. So hidup ada pro and cons, jadi untuk hati lebih bahagia, eloklah kita tak payah intip gaji orang lain, focus life kita je cukuplah. okay?

2.       Jadi cikgu ni, aku suka sebab boleh jadi lubuk pahala. Ada sesetengah jabatan kerajaan lain, macam-maca elau diorang dapat, elaun uniform, elaun kasut, etc..etc. Kami cikgu takde semua elaun tu, so dari segala kelengkapan nak kerja, dari pen sehinggalah ke LCD ke apa, memang guna duit sendiri. Marker nak guna dalam kelas, memang duit sendiri.Laptop nak yang murah ke, nak MacBook ke, Microsoft surface ke apa, memang semua duit sendiri, kalau bantuan kerajaan pun, beli guna loan kerajaan. Hanya itulah. (Cuma 2 atau 3 tahun lepas kot yang dapat handphone yes + data 2G dan tab Lenovo tu tanpa di minta. Alhamdulillah).  Ok, berbalik kenapa jadi cikgu lubuk pahala. Aku tak nak komen kerja guru kerja mulia, segala ilmu yang di ajar blab la bla… semua benda lahir dari cikgu so cliché. 

       Aku nak cerita dari pengalaman aku, jadi cikgu ni biasanya fotostat latihan ke apa, guna duit sendiri, beli buku latihan ada budak tak bayar maka bayarlah dgn duit sendiri. Nampak ada pelajar yang agak kurang berkemampuan, kita support, beli buku, beli alat tulis, belanja makan kat kantin. Ada kelas tambahan, kesian budak kena stay back, provide makan dan minum untuk diorang, bagi mereka semangat dan rasa gembira. Kalau jadi guru kelas lagilah, nak hias kelas memang banyak keluar modal duit sendiri, tapi takpelah, kelas cantik mata kita juga yang seronok nak pandang. Printer dan computer milik kerajaan ada, tapi bukan banyak, dan keberadaannya di pejabat. Kami guru-guru buat kerja di bilik guru jadi normallah tu beli printer ink kertas duit sendiri. Siap print kerja kursus budak.Kalau mampu, mesin fotostat pun nak beli sendiri letak sebeah meja, senang nak buat kerja. 

       Air cond di bilik guru kalau masih berfungsi itu rezeki yang amat, kalau dah rosak sebagainya, makanya tong-tong duit sendiri je lah untuk keselesaan bersama. Kalau sukan sekolah ke apa, nak bagi meriah, mesti akan cikgu-cikgu lah topap duit untuk keselesaan dan kemeriahan sebab peruntukan makin tahun makin tak banyak, macam sekolah aku, pelajar-pelajar pun memang majority B40 jadi kita faham kekangan mereka dan kita cuba sedaya yang kita boleh. 

Benda-benda ni memang orang tak nampak, dan tak faham kalau korang bukan cikgu or pasangan cikgu. Macam MrAF sendiri pun, makan tahun la jugak baru dia boleh faham dalam erti kata sebenarnya kebajikan anak-anak murid yang cikgu jaga atas dasar ehsan dan kasih sayang. Satu sen pun tak boleh claim, nak claim OT jauh sekali. Tapi aku tak kisah, sebab aku yakin, kalau kita ikhlas bersedekah, insya allah Allah ganjarkan rezeki lain untuk kita. Hidup bukan semetinya tentang wang ringgit.  

      Aku ingat ni masa tahun ke dua jadi cikgu macam tu lah, ingat-ingat lupa tapi yang pasti masa tu tak kahwin lagi. Aku kena in-charge pertandingan roket trajektori minggu inovasi sains. Latihan dengan budak semetinya lepas waktu sekolah dalam pukul 3 atau 4 macam tu. Botol boleh cari, tapi nak beli bahan-bahan macam cat ke, tape ke, memang duit poket guru pembimbing sendiri lah. Masa tu awal-awal kerja, gaji starting pun angka tak banyak and kecil je lagi nombor depan tu. Masa tu dah "hujung bulan", gaji nak lagi 3 hari. Minyak dah tinggal 1 bar, kalau ikut perkiraan, 1 bar tu tahan untuk sehari je nak ulang alik rumah ke sekolah. Duit balance sementara nak tunggu gaji adalah RM30+.  Ingat nak isi minyak kereta dalam RM20 macam tu tapi tengok budak-budak yang dating latihan ni dah la panas, nak beli barang-barang lain lagi sebab nak buat roket yang terbaik. Macam aku cakap, ehsan dan sayang pada students tu lebih, gigil-gigil la jugak tangan tapi hulur la jugak RM20 kat mereka dua orang, gi beli air sedap untuk minum bawah rembang mentari, dan topap lah beli bahan-bahan apa lagi yang perlu. Hal minyak kereta tu aku tawakkal lah, tunggu lampu nyala pandailah aku mintah ehsan duit abang aku nanti. Dan korang tau tak rezeki dan kuasa Allah tu kadang-kadang memang tak terjangkau dek akal kita? Minyak kereta aku tak menyala, macam bertahan di satu bar sehingga hari gaji. Aku sampai sekarang macam tak boleh nak brain kejadian tu tapi dari situ lah aku celik hati, betullah Allah kata, kita tolong orang, Allah tolong kita. Apa? Korang ingat lepas tu aku nak cakap aku menang cabutan bertuah RM10k ke? Banyak tengok drama indon sangat korang nih hahahaha… 🤣🤣🤣

Tapi begitulah, rezeki Allah tu luas, bukan hanya bentuk duit, hati rasa tenang dan gembira tu pun rezeki yang tak terungkapkan. 

Tapi aku selalu berharap dalam hati, aku berbuat baik pada anak orang, aku harap orang akan baik pada aku dan  anak aku.

Tadi aku cerita masa latihan kan, kalau masa hari kejadian, isu yang paling hangat ialah risiko nak mengambil dan menghantar pelajar lah. Cuma Alhamdulillah, bila orang makin sedar dengan SOP dan keterpaksaan cikgu-cikgu ni, kalau jadi sebarang kejadian yang tidak diingini, harapnya adalah pihak yang membantu guru dari dihadapkan ke mahkamah. Kalau kena bawak budak tu, makin jauh jaraknya, makin pajang doa di baca agar dijauhkan dari sebarang kecelakaan. Naik kereta sensorang takde la pulak cuak sebegitu hohohoho sedangkan risiko tu sama je tiap-tiap kali naik kenderaan kan.

3.       Masa. Yang ni punca ramai orang jadi agak cemburu pada cikgu. Kadang-kadang aku husnuzon je lah, mungkin orang yang suka cakap “BESTLAH JADI CIKGU, KERJA SEPARUH HARI JE” adalah golongan yang takde anak, atau anak masih kecil tak ikut jadual persekolahan yang betul, atau anak dia kaki ponteng aktiviti sekolah atau memang dia tak pernah ambil tahu jadual aktiviti sekolah anak dia. Simple. 

      Kalau dia ada anak yang bersekolah dan dia ambil tahu tentang persekolahan anak dia, dia mesti tahu anak dia ada latihan 1M1S, Kokurikulum, Kelas Tambahan dan macam-macam lagilah aktiviti tambahan di luar waktu persekolahan. 
Merentas desa

Choral speaking.

Jadi kalau dia tahu seharusnya dia faham cikgu pun ada juga di sekolah pada waktu tu, apa? Ingat cikgu-cikgu ni bela saka ke apa boleh tidur di rumah tapi orang nampak ada kat sekolah dengan anak murid? Be rational please sebelum keluar hujah, kan nampak sangat level IQ tu kat mana. Mmemang la betul orang nampak punch out pukul 2.30 (kalau tiada meeting), tapi pukul 4 datang semula sampai pukul 6 tu orang tak nampak. Pusing-pusing, waktu kerja kita lebih kurang sama je, Cuma kadang-kadang cikgu extra lagi, malam-malam kena layan soalan-soalan dari anak-anak murid kot wassap group pulak. Takpun malam lah waktu nak cari bahan untuk mengajar or siapkan CIDS. Masa waktu sekolah tak sempat weih, kena 30 waktu seminggu, dengan kawan meja sebelah pun seminggu sekali je boleh sembang. Tak payah la berangan la ada breakfast break lah, lunch break lah, tea break lah, nan hadooo.. pandai-pandai lah ko selit sendiri time mana ko nak makan, yang pasti bila bunyi loceng masa ko, wajiblah ada dalam kelas.

      Pasal kebanyakan Sabtu kena pergi sekolah ada LDP lah, apa lah malas lah nak cerita, yang tu selalu jadi punca dicemuh orang ramai kalau kata tak boleh nak hadir kenduri atau ap-apa. Orang macam " ye la tu..busy sangat..alasann".. Yang aku heran, kalau yang bukan cikgu pi kerja buat OT siap dapat duit di hujung minggu takpe, boleh faham kesibukan kerja. Eh, double standard sungguh, kesian aku, dah la duit tak dapat, pakej cemuhan lagi huhuhu. 



Cuti sekolah yang kontroversi. Ni pun samalah aku husnuzon seperti di atas. Kalau dia sejenis yang ambil tahu, mesti dia tahu sebelum cuti tu anak-anak diorang ada test atau peperiksaan. Jadi musim PKP ni ramai dah la kot yang cerdik yang boleh faham “work from home” ni.. jadi kami cikgu-cikgu masa cuti tu lebih kurangnya work from home lah, tanda paper, kadang-kadang ada hari pi sekolah jugak buat kelas tambahan. Sekali lagi, apa ingat cikgu-cikgu pasang saka ke untuk ganti diri pi buat kelas tambahan tu? Bayaran aku tak tahu, yang aku tahu, aku tak pernah dapat bayaran dan aku memang ikhlas buat kelas tambahan tu. 

Claim OT memang jauh sekali ye kalian semua, memang tiada peruntukan OT bagai,  (dan biasanya siap keluar modal sendiri weih, beli breakfast untuk anak-anak murid dan juga bayar extra untuk tolong jaga anak masa kelas tambahan tu)  Tapi asal kita ikhlas, bagi ilmu bermanfaat, insyaallah ada ganjarannya. 
Yang penting...kita HAPPY..!! 

Apa dan bila itu semua kerja Allah, aku serahkan pada Allah, kerja aku sebagai cikgu cabuk ni pun dah terkejar-kejar nak siapkan so memang tak daya lah nak fikir benda di luar bidang aku hehehe. Yang aku pasti, walau duit tu duk guna utk benda-benda tadi, alhamdulillah masih cukup untuk hidup. Nak kata balance banyak kosong kosong kosong kat belakang tu tak juga tapi ada terbaca, kecukupan itu juga adalah suatu bentuk rezeki. Alhamdulillah.

Dulu, awal-awal kerja, aku tak suka jadi cikgu sebab kena cuti pada cuti sekolah. Itu adalah perkara yang membencikan tahu. Pertamanya, bla cuti sekolah semua mahal, tiket, hotel semua mahal. Keduaanya, bila cuti sekolah, kesesakan di tempat-tempat tumpuan ramai. Saya tidak suka. Sebab tu masa awal-awal kerja, masa bodoh-bodoh alang, beria aku duk tanya-tanya ada peluang tak kalau nak masuk kerja kat PPD or JPN...le kerja ikut ofia hour cuti tak ikut cuti sekolah. 

Tapi selepas ada anak, rasa itu semakin pudar sebab kerja di PPD dan JPN perlu banyak bergerak meeting ke sana sini. Dan setelah anak masuk fasa tadika, memang hilang terus nawaitu nak kerja waktu ofis tu sebab sekarang, I love cuti sekolah. Bukan sebab boleh goyang-goyang kaki, seriously korang dah faham kan, work from home adalah lebih memenatkan dari keluar pergi kerja as for me peegi kerja ialah me time hahahaha. Tapi I do prefer cuti sekolah kerana anak-anak aku masa cuti ada depan mata aku, tak perlu hantar balik kampung or rumah pengasuh. Yes, ini adalah kelebihan yang sangat-sangat-sangat-sangat utama bila jadi cikgu, kita boleh sentiasa memantau anak kita. Masa hari sekolah tak sempat weih, pkul 6.40 pagi dah keluar rumah, pukul 6 petang baru kutip anak kerana kami semangnya bukan bekerja separuh hari seperti jangkaan korang, malam lepas isyak dah kena paksa tidur dah semua. Jadi masa cuti ni lah boleh nak luang masa dengan anak-anak walau sekejap-sekejap perangai mereka mengundang momster muncul ahakz.

Yang hairannya manusia ni dia tak boleh fikir logik kot. Cikgu-cikgu ni dulu cuti tahunan 7 hari je, baru 3 tahun kot naik jadi 10 hari. Orang gomen lain cuti tahunan 40 hari kot. 40 hari tu kalau tak ambil banyak boleh carry forwand. Ganjaran lagi besar kalau cuti terkumpul banyak boleh dapat Golden Handshake masa pencen. Masyuk... Macam kami ni, setahun boleh simpan dua tiga hari je kot, ko rasa mampu nak dapat golden hand shake? tu pun tak habis-habis nak dengki cikgu cuti banyak masa cuti sekolah. Kalau cuti sekolah drg sekolah boleh counted as Golden Handshake tu logikla jugak kalau nak jeles. 

4.       Kelebihan ke empat ialah ikhtilat. Boleh di katakan bila korang kerja cikgu, 80% terjaga ikhtilat korang. Ikhtilat tu apa? Ikhtilat ini ialah perhubungan & pergaulan lelaki dan perempuan. Jarang la nak jumpa cikgu-cikgu yang berbeza jantina bertempuk bertampar sesame rakan sekerja. Paling tidak ada ustaz or ustazah duk jeling. 

Aku cakap jarang ok, bukan tiada sebab spesies gatal dan gedik ni di mana-mana pun wujud. Tetapi bagi yang lain ni, memang lagi terbatas la perhubungan. Tiada nak kena pi company trip dengan kaum bukan sejenis, dinner ofis lah, lunch time beramai-ramai  setiap harilah. Agak mustahil, dan biasanya meja kat bilik guru pun ada zon ikut jantina. 



Bukanlah kata takde komunikasi terus, ada, boleh bersenda gurau tapi dalam keadaan ada batas (yang nak melampaui batas tu spesies yang disebut di atas). 


Jadi cikgu ni pun kita boleh pilih nak masuk dalam kelompok tabarruj atau biasa-biasa seadanya. Pilihan di tangan masing sebab tiada ketetapan wajib make up bergaya ke apa. Cukup pakaian kemas dan mengikut pekeliling. 


5.       Kurang risiko terdedah dengan kes pecah amanah dan rasuah. Tapi macam biasa, ada juga yang terjebak tapi agak jarang lah kes macam ni, sebab tu kalau sekali muncul dia akan jadi macam WOW!!!! Muka depan paper terus. Perkataan “cikgu” tu kalau boleh diorang nak bold bagi penuh separuh page. Itu dari segi pecah amanah dunia lah, tetapi dari segi pecah amanah 'saham di sana' senang terjebak. Terlambat masuk kelas walau seminit, di catat. Mengajar sambil lewa, di catat. Mengulat elak tugas, di catat. Dan banyak lagi lah kalau nak sebut, just guna common sense. Jadi sebenarnya, kalau kita pikul konsep amanah, i'allah kita akan selamat dunia dan akhirat. 



Dah panjang dah aku tulis, maka rasa nak berentilah dulu. Maka ini adalah dari sudut pandangan aku, maaf kalau ada yang tak sama dari sudut mana-mana. Tapi sebagai cikgu, aku takdelah nak kata semua cikgu baik, mulia guru pelita hidup bla, bla,bla sebab ada juga yang spesies teruk macam kes pecah amanah, mengulat dan mengular, cabul, gangguan seksual, pulau anak murid, sebar  rahsia pelajar, skandal di tempat kerja dan sebagainya , sebab memang wujud benda-benda sebegini tapi itu bukanlah suatu tiket untuk terus dilabel pada semua guru. Bak kata orang, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tambahan pula, ia adalah sikap dan dosa peribadi pelaku tersebut bukannya disebabkan kerjayanya. Walau apa pun kerjaya individu tersebut, sudah pasti dia tetap akan berperangai sedemikian.

Aku sendiri pun tak boleh nak rate diri aku ni level mana, cuma berandaian sendiri je lah. Nak kata sangat bagus dan cemerlang, takdelah sampai tahap pernah dapat award ala-ala guru inspirasi McD bagai tu. Nak kata teruk dibenci pelajar Alhamdulillah tak pernah lagi kereta kena sabotaj or diorang kesian tengok toyol yang uzur pun tak tahulah ahahaha. 

Cukuplah aku rasa aku diterima pelajar pun alhamdulillah, aku masuk kelas muka sensorang ceria dan bersemangat pun aku dah rasa best dan diorang sanggup nak dengar aku membebel pun aku gembira tak terungkap. 

Siapakan tugasan online dan take part in online kelas sepanjang musim PKP ni pun rasa bahagia dan disayangi sangat dah ahahaha.  Walau aku sendiri tak cukup baik, tapi aku berharap dan mendoakan mereka menjadi manusia yang baik dan aku akan terus mencuba menjadi contoh yang baik. Dan bukan aku je tolong diorang.. diorang pun banyak tolong aku. 

I don't expect much.. aku just nak cipta memori bahagia, bagi nasihat dan bimbingan sebaik yang aku boleh bagi, membantu dan menyayangi mereka selagi mana aku boleh buat, so that, pada masa hadapan, ada saat2 mereka feeling low or demotivated, mereka teringat semula segala kenangan bersama, sehala nasihat tentang kehidupan yang aku selalu bebelkan. 

"DALAM HIDUP NI, TAK SENANG NAK SENANG, TAK SUSAH NAK SUSAH"- I quoted back what my teacher tell me.


Paling kurang tiap kali raya mesti diorang rindu nakndatang raya rumah aku hahahaha. 


Seminggu dua ni pun dah 3-4 orang msg sedih tahun ni tak blh datang raya hahaha.. Panjang umur 2021 la ek kita beraya bersama seperti kebiasaan hehehe.


Semakin meningkat umur, semakin bertambah jarak, semakin kita 'jauh'. What to expect, itu lumrah kehidupan, lagikan saudara mara hubungan darah pun akan semakin renggang, apalah sangat takat hubungan cikgu dan pelajar kan. Tapi i learnt from myself, smakin meningkat umur, memang hati semakin jauh dgn 'sekolah'.. tapi kenangan dgn guru sentiasa terpahat. 

As for today, got few students yang mag wish selamat hari guru.. i'm crying ok..emosi..especially when you gpt it from the students yang dah lama habis sekolah, yang dah pindah sekolah.. terharu dia lain macam compare dgn students yang kita masih hari-hari jumpa (tapi ni PKP dah 2 bulan tak jumpa....😭😭). 

Sebab tu lah aku nak pahat kenangan yang best2 dgn diorang, supaya hidup mereka akan sentiasa dihantui oleh bayangan aku muahahahaha.. eh, takdelah, melawak je. Semoga  diorang tak lupa untuk sedekahkan aku senyuman, doa dan al-fatihah bila mereka teringatkan aku atau bila aku sudah tiada. Eh, sedih pulak. Tsk tsk tsk.. 😭😭

Jadi sempena hari guru tahu 2020, 

dengan temanya Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu, maka ayuhla kita semua mencari ilmu yang bermanfaat, bina generasi baharu yang saling hormat menghormati dan berprasangka baik sesama kita demi mewujudkan Malaysia Negara yang harmoni dan makmur. Mengapa aku sebut kita? Kerana  kita semua dalah guru, paling tidak kita adalah guru kepada diri kita sendiri. 


Walau apapun kerjaya kita, ia adalah ibadah.
Always be proud of ourselves. 
Bukan kuasa kita memilih kerjaya, ia adalah ketetapan Allah.
Seperti yang aku kata sebelum-sebelum ini, Allah takdirkan aku jadi guru kerana Allah nak aku belajar dari anak-anak didik aku.
Terima kasih semua untuk setiap pengalaman dan kisah kita. 
I love you all lillahita’ala.


Ibu bapa adalah guru utama kepada setiap anak.
Once a mom, forever a teacher!!
Terima kasih kerana mempercayai kami untuk mendidik anak kalian.

*selalu scroll tengok kenangan lama-lama. Yes, i keep.the memories in the IG*

*baru perasan, tak banyak gambar hari guru. Guess what, aku tak suka celebrate hari guru. Suka macam skrg, ha rileks2..santai-santai xperlu nak berlakon celebrate diri sendiri. Ha..!! Pembetulan..Ada satu part yang aku suka masa sambutan hari guru.. Menyanyi lagu Kami Guru Malaysia. I always love that part and always had the goosebumps. Part lain tak suka. Part paling annoying Hari Guru ialah bila cikgu2 duk post gmbr dpt hadiah banyak2 kat med soc.. for what? Nak tunjuk korang guru hebat dapat hadiah banyak? Bukan jeles tetapi mcm nak jadi pembudayaan pulak...kalau dapat keep it low..so pelajar yang kurang berkemampuan tidak terasa tersisihkan or looser..pjg lagi...entry Hari Guru tahun depan la pulak aku tulis gagagaga..*




Ulasan