:: TREND TRAVEL ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak pos laju-laju.. sebab nak tunggu majlis angkat sumpah PM baru. Yes...politik Malaysia pasca PRU-14 mmg banyak sangat polemik politik dan drama. Rasanya subjek sejarah bukak kena tambah 1 bab je tapi rasanya kena ada buku teks khas sebiji untuk cover sejarah PRU-14 ni.. 😅😅

Ok..back to topic.. sekarang.. actually bukan sekarang..tapi 3-4 years lately, sudah menjadi trend rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara ataupun ke luar negara. Berbanding Malaysia 20 tahun dahulu, KL pun jaranglah rakyat sampai. Tapi semuanya berubah dalam tempoh tu, rakyat Malaysia dah mula bergerak. Asal cuti, semua tempat tumpuan pelancongan penuh. Bagi aku ini suatu perkembangan yang bagus, sebab ia membuktikan bahawa status kewangan rakyat Malaysia yang semakin mengukuh . Trend travel ini bukan hanya di kalangan warga belia tapi semua peringkat umur. Dulu Dato' Datin je yang satu family bercuti luar negara cop passport, sekarang yang marhean pun dah mampu sehinggakan airport tu melimpah ruah dengan manusia.

Yang sudah berusia, untuk cover tempat yang mereka tak berpeluang pergi semasa muda (20 tahun yang lampau) dan bagi golongan muda(yang bekerja) ini adalah peak-moment mereka ; berduit, bertenaga & bergembira. Bagi golongan remaja (students) pula, ini menunjukkan bahawa parenting style di Malaysia semakin 'terbuka' mak ayah rileks je bagi anak-anak bercuti dengan kawan mungkin sejantina atau bercampur wallahu'alam. Parents semakin 'sporting' kata mereka dan aku rasa aku takkan masuk golongan mak yang sporting kot huhuhu.

Trend travel ni menyebabkan tiap kali cuti sekolah memamg jammed lah tempat tumpuan pelancong di Malaysia seperti Cameron Highland dan Melaka. Que panjang luar biasa dari hari kebiasaan contohnya Langkawi & Genting.. dan setiap ceruk lagi lah. Kesesakan di dalam negara inilah yang yang membawa segelintir lagi melarikan diri ke luar negara pada waktu cuti. Kalau pergi Korea, Krabi or even Eropah dalam takwim cuti sekolah Malaysia, memang rasa macam duk Malaysia je sebab jumpa dengan muka Malaysian. Ini fakta. Tidak menghairankan sangat sebab 3-4 tahun ni, company travel pun tumbuh mencanak-canak, umpama jerawat di usia remaja ahakz.



Nak travel ke mana-mana tak kisah.. tapi bila jadi macam suatu 'penyakit masyarakat' pula maka itu sebenanrya menimbulkan masalah. Contoh-contoh :
  1. Kalau dia pergi mana-mana, mesti nak masukkan dalam group wassap walau orang tak tanya dan sedangkan dia ahli senyap je...muncul hanya untuk pos gambar dia je. Kalau dia memang sejenis yang peramah tu mmg kita boleh terima la kan, ni tak.. sunyi je, lepas tu muncul gambar dia jalan-jalan, lepas tu kembali sunyi. Motif? 😬
  2. Kalau dia tak pergi mana-mana pun, tapi takpe asalkan ada wakil dalam family yang pergi mana-mana  untuk "berlawan" dengan family musuh so beleh cantas mencantas up mengup family siapa lagi hebat hahaha.. adaaa okay kes sebegini 😝😝 (aku pun masa muda dulu pun ada perangai macam ni hohoho)
  3. Timbul isu berprasangka di media sosial. Kalau orang yang jenis share dikatanya nak menunjuk. Kalau yang pi diam-diam dikatanya berlagak sombong.
  4. Melancong sana-sini, zakat tak keluar bahasa pendeknya. Faham-faham la kan. 
  5. Hutang keliling pinggang. Lagi haru sejenis liat pulak. Haih, menyakitkan hati kalau kita jadi si pemberi pinjaman. Agaknya sebab tu lah PTPTN sekat passport kan, geram sakit hati macam ni la kot😅
Tu beberapa contoh penyakit la, banyak lagi contoh-contoh lain tapi fikir sendiri lah. 

Nak travel ke..nak apa ke..tak salah..ASALKAN 

NIAT UNTUK KEPUASAN SENDIRI bukannya nak berlawan. 
ASALKAN GUNA DUIT SENDIRI juga sebab ramai je juga ke pergi jalan sana-sini nak tunjuk life kononnya best tapi hutang orang tak nak bayar.
Nak swipe kredit kad itu kalian punya pasallah kan, asalkan tak jadi BIAR PAPA ASAL MARVELLOUS di media sosial. 
ASALKAN SEMUA KERJA DAN TANGGUNGJAWAB diselesaikan sebelum nak travel tu. Ni tak, fikir dia je nak travel, kerja tinggal tak siap, tugasan semua lepas tangan sebab kena bagi laluan dia nak pergi bercuti. 

Pernah aku duk bersembang dengan kawan-kawan, di zaman duit bukan masalah, pengangkutan yang maju ke setiap ceruk dunia dan tak mahal sangat sekarang, apakah faktor yang akan melimitkan pergerakan kita untuk melancong atau menjadikan melancong bukanlah suatu kegilaan masyarakat? 

1st thing yang terlintas di fikiran aku. Penyakit or wabak. Mungkin kalau ada wabak, manusia akan kurang travel walaupun mampu dan sekarang COVID-19...
Gambar MrGoogle

Suatu jawapan yang jelas Allah bagi. Tetapi masih lagi wujud manusia yang masih lagi degil nak pergi travel di musim wabak outbreak. Takut rugi sebab dah booked setahun awal. Itulah risiko booked awal, maka kena lah redha sebab effectnya pada orang ramai. Letak penilaian akal melebihi segalanya. Yang lagi tak boleh diterima, dah tau musim wabak outbreak, destinasi yang nak dituju memang kawasan risiko ,memang harga jadi murah tapi please lah fikirkan baik buruk. Atau pergi negara lain yang bukan kronik wabak tapi airport adalah suatu tempat yang terpaling harus dielakkan melainkan memang urusan hidup dan ati bukannya untuk suka-suka. Kalau segala benda nak murah, travel pun sebab rebut murah, masa beli tiket murah, booked hotel yang tak boleh cancel, maksudnya korang bukan dalam gologan yang afdhal pergi travel, korang hanyalah tergolong dalam golongan cukup-cukup makan pakai sahaja sebenarnya Sorry it's harsh but i have to say it. Tiket flight boleh je tukar tarikh tapi ada la penambahan bayaran kalau tarikh baru tu harga lebih mahal sikit dan kalau merancang percutian awal, lebih afdhal kalau booked hotel yang harga lebih sikit asalkan free cancellation. Ini nasihat daripada aku yang memang suka booked awal, tapi sejak-sejak anak dua ni, memang pilih yang free cancellation sebab taraf kesihatan anak kadang-kadang tidak menentu, dan pada musim wabak macam ni, dengan senang hati i can cancel my road trip untuk cuti sekolah bulan Mac ni.

Musim cuti sekolah ni pun membimbangkan, tambah-tambah kes makin meningkat, yang mana pergerakan suatu tempat ke tempat lain adalah tinggi, pergi berjalan-jalan, balik kampung, event, kenduri kendara, meningkatkan risiko juga sebenarnya walau kita ni habis berkurung tak pergi mana-mana tapi virus datang mendekati.

Tindakan membatalkan event-event kurang penting seperti fun-run, pameran, lawatan,ini memang sangat-sangatlah bagus. Kesedaran penganjur ini sangat bagus. Sedangkan urusan ibadah seperti umrah pun ditangguhkan, apalah sangat urusan duniawi.
Panduan Kenduri di musim COVID

Aku punya tahap ni, nak pergi kenduri pun dah rasa takut. Kalau dah takdir mati, duk dalam rumah pun mati, tapi kita kena ikhtiar untuk elak wabak (pinjam ayatnKak Diana Ishak). Kalau dah kena warded dengan anak-anak kecil lagi, it's waaaaaaaaaay far from fun. Yang paling risau anak-anak kecil lah yang lebih birisiko 😔😔

Kesedaran self-quarantine. Tapi yang ni memang la susah dan banyak kerenah. Contoh seorang pekerja ni, gatal pergi melancong, balik sepatutnya self qaurantine sebab hospital takkan warded, jadi pandai-pandailah korang apply cuti ye, unpaid leave pun korang unya pasallah, jangan nak menggedik datang kerja tingkatkan risiko pada orang lain. Kalau urusan kerja, mcm company MrAF, memang company bagi work from home 14 hari kalau travel atas urusan kerja. Tapi masalah juga kalau yang dah kahwin, pasangan kena kuarantin sekali ke? anak-anak tak payah pergi sekolah ke? Haihla.... letih nak fikir.. or am i overthinking? 😓😓


2nd, bencana alam. Ribut, gempa bumi. Perasaan takut itu mungkin akan menyebabkan interest untuk travel itu berkurang. Ini macam aku pergi Lombok tu. Banyak consequence kalau terperangkap masa bencana. Paling basic pun stranded di airport. Cuti bertambah, kos nak beli tiket balik pun bertambah. I paid for 4 person tapi burnkan yang budak sebab lebih berisiko bawak budak dan masa tu amaran  awal sahaja (Gunung Agong meletup 2 bulan selepas kami balik dari Lombok). Fikir duit memang sayang tapi keselamatan lebih utama. 


3rd. Kemalangan..lately makin ramai yang travel free and easy.. pergi mana-mana drive sendiri... dan banyak dah kejadian yang malang tidak berbau.. kemalangan..ada yang meragut nyawa ada yang tidak. Dulu aku tak terfikir benda ni, fikir seronok je. Masa drive pergi Krabi ya Allah, fikir seronok  dan jimat je.. tapi bila berlaku beberapa kes, barulah tahu kalau di Thailand, berlaku kemalangan, kita tak boleh keluar dari Thailand sehinggalah selesai perbicaraan di mahkamah yang tak tau berapa lama nak settle. Macam mana dengan kerja? Kalau CEO kerja sendiri takpelah juga, kalau makan gaji..silap-silap kena berenti sebab tak masuk kerja. Dan kalau kemalangan melibatkan kematian, MEMANG DUDUK DALAM LOKAP sehingga ada penjamin. Ingat tak kes yang tokey restoran tolong jamin dulu tu? Masa muda xterfikir benda ni, bila umur dah makin banyak dah banyak komitmen barulah banyak benda kita kena ambil kira selain untuk bersuka ria. Bak kata kawan aku, apa-apa jadi, kalau mati senang sikit, tanggung urusan nak pengkebumian je lah tapi tu pun dah agak rumit, tapi kalau yang tak mati ni, lagi panjang meleret-leret dia punya kronologi maka lagi besar lah ongkosnya.

4th. Sakit. Banyak juga kes macam ni, pergi luar negara, tiba-tiba sampai sana jatuh sakit. Kos perubatan mahal dan terpaksalah crowd funding. Silap-silap habis segala harta nak cover kos bawak balik, nauzubillahiminzalik. Aku selalu risau benda macam ni bila ma& abah aku travel. Tapi klu pergi dengan agent lain sikit kot pengurusan dia, klu yang sendiri-sendiri ni rumit la sikit kan tapi macam tu pun macam-macam dalam kepala selagi mak dan abah tak kembali jejak kaki ke Malaysia. Last 5 years ma dan abah macam tahap kesihatan masih cemerlang lagi, sekarang makin meningkat usia, makin banyak bekalan ubat. Tu yang sekarang ni,ma aku terutamanya, memang ala-ala travel ni dah potong dari list dia.Insurans? Tak taulah sejauh mana fungsinya, setakat yang aku duk risik-risik.. travel insurans dia cover kalau 'kemalangan' je.. kalau sakit disebabkan penyakit or mati, tak cover. Tu pun ada yang kata ada yang kena guna duit sendiri dulu baru claim. Tak tahulah juga..sama-sama kita dalami lagi bab-bab insurans travel ni. Pendek kata, nak gi travel ni bkan hanya bermodalkan tiket murah , airbnb dan back packers, tapi kita  kena sediakan duit yang lebih dari itu, in case diuji dengan perkara-perkara sebegini. Analogimnya umpama nak bersalin di hospital swasta, kita bukan hanya perlu sediakan RM4k untuk bersain normal, tapi at least kena ada RM10k as back up, standby in case kena tolak beranak czer.

Dulu aku duk fikir sakit risiko lebih kepada yang berusia lah kan,tapi tak juga.. ada je yang muda-muda ni collpased. (contoh dah banyak kan). Macam abang aku, sejak dia ada anak ni, dia jarang lah pergi conference luar negara, dulu aku tak faham, aku fikir dia  merugikan diri sendiri la kan tak rebut peluang. Sekarang baru aku faham banyak benda yang kita kena ambil kira dan peluang dan kebahagiaan itu tidak semestinya jauh dari kita. Baru aku faham abang aku cakap study oversea takdelah best sangat, bila kita timbang tara segala risiko.

5th, kerenah birokrasi. Ini khusus untuk penajwat awam macam aku lah, kalau nak bercuti ke luar negara kena apply permohonan ke luar negara sekurang-kurangnya sebulan sebelum cop passport. Yang ni lah yang tidak membolehkan aku buat plan adhoc macampergi Perlis nak lajak Krabi or pergi Johor nak lajak Singapore, or rasa weekend ni nak naik train buat trip masuk Hatyai,sebab aku adalah seorang penjawat awam yang amanah dan berintegriti. Ceyyyy, puji diri sendiri lagi ahahaha. Tapi ramai je yang berani melewati sempadan tanpa isi borang kebebaran. Selamat pergi dan pulang takpelah, tapi kalaulah ditakdirkan jadi apa-apa sewaktu di sana, kemalangan ke apa, panjang lah kronologi kes, surcaj memang wajiblah. Kalau mati lagilah teruk, terus tak dapat apapun kesitimewaan sebagai penjawat awam means pencen untuk waris pun lebur. Dan kalau yang dah pergi senyap-senyap tanpa permohonan dan pulang dengan selamat tanpa sebarang isu, jangan seronok sangat, kalau ada rakan sekerja yang report pada atasan, tetaplah kena TINDAKAN TATATERTIB. Jadi ingat, bukan semua orang tumpang "seronok" tengok kita jalan-jalan. (Tapi mungkin juga dia menjalankan amanah dia untuk melaporkan salah laku kita, sebab memang salah pun di sisi akta undang redah semadan tanpa permohonan). Maka inilah faktor utama kenapa aku malas nak merentas sempadan kerap-kerap, malas nak isi borang. Yezza, saya memang pemalas ahahahaha. So kalau nak rentas sempadan tu, aku pilih yang betul berbaloi unutk aku isi borang je ahakz.

Mengambil kira beberapa faktor ni.. tu yang kadang-kadang rasa macam takdelah keinginan nak travel kalau tiada destinasi yang betul-betul menggaru hati, boleh je rileks duk rumah waktu cuti. Mungkin juga sebab aku off FB, jadi takde feed yang menggaru-garu hati untuk tewas pada kehendak nak rasa lagi best dari orang hahaha. Orang kita ramai salah faham istilah travel dengan spend time together. Ramai yang duk sahre article kat FB ( perempuan lah biasanya) "luangkanlah masa dengan anak-anak, bawalah pergi berjalan-jalan", lepas tu tag husband masing-masing (nak mati tag husband orang) dengan ucapan "cuti nanti ke mana kita?".

Berjalan di situ mebawa konteks keluar dari rumah, pergi memancing kat sungai tepi rumah pun di kira berjalan, goreng nasi kemudia bentang tikar untuk breakfast di taman lepas joging pun di kira berjalan-jalan. Tidak khusus kepada pergi ke tempat yang melebihi dua marhalah tidur hotel naik flight cop passport. Apalah erti berjalan-jalan andai kata hujung cerita kecoh satu family hal-hal packing, bergaduh tak cukup duit di kemudian hari, pendek kata dari spending time together for bonding tapi di hujung cerita dia jadi perang dunia, maka apalah tujuan berjalan-jalan itu? Bawak anak berjalan-jalan itu bagus, boleh bagi dia lihat persekitaran baru, pengalaman baru, sepanjang perjalanan atau ditempat yang dituju. Tetapi andai kata sepanjang perjalanan anak duduk mengadap handphone , apalah ilmu yang dia dapat dari perjalanan itu? kalau balik nak buat karangan 3 perenggan pun tak berjaya, adakah tercapai objektif untuk menambah pengetahuan anak-anak? Lebih afdhal cuti duduk di rumah, spend time together, ajar anak buat homework, main kejar-kejar hide and seek dalam rumah kerana yang membantu perkembangan otak anak-anak adalah komunikasi bukannya berapa radius dibawa menjelajah. Tapi kalau cuti duk rumah, mak bapak anak-anak sama naik je duk ngadap handphone takde komunikasi maka itu adalah perkara paling sadis.

Bnayak kali juga aku dengar orang guna hujah, mengembaralah untuk melihat kebesaran Allah. Modal nak bagi aktiviti melancong ini bunyi islamik. Betul, memang betul kita digalakkan bermusafir (mengembara)  malah doa orang bermusafir adalah antara doa yang diperkenankan oleh Allah. Tapi kena jelas, MENGEMBARA UNTUK KE ARAH JALAN ALLAH seperti menuntut ilmu atau berdakwah atau membantu sesama manusia. Kalau kerana pergi travel solat tak cukup 5 waktu, bercampur lelaki perempuan bukan muhrim tidak menjaga ikhtilat, pakaian OOTD pun tidak mematuhi kehendak syariah, niat pergi travel pun sebab nak berbangga-bangga, maka yang manakah yang dikatakan untuk jalan ALLAH itu tadi? Tak kata kat korang, ni kata kat diri sendiri sama ni, sebab alpa sebelum ni. 😢

Sekarang ni, memang biasa sangat tengok group remaja-remaja bercuti bersama-sama, ibu bapa sekarang memang meberi kebebasan menyebabkan aku pun takut nak fikir zaman Sophea dan Riphaie remaja mudia belia nanti. Sekarang aku dengan MrAF memang jawapannya big no lah, tapi mampukan nak melawan trending zaman? Sah-sah la anak kau cop atas dahi aku dan MrAF as jumud. Tapi.......  baru aku faham perasaan mak ayah aku yang memang tak bagi aku bebas ke sana sini dengan kawan-kawan. Ma Abah aku patut boleh bangga la dapat anak dengar cakap macam ni.. eh? hahahaha.... 😝😝

Benda ni, masa muda-muda aku tak terfikir pun, tau kumpul rasa tak puas hati, rasa ma abah aku tak sporting, tapi dah tua ni barulah aku faham kesilapan aku dalam mentafsir ibu bapa sprting. Naib baiklah ma abah aku tak sporting, kalau tak taulah aku ni jauh ke dekat dengan landasan kebenaran. Yang dikawal ni pun masih lagi tergelincir kadang-kadang huhuhu.

Semoga COVID-19 akan dapat diatasi dengan baik dan kadar segera, sebelum musim haji harapnya. Amin.

Tips, setiap kali nak memulakan perjalanan, solatlah sunat musafir dua rakaat agar urussan perjalanan lancar dan selamat.

Hujung kata, aku tak kata pendapat aku betul. Bergantunglah nak ambil atau nak buang. Dan akhir kata, maafkan aku kerana terlanggar janji, kata nak tulis pendek tapi panjang juga jadinya huhuhu.





Ulasan

Catatan Popular