HIKMAH COVID-19
Bismillahirrahmanirrahim.
Bersempena 27
Rejab, Isra’ Mikraj, hati dihambat rasa sayu melihat situasi Masjid Nabawi yang
kosong fully closed untuk mengelakkan penularan COVID 19.
Dan situasi di
Malaysia sekarang juga dalam keadaan yang membimbangkan. Mangsa ke-8 yang
meninggal adalah ayah kepada schoolmate dulu. Dan classmate aku dulu, ahli
farmasi perlu dikuarantin kerana ada staff hospital dia bertugas positif COVID19.
Tak sangka
situasi Malaysia akan jadi seteruk ini. Bila 2nd wave struck
Malaysia, terus aku istighfar, terimbas bahawa dahulunya dengan yakin aku boleh
kata “ini balasan Allah kepada China
kerana menindas Uighur”dan ramai di kalangan kita (termasuk aku) dengan lancang mengutuk dan
mencaci orang Wuhan dasar makan kotor, jijik,tak bertamadun dan segala kata
caci maki. Kita menjatuhkan hukum macamkan kita Tuhan. Bila kita dilanda
sebegini, apa yang kita nak kata kepada masyarakat kita sendiri? Bila kumpulan
tabligh terdedah teruk kepada COVID, apa yang kita nak kata? Kita rasa marah
bila segelintir non muslim mula menyalahkan orang islam tapi sedarkah kita
suatu waktu kita pernah sebegitu lancang memandang hina kepada mereka? Adakah betul
tindakan kita dahulu menunjukkan sifat seorang mukmin. Mungkin hikmah yang
berlaku Allah nak menyedarkan kita dari keterlekaan terhadap dosa sendiri.
Bila Arab Saudi tutup sementara visa untuk ibadah umrah, rasa sedih, rasa takut, rasa benar Kiamat Sudah Dekat. Bohobglsh kalai aku tidak pernah teefikir, mungkin ini Allah nak sucikan Tanah Suci dari jejak Muhammad Sajad yang
baru-baru ni buat kecoh kan. Sekanrang kedua-dua tanah suci dotutup untuk krrja-kerja pembersihan.Tiba-tiba terfikir, yakinnya aku yang aku ke
tanah suci baru ni macamkan tak bawa dosa , macamkan sikap aku ni terpuji
sangat tak timbulkan kemurkaan Allah. Yakin ke kita ounca berlaku ini bukak disebabkan dosa kita?
Mungkin Allah nak kita sama-sama
mentarbiah diri sendiri. Cari keburuan diri sendiri dan bertaubat. Allah sayang
kita sebenanrnya. Mungkin juga kerana dosa kita yang membenarkan maksiat dan kemungkaran berlaku dengan sewenang-wenangnya di negara kita.
Perintah
kawalan pergerakan, semua “dipaksa” bercuti. Duduk rumah. Jadi kalau sebelum
ini kita selalu guna alasan sibuk bekerja, maka Allah bagi kita kelapangan
waktu, untuk luang masa bersama keluarga. Kalau sebelum ni tak sempat nak belek
buku sekolah anak, sekarang dah boleh. Tengok hasil kerja anak kemas ke tidak.
Check sifir dah hafal atau masih gagap.
Boleh sama-sama tolong pasangan buat
kerja rumah. Sama-sama mengemas, sama-sama uruskan anak, tengok movie
sama-sama,pendek kata bonding time. Atau kalau yang besar duk dengan ibu bapa,
masa inilah nak berbakti pada ibu bapa.
Itu luang masa
dengan keluarga, masa dengan Allah pun sepatutnya lebih banyaklah. Kalau dulu
solat pun berkejar dengan urusan kerja, sekarang lebih lapang. Nak Dhuha pun
boleh. Kalau sebelum ni Dhuha 2 rakaat, masa terluang ni bolehla empat kot, or
lagi banyak lagi bagus. Boleh duduk ajar anak-anak Iqra’ or mengaji sebab kelas
mengaji pun tutup. Suami yang dulu berjemaah di surau, sekarang bolehla jadi
imam di rumah,Jemaah sama-sama, tadabbur al-quran sama-sama. Barulah betul
membimbing keluarga untuk dunia dan akhirat.Apa yang Allah buat semuanya ada
hikmahnya, tinggal kita je nak kutip peluang yang ada atau terus memberi
alasan. Tak kata kat orang, kata kat diri sendiri juga, lebih rancak layan wassap and fb and ig, siap.bertwitter bagai. ðŸ˜
Dasar kawalan
pergerakan juga menghadkan pergerakan kita. Bagi penakut seperti aku, nak
keluar gate pun aku dah takut apatah lagi nak berhimpun beramai-ramai melainkan
terpaksa. Takut kepada benda yang tak nampak. Bukan aku sorang je takut, satu
dunia pun dalam ketakutan yang sama. Takut kepada benda halus yang tak nampak
di mata. Maka benarlah, Allah tak perlukan askar yang besar umpama dinosaur gajah bagai. Askar Allah
cukuplah nyamuk. Rupanya sekarang Allah hantar askar yang labih kecil, lebih
halus, virus, dan satu dunia dalam ketakutan dan kecemasan. Negara yang besar keluasannya dan penduduknya, negara yang besar kuasanya, negara yang kononnya maju, hampur semua jatuh terduduk dengan serangan askar Allah yang halus ini.Tapi mengapa selama
ini kita sangat berani mengingkari arahan Allah, melakukan maksiat dan melakukan
kerosakan di muka bumi semata-mata kerana kita tidak nampak Allah. Sedangkan
virus yang kecil ciptaan Allah yang tidak ternampakkan di mata kasar pun kita
takut sebegini rupa, sepatutnya kita akan lebih takut kepada ALLAH, walaupun
tidak ternampakkan tetapi Dialah yang Maha Berkuasa.
Hikmahnya juga, sekarang boleh je kita hidup tanpa perlu share kemana kita pergi bercuti (sebab takut kena kecam), boleh je kita duk diam-diam di rumah sambil buat aktiviti dengan anak, boleh je kita sebenarnya makan lauk masak sendiri tanpa perlu mengejar makanan viral or hipster. Boleh je kita hidup bersantai-santai tanpa perlu mengejar trending lifestyle.
Bagi anak-anak muda yang baru memulakan hidup, kawalan masuk kerja membataskan kalau selama ini boleh topap gaji dengan OT tapi bukan dua minggu ini. Muhasabah, masa inilah menilai perbelanjaan mengikut keperluan bukannya bermegah-megah mengikut nafsu dan lifestyle zaman sekarang yang biar papa asal kedana.
Sebelum ni,
seronok jabatan netizen Malaysia duk viral gambar-gambar rakyat cina yang tutup
muka dgn pad,bra, tong plastic dan segala-apa yang boleh untuk cover diri
mereka. Dalam group wassap pu sama rancak dan sekarang, rasakan, Allah bagi
kita rasa apa yang mereka rasa. Mask pun harga yahudi, dah la harga yahudi, tu
pun masih takde stok. Betapa kita angkuh, dikala orang dalam kesusahan, kita
selaku muslim jadikan kesempitan mereka sebagai sumber lawak bukannya
bersimpati dan mengambil iktibar. Dengan keadaan kita sekarang, tak mustahil
rakyat kita pun akan terdesak sebegitu juga, mungkin iktibar yang pengalaman sendiri sebegini
akan menyedarkan kita tentang kealpaan dan kebongkakan kita, tentang tidak wujud nilai simpati dalam jiwa kita suatu waktu sebelum ini.
Sekarang kalau
keluar rumah pergi klinik or kedai, memang akan sarung jubah. Bukan apa,
senang. Balik je dari destinasi, bukak je jubah terus masuk mesin. Memakai pakaian
yang syariah compliance, takde rasa nak bermake up ke pa dan kalau boeh rasa
nak pakai niqab, walau pun niqab tu tak efektif sangat filter virus but still,
rasa selamat. Mungkin ini teguran Allah agar kita wanita muslimah lebih menutup
aurat dam memelihara penampilan? Wallahu'alam.
![]() |
Langkah precaution selepas pulang dari luar rumah. |
COVID 19 Juga ingin mengajar kita tentang kebersihan. Sekarang semua orang mempraktikkan basih tangan, sanitizer sampai habis di kedai sedagkan sebelum ni orang macsm gelak-gelak perli bila aku letak sanitizer tepi baby cot, suruh guna sebelum pegang baby. Semoga level menjaga kebersihan ini akan istiqomah dalam masyarakat kita. Dah tau etika batuk, cuci tangan, kebersihan tempat awam spt mesin atm, lif , handle pintu etc. Semoga kita terus mengamalkan kebersihan dalam kehidupan.
Mungkin ini
juga sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga keamanan
dan Negara dan tidak mencetuskan unsur perkauman. Hidup dalam perintah kawalan
pergerakan ini pun kita dah rasa tak selesa, lemas. Dah ada panic buying,
kedai-kedai banyak tutup tetapi kita masih aman kerana musuh kita adalah virus
COVID19 bukannya jiran kita yang berbeza kaum, bukannya kawan-kawan kita yang
berbeza kaum. Perang adalah sesuatu yang sangat tidak menyeronokkan, apatah
lagi hidup dalam darurat akibat perang. Kalau sekarang kita terdesak boleh
masuk mana-mana kedai, tapi andai tercetus petegangan kaum, kau rasa boleh ke
semua orang dapat supply? Kehuru-haraanya lebih teruk dari sekarang. Jadi,
bersama-samalah kita menja keamanan dan keharmonian Negara. Mungkin generasi
dahulu yang pernah hidup masa perang, masa darurat, menyebabkan mereka lebih
menghargai keharmonian Negara berbanding kita generasi seterusnya. Mungkin
hikmahnya rasa terkurung dan cemas akibat perintah berkurung ini akan menyemai
semula perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia, hidup tanpa prasangka dan
prejudis, tanpa ketegangan perkauman agar tidak tercetus perkara yang tidak sepatutnya.
Perintah
Kawalan Pergerakan juga mengarahkan segala mass gathering terpaksa dibatalkan.
Sekarang cuti sekolah, memang monsoon kenduri. Aku bersyukur masa aku nak
kahwin dulu takde ujian sebegini, kalau tak mesti hati tak tenang nak
berkenduri kahwin, dah la sejenis yang overthinking. Yang takde isu
COVID pun duk fikir macam-macam nasi kenduri cukup ke tak and so on, apatah
lagi nak fikir risiko penularan COVID. Yang kenduri terpaksa batal, mereka
hanya teruskan dengan akad nikah. Mungkin hikmah di sini nak menyedarkan
kembali masyarakat khusunya muslim Melayu bahawasanya untuk sebuah perkhawinan, yang
diwajibkan adalah akadnya. Tapi kita sekarang berlebih-lebih dengan malam
berinai, pelamin anangaku wedding of the year, tetamu seceruk pelusuk Negara, yang lebih menjurus kepada pembaziran. (Aku yang majlis tak berapa grand pun
kadang-kadang ada juga titik-titik penyesalan bab berlebih-lebih dari hukum). Jadi mungkin
ini hikmah yang kita boleh kutip, tak perlu la nak berhabis-habisan untuk
kenduri majlis kahwin. Takat jemput yang family rapat dan yang berdekatan.
Sekiranya kita memang mengamalkan konsep berwasatiah dan tidak berlebih-lebih,
modal kenduri pun tak banyak, jadi aklau ada wabak pun, anytime kita boleh call
off. Kan? Means takdelah duk meratap hiba kerugian banyak melampau. Bagi yang
terpkasa membatalkan kenduri, semoga urusan pembayaran dapat dibawa berunding
dan jutaan terima kasih di atas pengorbanan anda daam usaha menangani penularan
COVID. Mungkin inilah iktibar untuk kita semua jika kita benar mahu mencari hikmah.
COVID 19 juga
mengajar kita untuk menghargai pengorbanan setiap kerjaya. Sekarang kita tahu
barisan frontliner bertarung nyawa untuk membasmi penularan wabak. Bukan hanya doctor
dan misi di hospital, tetapi guard dan cleaner pun sama, sama-sa ada risiko
dalam menjalankan tugas. Pihak pengurusan jenazah pun frontliner. Selagi mana mereka menjalankan tanggujawab di musim
wabak, seperti polis, tentera, PBT, imigresen, pilot, driver bas, pekerja pasaraya atau food delivery driver sekalipun, maka
mereka adalah frontliner, barisan hadapan yang menanggung risiko untuk keselamatan dan kelancaran urusan kita. Bagi kita yang kat rumah, kita juga menjadi frontliner terutamanya wakil
keluarga yang terpaksa keluar untuk mencari bekalan makanan dan keperluan
harian. Dan masa yang anda luangkan untuk mendidik anak-anak di rumah paling
kurang dapat membuka mata yang bukan senang cikgu nak ajar anak anda dan
rakan-rakan sekelas mereka, maka jangan merungut tentang nak jaga anak dan
jangan komplen jeles dengan cikgu cuti sekolah. Mungkin istilah tepat untuk
cikgu masa cuti sekolah ialah work from home sebab masa cuti ni biasanya kami
siapkan kerja-kerja seperti menanda paper dan menyediakan ABM, mohon faham dan
hadam la lepas ni ek. (Hehehehe, nak
selit jugak.)
COVID 19 juga
mengajar kita nilai kemanusiaan . Sewaktu Negara China diancam wabak, kita
hulurkan bantuan, dan begitulah sebaliknya. Itu geopoliik, ini tentang diri
sendiri. Kita boleh kenal manusia-manusia yang selfish, seperti yang masih
bergembira pergi melancong or berjalan cuti-cuti Malaysia tanpa memikirkan risiko
penularan wabak, manusia-manusia yang selfish ambil kesempatan jual harga mask dannsanitizer mahal berganda-ganda. Manusia selfish yang borong mask dan sanitizer tanpa memikirkan untuk orang lain juga. Kita boleh tengok mansia rushing panic buy stocked up
macam untuk 2-3 bulan sedangkan ramai lagi orang lain yang memerlukan atau
tidak mampu untuk stock up. Kalau anda kenal orang yang tak berkemampuan, hulur-hulurlah
sikit, jangan borong untuk kita je semua. Kan nanti bukan mati pasal COVID, tapi
ada yang mati sebab kebuluran tak dapat stok makanan.
Jangan jadi selfish, dah tau terdedah kepada risiko COVID (balik dari negara-negara berisiko, pergi perhimpunan tabligh, ada kontek dgn merekanyang berisiko) tapi tak nak pergi check, lepas tu siap bohong lagi, natijahnya habis satu hospital kena tutup, doctor & staff yang merawat turut jadi mangsa. Hidup ni kena cerdik dan bertimbang rasa, malah islam sendiri tak ajar umatnya untuk menipu. Tindak tanduk sebegini bukan hanya menyusahkan diri sendiri dan orang ramai tetapi juga mencalarkan imej Islam.
Masa inilah kita boleh tengok bahawasanya nilai kemanusiaan itu perlu lebih diutamakan berbanding duit. Bersetuju batalkan kenduri, lebur duit. Company diwajibkan cuti tapi tak boleh potong gaji, terpaksa menanggung rugi malah ada yang bankrupt. Segelintir yang tak berniaga kerana tekad untuk menghentikan penularan COVID walaupun berniaga adalah suber pendapatan utama mereka. Inilah namanya common sense dan pengorbanan, tapi sedihnya takyat kita masih ramai yang kurang common sense, pentingkan diri. Semoga kita akan terus istiqomah untuk menjadi umat yang tidak mementingkan diri. Habluminallah wahabluminanas. Jangan jadi penunggang agama, “kenapa perlu takut virus” sedangkan kita perlu berusaha untuk membenteras wabak dan sebarang benda yang memudaratkan. Betulkan andai saya silap. Makanya jemaah tabligh yang masih lagi tidak pergi untuk check adalah manusia yang tidak memounyai common sense. Dan manusia lain yang masih lagi berniaga dia pasar dan mengunjungi pasar juga adakah manusia yang tidak memlunyai common sense. Ia bkn tentang agama atau kaum, ia tentang individu...JANGAN SELFISH.. STAY AT HOME..KITA SAMA-SAMA BANTU PUTUSKAN RANTAIAN COVID..
![]() |
Bagaimana Denmark elakkan pembelian melebihi keperluan. Sangat bijak. Sumber twitter |
Jangan jadi selfish, dah tau terdedah kepada risiko COVID (balik dari negara-negara berisiko, pergi perhimpunan tabligh, ada kontek dgn merekanyang berisiko) tapi tak nak pergi check, lepas tu siap bohong lagi, natijahnya habis satu hospital kena tutup, doctor & staff yang merawat turut jadi mangsa. Hidup ni kena cerdik dan bertimbang rasa, malah islam sendiri tak ajar umatnya untuk menipu. Tindak tanduk sebegini bukan hanya menyusahkan diri sendiri dan orang ramai tetapi juga mencalarkan imej Islam.
Masa inilah kita boleh tengok bahawasanya nilai kemanusiaan itu perlu lebih diutamakan berbanding duit. Bersetuju batalkan kenduri, lebur duit. Company diwajibkan cuti tapi tak boleh potong gaji, terpaksa menanggung rugi malah ada yang bankrupt. Segelintir yang tak berniaga kerana tekad untuk menghentikan penularan COVID walaupun berniaga adalah suber pendapatan utama mereka. Inilah namanya common sense dan pengorbanan, tapi sedihnya takyat kita masih ramai yang kurang common sense, pentingkan diri. Semoga kita akan terus istiqomah untuk menjadi umat yang tidak mementingkan diri. Habluminallah wahabluminanas. Jangan jadi penunggang agama, “kenapa perlu takut virus” sedangkan kita perlu berusaha untuk membenteras wabak dan sebarang benda yang memudaratkan. Betulkan andai saya silap. Makanya jemaah tabligh yang masih lagi tidak pergi untuk check adalah manusia yang tidak memounyai common sense. Dan manusia lain yang masih lagi berniaga dia pasar dan mengunjungi pasar juga adakah manusia yang tidak memlunyai common sense. Ia bkn tentang agama atau kaum, ia tentang individu...JANGAN SELFISH.. STAY AT HOME..KITA SAMA-SAMA BANTU PUTUSKAN RANTAIAN COVID..
COVID 19 juga
mungkin sebenanrya Allah nak bagi ruang kepada Bumi kita untuk bernafas seketika. Bukan hanya
Malaysia yang melaksanaka perintah kawalan pergerakan malah banyak lagi Negara-negara
besar yang lain akibat daripada COVID. Kilang-kilang menghentikan operasi,
jumlah kenderaan di jalan raya berkurang dengan mendadak. Dari segi sains,
pembebasan gas-gas rumah hijau berkurang dengan mendadak. Ini adalah sesuatu
yang baik untuk bumi kembali bernafas setelah di asak-asak dengan kebakaran
hutan di Amazon dan Brazil dan juga asap dari kenderan dan industri tanpa henti berdekad-dekad lamanya.Jadi dalam kita rasa sesak, Bumi sedang bernafas
dengan tenang seketika. Hikmah.
Ini jelah
dahulu yang mampu aku fikirkan dambil bermuhasabah diri tentang himah disebalik
COVID.
Jadi sempena
malam isra’ mikraj, afshal untuk kita selitkan doa agar COVID dapat diatasi
segera agar kita dapat kembali menjalani kehidupan normal dan beribadah dengan
lebih sempurna tambahan pula Ramadhan semakin menghampiri. Semoga Allah
ampunkan dosa-dosa kita yang telah mencemarkan dunia ini.
Allah itu Maha
Baik. Teruskan berdoa. Mungkin Allah rindukan hambaNya yang sentiasa melupakanNya.
Sepertimana hikmah disebalik Isra' dan mikraj.
Setiap yang berlaku ada hikmah yang boleh kita ambil.
Mungkin kita hidup dalam rasya tidak bersyukur sebelum ini..
Dulu nikmat bnyk...kita asyik merungut.
Sekarang minyak murah kita tak boleh guna/keluar jalan-jalan
Sekarang ada cuti tapi tak boleh nak beecuti/balik kampung
Sekarang ada surau/masjid tapi tak boleh pergi berjemaah
Yang terkena jangkitan...ada keluarga tapi tak boleh berjumpa
Jom dgn masa yg masih Allah bagi ni...kita taubat pd Allah atas semua silap kita.
Lepas ni kita bersyukur dgn kehidupan kita.
Kita jangan merungut dengan kehidupan kita.
Kadang-kadang yang buta itu bukannya mata, tetapi hati. Wallahu'alam.
Semoga setiap ujian menjadikan kita manusia yang lebih mendekati Allah.
Sepertimana hikmah disebalik Isra' dan mikraj.
Setiap yang berlaku ada hikmah yang boleh kita ambil.
Mungkin kita hidup dalam rasya tidak bersyukur sebelum ini..
Dulu nikmat bnyk...kita asyik merungut.
Sekarang minyak murah kita tak boleh guna/keluar jalan-jalan
Sekarang ada cuti tapi tak boleh nak beecuti/balik kampung
Sekarang ada surau/masjid tapi tak boleh pergi berjemaah
Yang terkena jangkitan...ada keluarga tapi tak boleh berjumpa
Jom dgn masa yg masih Allah bagi ni...kita taubat pd Allah atas semua silap kita.
Lepas ni kita bersyukur dgn kehidupan kita.
Kita jangan merungut dengan kehidupan kita.
Kadang-kadang yang buta itu bukannya mata, tetapi hati. Wallahu'alam.
Semoga setiap ujian menjadikan kita manusia yang lebih mendekati Allah.
Ulasan
Catat Ulasan