BERCUTI DI LOMBOK - HONEYMOON TANPA SENGAJA
Ha... Kalau korang baca entry aku pasal birthday party Sophea and dia request nak celebrate kat hotel and aku dah booking almost setahun tapi berharap agar tiada halangan adalah kerana aku pernah berpengalaman.
Berpengalaman booking trip setahun lebih awal dan macam-macam halangan yang muncul.
Ini lah pengalaman itu.. Bercuti di Lombok. Elok aku post yang birthday Sophea.. Petang tu keluar memories di Facebook.. 2 years ago.. Ahahaha.. Dah dua tahun weih.. Tak sempat nak bercerita kat blog..(pergi Korea dah nak masuk 5 tahun tak up pun lagi entrynya kahkahkah). Dan dah dua tahun rupanya Indonesia dalam fasa ditimpa ujian bencana alam bertubi-tubi huhuhu..
Alkisah.. Aku booking tiket ke lombok ni hujung tahun 2015... Trip bulan Dec 2016.. So takdelah tiket mahal melampau untuk 3 orang (aku, MrAF & Sophea). Dalam RM1k+ gitu je.. Sehinggalah dalam bulan April macam tu, direzekikan pregnant Riphaie dan.... Tarikh fly tu sama dengan tarikh due... Hahahaha... Kelakar kan? 🙄🙄 tak kelakar langsung huhuhu..Tapi masa ni xbooking hotel apa lagi.. Hanya flight semata-mata.
Fikir punya fikir sampai malas nak fikir, kami xambik tau pun pasal tiket flight ni sehinggalah hujung2 oktober macam tu sebab dah nak fly kan.. Nih nak cerita takdir ni..
Pada hari yang kami pi Hospital Kulim dan dapat tarikh untuk czer free tu (baca sini kalau nakhttps://yangsukasukasahaja.blogspot.com/2018/11/pengalaman-bersalin-season-2-part-1.html?m=1), maka hati rasa berbunga riang sebab tak payah spend untuk czer ribu-ribu kan, maka balik tu kami singgah air asia office di seberang jaya and tanya kalau nak tukar tarikh. Kami drag tarikh ke paling hujung yang boleh (sebab nak baby besar sikit untuk bawak).. Dan hasilnya kenap topap dalam RM700 macam tu. Bermuzakarah kejap laki bini tapi since "rasa kaya" lebihan duit spare czer tu kan.. Maka apalah sangat 700 dari burn 1k+ tu kan. Maka kami pun tukarlah tarikh bawak ke Oktober 2017. Happy yippie yak yay la beberapa hari sebelum nekad nak czer kat Lam Wah Ee hahaha... Nampak tak aturan Allah tu? Kalau pi Kulim dia terus reject request nak czer takdelah terasa kaya di hari kejadian dan haruslah tiket tu kira burn tak tukar tarikh dah dan takdelah aku menjejakkan kaki ke Gili Trawangan itu.
Masa berlalu dengan pantas. Hotel pun boking yang family room sebab bawak anak. Konsep dia, pilih hotel best sebab nak bermukim di hotel je main-main pantai dengan anak. Dan yang glemer duk tengok gambar- gambar orang pi Lombok semua dengan buai Ombak Sunset. Maka nekad pilih hotel tu walau harga agak lebih sikit berbanding hotel-hotel lain di Gili Trawangan tu.
Sehinggalah 2 minggu sebelum fly ke Lombok. Gunung Agong di Bali mula berasap, dan penduduk perlu dalam keadaan berjaga-jaga.
Dah tu apa kaitan pulak Bali degan Lombok. Bagi korang takde hal.. Tapi bagi aku yang mild anxiety ni (aku diagnosed sendiri ahakz) benda tu memang sangat999 mengganggu akal fikiran.
Demimu Lombok... Aku duk up entry pulak... Padahal kertas exam tak siap tanda lagi nih..hahaha..

- Lombok dan Bali ni berdekatan. Bersebelahan pendek kata. Dan aku pilih nak bernastautim di Gili Trawangan, tengok-tengok gili tu yang paling depan ngadap laut, lagi best, mengadap Gunung Agong yang nak meletup tu. Aku duk risau Tsunami kalau gunung tu meletup kuat. Dah terbayang dalam kepala macam cerita The Impossible (yang Tom Holland berlakon tu... Auwww).. Kalau lah Tsunami, anak2 aku tercampak ke mana nanti.. Macam kelakar je pemikiran aku ni kan... Tapi percayalah, satu milimol pun tak kelakar. Aku dah 70% nekad nak cancel trip dah. Burn ribu-ribu pun takpe.
- Kalau lah meletup Gunung Agong, takde Tsunami pun, kalau airport tutup, stranded kami anak beranak kat sana macam mana? Ye, pemikiran saya sangat complicated
and i take as compliment.
Bincang dengan family, bincang dengan kawan, semua macam berat hati nak bagi pergi, tapi memikirkan benda tu xtau lagi meletup ke x, sayang jugak duit yang dilaburkan.
2 hari sebelum berlepas. Ma aku cakap pergilah dengan MrAF je.. Sophea & Riphaie tinggal dengan ma je kat KL.. Dengan alasan, kalaulah ditakdirkan berlaku bencana, aku dan MrAF dan besar dah untuk uruskan hal waktu bencana tapi kalau cucu-cucu dia terpisah masa bencana, mana nak cari huhuhu.. Rupa-rupanya aku ni mewarisi corak pemikiran macam mak aku ahahaha.. (masa tulis sekarang bolehla gelak.. Masa hari kejadian dulu duk bdebar dub dab dub dab).
Sehinggalah tarikh fly, maka flylah aku dan MrAF ke Lombok. Jiwa ni kan..naik flight je hati dah berbunga riang ahahaha. Mide Honeymoon lah katakan sebab anak-anak tak ikut walaupun hati 50% duk rasa risau. Sanggup aku follow instagran lombok & bali semata-mata nak tau pasal progress Gunung Agong and since laporan diorang duk cakap tiada aktiviti aktif tapi masih dalam keadaan perlu berjaga-jaga. Maybe sebab tu jugak hati tak risau sangat. Gitulah.
Sampailah ke Lombok.
Tourist guide kami dah tunggu. Muda lagi. Dan sebenarnya kan, aku suka la dengar orang Indo cakap, macam sopan dengan lenggok bahasanya, maybe sebab dia kerja tourist guide kot.. Sebab bila ingat balik, Kak Oshin je yang cakap lembut. Siti dan Ani cakap macam suara halilintar ahahaha.
Dalam hati berdebar-debar, pi jugak ke Gili Trawangan. Di sinilah nampak segala hikmahnya datang Lombok honeymoon berdua.
Jeti di Gili Trawangan tu ya Allah, pelantar terapung tu. Dah la ombak dia besar. Kira terhuyung hayanglah kat jeti tu. Tak tau lah kalau aku dtg dengan anak-anak, menangis aku mana nak dukung anak mana nak usung beg. Situ aku dah syukur dengan percaturan Allah.
Turun dari jeti, baru la boleh nampak keadaan sebenar Gili Trawangan tu macam mana. Di situ tiada kenderaan bermotor. Hanya basikal dan kereta kuda yang dipanggil cidomo. Dan korang tau tak, busuk gila rupanya bau kencing kuda. Sesak nafas nak bernafas kalau lalu area cidomo parking tu. Tak pun kalau cidomo melintas kot tepi sebab dia ada takungan air kencing cidomo, barulan takde air kencing kuda di seoanjang jalan. (pergi Lombok ni baru aku boleh imagine memang betullah diorang kata London era sebelum perindustrian tu sangat kotor dan busuk dengan kereta kuda. Jalan becak tanah campur air kencing kuda huhuhu.. Nak tau cerita google lah pasal ni).
Sambung cerita cidomo. Rupanya, Hotel Ombak Sunset ni paling hujung di Gili Trawangan, sebab tu dia boleh mengadap sunset. Exclusive la kiranya. Maka dengan itu, tambang cidomo untuk ke hotel Ombak Sunset yang jarak dalam 3km dari jeti itu adalah RM30 SEHALA. OMG... Mahal bapak! Tapi apalah pilihan yang aku ada dengan luggage ni kan. Redha je lah.
Aku harap kuda-kuda tu dilayan setimpal dengan bayaran yang manusia ni kutip. Jangan tuan kuda yang kutip masuk poket,, kuda makan makanan lebihan je.. Dasar kapitalis. Eh.. Emosi.
Dan sampailah di hotel. Cantik.
Start sini dah kembali rindu dengan anak-anak. Sehinggalah pergi la meninjau laut kat depan hotel, sekali lagi aku bersyukur dengan percaturan Allah. Rupa-rupanya, pantai depan hotel tu xsesuai untuk mandi manda. Aku imagine macam Laguna Redang tu kan, boleh main-main ombak dan pasir dengan anak sambil berbuai dengan buaiaan Ombak Sunset tu kan. Nan hadoooo. Pantai dia berbatu-batu. Air jernih dan cetek tapi bukan untuk mandi. Dia hanya sesuai untuk berjemur kat pasir je sambil menunggu sunset.
Start 6.30 petang macam tu, hotel dah bawak keluar bean bag utk bersantai-santai tunggu sunset. Masa ni que panjang untuk ambik gambar kat buai tu. Air agak dalam, paras lutut. Macam-macam gaya orang bergambar kat buai tu, aku dan MrAF pun la kan..
Tapi kami gelak je tengok gambar kami hahaha... Mmg sebab tu la kami ni bukan instafamous hahaha..
Sambil tunggu sunset, macam party dah ha.. Dengan lagu2 kuat kat speaker. Aku duk perati je keliling, cuak jugak.. Kan tengah dalam keramaian manusia duk berpesta time-time nak maghrib ni, Allah hantar Tsunami baru la merasa kan. Aku dah check online katanya kat Gili Trawangan ni ada rumah api. Dalam kepala otak aku, situlah aku tuju untuk mnyelamatkan diri nanti hahaha.. Sekali aku tengok, rumah api tu, yang jenis besi ala-ala menara pemancar handphone tu. Lagi rendah dari tu ada la.. Hohohoho.
Esok tu lepas breakfast kat hotel, aku dan MrAF plan untuk jalan-jalan keliling pulau Gili Trawangan. Kami berjalan lah, xsanggup nak bayar cidomo haha. Maka aku bergambar dengan setiap buai yang ada di Gili Trawangan tu ahahaha.
Dalam setengah jam jugak la kami berjalan-jalan bermpimpin tangan memadu kasih gitu ahahaha.. Macam sweet kan.. Padahal sweat.. Berpeluh ketiak jalan kaki 😝
Sampai jeti, kami ambik trip snorkeling yang biasa, bukan private. Kalau private mau juta2 rupiah tapi yang ni murah je... Tp tak ingat.. Dalam RM30 sorang kot.. Naik boat panjang.
Tapi aku rasa, tak payahla korang snotkeling kat Lombok. Tak nikmat langsung. Air dia dalam so xberapa nak nampak ikan. Biasanya ikan kat bahagian coral. Yang kedua, gelombang dia kuat. Semput la kau berenang nak kejar boat sebab dia style campak turun, boat bgerak tunggu kat depan. Nasib baikla aku tak turun. MrAF mencungap hahaha.. 2 tmpt je dia turun, pastu stay kat atas boat dengan aku. Lunch singgah kat Gili Air, ada restoran situ.. Makan nasi goreng RM15... Ok la tu, standard harga tempat komersil.
Petang tu, kami bermemori daun pisang sebab masa jalan balik ke hotel, hujan renyai-renyai... Romantik kan? Ha, sebab kami berdua. Cuba imagine kalau dengan Sophea & Riphaie ada sekali. Nangis aku hahaha.. Paling tak, terperuk dalam bilik hotel layan you tube cocomelon hahaha.
Mlm macam biasa lah.. Layan band tepi pantai. Sepanjang kat Ombak Sunset ni.. Memang mata ko ngadap pelancong dengan bikini je lah. Macam2 kategori ada... Ramai sangat sampai tak lalu nak tengok dah konsepnya hahahaha..kesimpulan yang aku boleh cakap, selulit ni masalah universal hahahaha...tengok mat2 salleh berbikini buat diri rasa konfiden dengan diri sendiri ahahaha..
Pagi esok seusai subuh.. Aku ajak MrAF melepak tepi pantai. Dan hari tu, awan nipis. BOLEH NAMPAK GUNUNG AGONG SIAP DENGAN ASAP KELUAR DARI OMBAK SUNSET TU. Sesungguhnya Allah memang nak bagi peluang aku honeymoon semula. Rupa-rupanya selama aku kat Gili Trawangan tu, awan tebal. Allah tutup gunung agung yang berasap tu dari mata aku. Kalau tak konfem aku ajak keluar terus dari Gili Trawangan. Makanya, pagi tu selepas nampak gunung agong tu, tak boleh bawak bincang dah... Aku terus ajak MrAF check out dan nak pi tanah besar Lombok. Sepatutnya kami 4H3M di Ombak Sunset tapi burn satu malam tu kira oklah, Allah dah bagi rezeki jugak untuk tak rugi terus trip Lombok ni kan. Contact tourist guide, cari hotel murah-murah je kat Lombok, kami check out pagi tu. Bye-bye Gili Trawangan. Honeymoon tanpa sengaja kisahnya hehehehe.
Alang-alang masuk Lombok, bayar extra kat tourist guide untuk bawak kami ronda-ronda tempat menarik di Pulau Lombok. Tak banyak pun yang kami boleh pergi sebab ada sehari je kan. Kami singgah Villa Hantu,
Tanjung apekebenda ntah,
Pantai Kuta
dan naik bukit tu. Ya allah, lupa dah nama, tapi situ cantik, yang Wawa Zainal buat video lagu hindustan.
![]() |
Laut Hindi kot belakang tu kalau tak silap. |
Cuma, kami pergi bulan Nov, dia dah ala-ala panas, rumput dah kering. Kalau datang bulan Jun Julai macam tu, cantik, rumput hijau.. Dia ikut musim Australia, winter.
Lunch kami makan Ayam Talewang, kira macam ayam penyet tapi origin Lombok.
Singgah solat di masjid Lombok. Besar masjid dia, siap ada escalator tau. Lombok adalah sebuah kepulaun yang penduduknya majoriti beragama Islam, kontra dengan Bali yang penduduknya beragama Hindu. Kalau Bali dikenali sebagai Pulau Seribu Pura (Kuil).. Lombok pula mahu dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid. Ye, masjid di mana-mana. Tak taulah masjid tu maksudnya masjid macam kita atau level surau sebenanrnya. Tapi macam pelik juga bila fikir dalam 1 kampung sampai 3-4 masjidnya huhuhu. Kalau azan, dalam 10 minit macam tu kot baru habis bunyi azan sebab bersambung-sambung setiap masjid.
Jadi di Lombok boleh makan dengan suka hati sebab 90% halal, berbeza dengan Bali.
Malam sebelum balik hotel, tapau KFC... KFC indo tak sesedap KFC Malaysia. Noktah. Hahahaha..
Esoknya dengan tak sabar terbang pulang ke Malaysia. Trip honeymoon tanpa sengaja. Syukur Alahamdulillah kami selamat, dan kos kerugian tak tinggi sangat sebab kami teruskan Trip Lombok ini.
Gunung Agong?
Sebulan selepas kami balik baru meletup.
3 hari stranded di airport siapa yang ke Lombok & Bali.
Jadi, kesimpulannya, dalam hidup ini, walau kita merancang, sehabis baik kita merancang, Allah jualah oerancang yang terbaik, dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dalam setiap kepahitan, terselit jua kemanisan, percayalah.
Dan aku rasa jiwa aku tak kuat untuk bercuti di Indonesia. Kalau rasa nak pergi pun, mungkin repeat Bali, mengimbau kenangan honeymoon. Yang lain-lain, tak berani nak komen, setakat ni NO. Masa atas boat snorkeling kat Lombok ni sembang dengan sorang ni dari Jakarta. Dia cakap kat Lombok xcantik, dia baru pi snorkeling kat Enpat Raja. Dia tunjuk gambar, memang cantik nak mati!! Aku google, tengok2 area situ siap ada web khas untuk gempa, boleh kata selalu ada gempa tapi kecil2 la kot.. Memang tak la nak pi... Tapi lawa sungguh...!!
Lps tu, masa mula-mula keluar dari Pulau Gili Trawangan tu, tourist guide tu tanya la kenapa keluar awal sehari. Aku cakapla aku takut Gunung Agong. Dia cakap tak perlu risau, Gunung Agong tu kecil je, Gunung Rinjani di Lombok ni lagi besar dari Gunung Agong.. Dalam Rinjani, ada anak Rinjani... Anak Rinjani tu pun lagi besar dari Gunung Agong. Aku macam oh my god!! What the funnn i'm coming here huhuhu...
Tapi Allah tu adil, tempat yang ada Gunung Berapi memamg lawa. Aku harap penduduk Lombok termasuk tourist guide aku hari tu selamat dan berjaya recover dari kemusnahan gempa bumi hari tu. 😢😢
Tq Lombok for nice memory.
Tq Lombok for nice memory.
Demimu Lombok... Aku duk up entry pulak... Padahal kertas exam tak siap tanda lagi nih..hahaha..
BalasPadamشركة تنظيف بيوت بالجبيل
شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الموكيت بالهفوف
شركة المثالية لتنظيف السجاد بالهفوف
شركة المثالية الدولية للتنظيف بالهفوف