SOPHEA IS 6.. BIRTHDAY PARTY WITH CLOWN

Tengok cerita Joker, baru teringat tak share lagi pasal birthday Sophea kat tadika dia Februari hari tu..
With the kindy Principle. Mr Ng and Teacher Sushi. 


Aku memang suka celebrate birthday sama ada birthday sendiri atau birthday orang lain (family & frens). Kontra dgn MrAF.. Dia kurang gemar.. Dia pun start celebrate birthday bila dah kenal aku la kot tu pun mmg semata-mata nak nampak sweet & caring, sebab selepas 6-7 tahun kahwin blh dia cakap "celebrating birthday is not my thing".... Amboihh.. Mentang2 umpan dah mengena kan hahaha.. Fikir-fikir balik logik jugak, beliau mmg dari kecik tak sambut birthday. Tapi dia agak bertuah sebab dapat bini yang narsisistik jenis bila laki ko cakap tak suka celebrate birthday ke apa tapi aku redah jugak celebrate.Lps tu tengok muka dia seronok jugak bila dapat hadiah.  Kadang-kadang bila adacfamily beria bagi hadiah kat dia, saje je aku nyakat nak tengok muka gelabah dia bila aku cakap "eh tak payah... Apat tak suka sambut birthday".. Laju je dia cakap dia bukan tak suka celebrate cuma tak suka kalau over. Simple-simple sudah. Ha! Lain kali cakap la biar teghanggggg 😜


Eh apa aku merapu nih. Back to cerita birthday Sophea. 
3 kali celebrate. 
2 Feb sambut kat sekolah pagi
Sophea req nak kek ladybug & cat noir tu.. Jenuh kedai kek google gambar.. 


3 Feb sambut dengan family (kebetulan kakak aku turun Penang.)




11 Feb sambut kat tadika petang.(tapi buat pagi) 








Aku ni dari sebelum kahwin macam simpan impian nanti bila birthday anak aku nak buat party yg ada clown sebab aku pernah attend birthday party anak sepupu ayah aku. Bayangkanlah tahun 2006 dia ada buat party mcm tu, Rasa macam duduk Amerika okay.(Zaman tu birthday takde sambut macam skrg kalau korang igt balik. Kek aising pun xbyk pilihan, Secret Recipe pun ada kat MidValley je).

Maka bermula dari hari itu, beranganlah aku. Sebab seronok bila budak bising2 or diluat kawalan, clown akan cakap "satu tambah satu..!!!"... Menjerit budak2 jawab "Dua!!!" hehehe.


Impian tu pernah ada cuma tak terlaksana sebab

1. Kos utk clown tu biasanya tak murah.  (Aku ni kedekut hahaha.)
2. MrAF seperti yang dinyatakan di atas, tak suka majlis yang over apatah lagi nak berclown bagai kan.
3.Sophea takut clown hahaha. Umur 5 tahun mcm tu baru la berani.

Awal tahun tadi aku ala2 nekad,nak jugak tunaikan impian since tahun depan Sophea dah darjah 1. Budak makin besar tak nak dah clown2 nih, baya-baya tadika je excited. Bincang punya bincang, aku kemuka segala hujah, alhamdulillah Mr AF setuju. Hoorayyyy!!! Setuju sebab celebrate di sekolah,bukan rumah. Simple, bukannya nak kena berkhemah kenduri bagai di rumah. 😜

Plan asal nak hired clown tu masa tadika pagi since Sophea request nak celebrate dgn kawan2 pagi, tapi tengok2 2hb tu ada program sambutan CNY kat sekolah Sophea maka xjadilah kan. Risau nanti akan ganggu flow majlis sekolah. Kecewa la rasa. So kat tadika pagi celebrate bawak kek je, no clown.

Then MrAF yang bagi cadangan, celebrate bday Sophea kat tadika petang on 11 Feb, sempena anniversary kami. Then hati mula kembali berbunga-bunga. Tanya cikgu dia semua cakap ok. Bermulalah misi mencari En. Clown.

Beberapa bulan sebelum tu, ada ternampak facebook Clown Penang  Aku pernah la msg tanya rate dia macam mana dan TAK MAHAL SANGAT... Dan korang kena ingat, kalau aku yang cheapskate ni kata tak mahal, maka korang harus percayalah. Berapa? Aku lupa dah... Tapi dia by hour... Msg je kat FB tu tanya.

So kalau korang duk mencari clown.. Bolehla roger-roger depa.

Macam kes aku, Mr Clown tu dari Ipoh..

Diorang macam ada kesatuan macam tu. So luas kot kawasan yang dia cover. Pulau Pinang, Parit Buntar, Bagan Serai.. Silap-silap sampai Perlis diorang cover.

Aku macam biasalah... Mesti kena fair. Tunggu nanti ada rezeki, birthday Riphaie lak hehehe... Tapi yang penting, simple. Sorry, aku kedekut.. Tambah-tambah memang bukan hartawan pun nak labur duit banyak2 buat majlis birthday gempak2.. Yang utama, anak happy. Selagi boleh ditunaikan... Akan ditunaikan.


Macam Sophea, dia dah request next Birthday nak celebrate kat hotel dgn family je, tak nak dah celebrate kat sekolah. Korang janganlah sentap sangat. Bebudak memang suka hotel, bukan apa, sebab ada pool. Sewa air bnb pun jadi dah ahahaha.

I'allah kalau ada rezeki.. Sampai la ke hotel. Berbulan dah mama ko booking demimu anak hehehehe. Tapi problem booking awal ni ialah kita xtau apa yang mendatang, cobtohnya skrg, harap tarikh booking tu tak clash dgn tiket flight MrAF huhuhu..takpun harap tarikh yg dibooking tu, semua sihat & cuaca baik. 😉 Yang utama, semoga panjang umur boleh sambut tahun depan dan tahun2 mendatang. Amin.


Ulasan

Catatan Popular