TYPICAL MALAYSIAN MOM

Aku tak tau lah... time kalut nak tanda paper ni, time ni jugaklah tangan gedik nak menaip kat sini... adakah selama ini aku x update blog sebab aku santai? Segalanya mungkin ahakz.

Sambung cerita laju-laju.. alkisah Sophea bawak balik kertas exam..


Ok lah..not bad..
Dah siap "yeay!!"... "hebat anak mama!!" And we got mother daughter dance whatsoever.. yes, we do celebrate small thing like this. Kalau dengan Riphaie lagi lah hahaha bit tu kisah lain hehehe.

Ok..sambung cerita.





Tapi bila tengok soalan matematik yang dia silap tu...tiba-tiba rasa geram... Rasa grrrrrrrr kanapakah anak oiiii....?? kalau salah yang susah tu takpe..ni soalan kira objek yang silap.. 😩😩mulalah hati ni rasa gatal-gatal dengan emosi marah.

Tahun lepas pun macam tu..semua dapat 100...bila mai math.. 90...dan salah soalan senang macam ni lah..

Mula la duk soal dia kenapa salah soalan ni? Nada xde la marah tapi not the happy one lah.
Terus Sophea jawab balik..
"Kenapa?? Banyak dah la tu 90%.. mama tak bersyukur"...muka cebek nak nangis.. ha, ambik, sekali dengan tarbiyah dia selit situ.

Then aku tersentap.. yes.. 90% tu dah bagus and aku memang patut syukur sangat dah..kalau dibuatnya salah separuh soalan memang la patut aku risau kan  . but
Memang susah la nak buang mentaliti tentang peperiksaan... sebenarnya aku patut boleh melompat riang gembira je...sebab aku tau sebenarnya dia bukan tak menguasai..just careless..

tapi biasalah.. typical malaysian mom..
bila anak dah lulus..kenapa tak kredit?
Bila dah kredit, kenapa tak A?
Bila dah A, kenapa tak 100??
Haa..begitulah cycle kepuasan hati huhuhuhu.. tu yang budak baru darjah 1 sekolah dari pagi sampai ke malam kekdahnya.. dah pulun hantar tusyen for good grades.. 😞😞  they missing the main point... are they contented? What are the parents roles if teaching is 100% being passed to the teacher? (Either school or tuition).

Cukuplah anak belajar kat sekolah then parentlah sambung kat rumah untuk bagi pemahaman. Learn together. Ni anak pi hantar kelas tusyen, by meantime mak pi duk berzumba, bapak pi melepak dengan kawan or anything else lah sambil memenuhi masa nak mengutip anak dari pusat tusyen. realiti dunia hari ini. Bila sebenanrya nak galas tanggungjawab MENDIDIK ANAK-ANAK sendiri? 🤔🤔 aku pun baru setahun jagung jadi ibu bapa, tapi setakat hari ini, blh nampak trend 'lepas tangan' ibu bapa dalam hal mengajar dan mendidik anak. Selagi boleh 'diswastakan' maka akan diswastakan. Kalau faham la maksud swasta ni...bukannya hantar sekolah swasta. Itu pun satu kisah lain pulak.

Aku kena lebih istiqomah untuk menyingkirkan anasir exam oriented dalam kepala otak aku nih.. sama ada dalam kes anak sendiri.. dan juga anak murid.

Tapi lately ni aku dah slowly menitikberatkan kefahaman terhadap ilmu.. berbanding fokus untuk jawab soalan exam.. tapi dia jadi susah selagi mana ada dialog prestasi yang akan menganalisis pencapaian pelajar ala2 analisis bursa saham gitu.. takpe.. harap suatu hari nanti.. exam oriented ni dapat dilenyapkan di setiap peringkat pengurusan supaya tercapai hasrat KPM untuk ke arah pembelajaran untuk kehidupan..bukannya untuk peperiksaan.

Tapi kadang-kadang susah jugak.. mentaliti rakyat kita.. bila tak de exam.. terus pelajar dan ibu bapa tak menitikberatkan pembelajaran. Terus biar tak ambik tahu langsung.

Yang sepatutnya, ibu bapa/penjaga kena sentiasa pantau perkembangan pembelajaran anak.. bukan untuk dapat markah 100..tetapi untuk mengetahui tahap pengusaan mereka...

Umur 9 tahun dah hafal sifir ke belum?
Umur 10 tahun dah betul ke bacaan dalam solatnya?
Umur 13 tahun. Betul ke dah faham pasal pembiakan manusia?
Umur 15 tahun..dia boleh ingat ke sejarah tanah melayu? Atau sejarah alam melayu?
Umur 17 tahun, dia tau ke nama ibu negara setiap negara di dunia? Dia tau ke nama-nama menteri dalam Malaysia? Nama Agong betul tak dia ingat?
Kita sebagai parents kena sentiasa check pengetahuan anak, selari x penguasan dengan apa yang sepatutnya mereka kuasai.
BUKAN SERAH KEPADA CIKGU 100%..
BUKAN PERCAYA SEMATA-MATA MARKAH ATAS KERTAS UJIAN..

Ramai je yang subjek agama dapat A...tapi solat xcukup 5 waktu.

Subjek Sivik ramai je yang dapat A, tapi sampah kat Malaysia masih bersepah, masuk simpang tak reti lagi bagi signal. Cukup sebut dua benda tu je lah, kalau nak senarai semua, 4 hari 4 malam tak habis dengan masalah moral masyarakat kita.

Faham x?


It's not about markah.. it's about how contented our kid is.

Contoh nyata.
Aku bagi ke soalan lain suruh Sophea kira semula..dan dia boleh jawab betul.. so bukan dia tak menguasai..just careless.. so.. "no pressure mama"...zikir aku kepada hati sendiri..

Ok lah..bye2..
Harap kita dapat mengubah landskap pendidikan malaysia.
Kita di sini merujuk kepada sebagai ibu bapa.

Tapi tak senang..
Lupa, esoknya kat sekolah papa pulak sembang dengan cikgu and tersebut pasal matematik.

Cikgu dia , Ms Tan pun bukak cerita.

Masa hari exam tu, dah siap awal jawab, dia kisah nak main lah.. Ms Tan pun cakap lah kat dia ada salah.

Slumber je Sophea cakap takpe.

Ms Tan cakap lagi.. ada dua salah tu.

Tau tak Sophea cakap apa?

"TAKPE.. DUA JE..." pastu sambung main..
Oh my anak.. huhuhu... takpelah.. mama yakin minda kamu mmg tak terkongkong oleh exam oriented 😅😅 kita cuba untuk menjadikan pendidikan bukanlah sesuatu yang mebebankan otak.

Umphhhhh...mama kena kuat!! Walau mama dah cuba for example... dia habis je exam, kami terus je bawak pi mandi manda as reward dah habis exam..sebab diansemangat exam dan rasa semua senang kacang. tak nak  bagi reward lps dpt result, sbb cuba tak nak nampak fokus on result.  Tapi, masih terbabas ahahaha..

Ulasan

Catatan Popular