PERKAHWINAN: REZEKI BERSULAM UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Hampir sebulan entry ni terperam di dalam draft maka hari ni nekad untuk menyudahkan entry ini. Terilham entry ini memandangkan cuti sempena Tahun Baru Cina baru-baru ni penuh dengan kenduri kahwin, dan the upcoming cuti sekolah ni pun semestinya menjadi monsoon kenduri termasuklah sepupu sepapat dan anak-anak murid (huhuhu....sis dah tua). Maka besar harapan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pasangan yang bakal mendirikan rumhatangga.

Entry ini kutujukan khas kepada golongan beliawan yang bakal mendirikan rumahtangga termasuklah sepupu-sepuku dan anak-anak muridku.
Yang anak murid di bangku sekolah lagi sekarang ni, kutiplah ilmu ini untuk persediaan di masa depan, dah masa sekolah pun dah gatal duk bercinta hohoho. 

Bagi setiap pasangan yang bercinta, perkahwinan merupakan relationship goal yang diimpikan. Yang kononnya penghujung ikatan cinta itu sebenarnya adalah titik permulaan bagi mengharungi fasa kehidupan berpasangan yang sebenar. Setiap perkahwinan mempunya masam manis pahit dan getirnya yang tersendiri. Perkahwinan merupakan suatu rezeki yang bersulam dugaan dan ujian. Dia bukanlah sejenis pengalaman yang manis-manis dan indah semedang.

Dapat suami/isteri yang hansem/cantik, boleh jadi rezeki boleh jadi juga ujian. Rezeki lah tidur bukak-bukak mata terus mengadap wajah hansem atau cantik jelita. Tapi ujian dia, pasangan hansem/cantii ni risiko "disondol" (tapi sekarang macam xreleven je sbb yang tak hansem/cantik pun pandai curang). Part paling sadis mendengar komen-komen orang sekeliling yang menunjukkan kita ni tidak sepadan di mata mereka. Isteri yang lawa ni, ujian untuk suami kalau isteri ni masih gemar menayang kecantikannya kepada orang awam, tiap-tiap hari selfie mintak puji di dunia media sosial kerana masih terbawa-bawa sifat masa zaman bujang. Yang penting hati dan peribadi baik bukannya paras rupa semata-mata.Tak sempurna itu semestinya, cuma berusahalah untuk ke arah kebaikan bersama.



Kahwin awal merupakan suatu rezeki tetapi pada masa yang sama boleh jadi dugaan kerana masing-masing masih kurang matang dan kebiasaan bagi yang marhean ni, umur muda biasanya status kewangan masih belum stabil.Paling parah kalau masih tak matang,tak puas jadi muda, mulalah lupa tanggungjawab walau anak dah berderet. Biasnyalah lelakilah nak keluar melepak dengan kawan tengok bola lah, pi mancinglah, main gamelah... anak tinggal kat bini.. Apa, ingat bini tak reti nak hang out dengan kawan-kawan jugak ke?

Dapat mengadakan majlis kahwin yang grand segala benda Instagrammable, memang rezekilah kan, bestla hebat dimedia sosial dapat jemput kenalan seramai mungkin tapi ujiannya dalam pembaziran apatah lagi melanggar syariat siap berbachelor party,malam berinai ala-ala filem hindustan, siap bridesmaid bagai. Prewedding photoshoot tak payah ceritalah kan. Selain itu,kalau semua disponsor itu rezeki, kalau habis segala simpanan siap berhutang bagai maka lu fikirlah sendiri.
Buat majlis kecil-kecil memanglah sangat tak in trend tapi rezekinya duit tidak terbazir untuk majlis sehari. Orang tak pakai dah istilah raja sehari, orang nak jadi raja seumur hidup. Kalau raja sehari kemudian kayap 10 tahun baik renung-renungkan.
Door gift masa kenduri kahwin anak cikgu sekolah merangkap abang student... Cantik, simple yet elegance. Kalaulah zaman aku kahwin dulu dah ada yang macam ni kan best hahaha..


Dapat pasangan yang bekerja hebat bergaji lebat. Alhamdulillah banyak urusan duniawi akan menjadi lebih mudah. Tapi ujiannya takut hati alpa dan diri terjebak menjadi tamak dan boros. Atau mungkin juga dugaannya ialah pasangan yang bergaji lebat tadi melayan pasangannya seperti orang bawahan kerana merasakan dirinya lebih "berkuasa" terutamanya sang isteri. Paling haru takut family mertua label korang tukang perabis duit pasangan walaupun korang pun sebenanrnya ada income sendiri huhuhu.. 😑😑

Dapat pasangan yang tidak bekerja pun suatu rezeki, pasangan ada lebih masa untuk fokus kepada urusan rumahtangga dan anak-anak. Tapi jangan la buli pulak dengan alasan "buat kerja rumah bukannya penat.." haish... sila baca ni.. baru korang faham...
Tapi kalau dapat pasangan yang tak bekerja kemudian hanya hidup seumpama biawak hidup, maka lebih baiklah cari solusi agar korang tidak menjadi mangsa pasangan yang tidak bertanggungjawab.

Dapat pasangan yang mampu menyediakan segala apa adanya dari kereta pinggan mangkuk sampai ke rumah kediaman itu adalah rezeki . Cuma kadang-kadang kerdil walau selaku tuan rumah bersama, silap haribulan sampai kesudah rasa menumpang. Berkahwin dengan pasangan yang masih bertatih untuk menguruskan kehidupan selepas berkahwin juga adalah rezeki kerana dapat mengecapi fasa susah senang bersama. Baru betul pahit manis pengorbanan untuk mencari harta sepencarian.  Bila dah senang lupa diri nak cari pasangan lain itu kita buka di bab yang lain.

Dapat pasangan dari keluarga kaya raya maka itu rezeki dapat hidup mewah, tapi ujiannya dapat ke kita yang pipit sesuaikan diri dengan lifestyle keluarga enggang. Sebab itu kalau boleh cari yang sekufu supaya di akhir cerita takdelah yang dilabel "menumpang senang" macamkan tiada sumbangan apa kepada keluarga. Wujud kisah seperti ini. Luaran nampak bahagia aman damai bercuti kesana sini gambar peluk laga pipi bagai dengan keluarga pasangan tapi dalam hati memendam rasa ibarat melukut ditepian gantang. Silap haribulan, pasangan meninggal tak sampai sebulan, dah sampai surat lawyer tuntut harta sebab masih dengan sentimen menantu nak kaut harta keluarga.

Dapat mertua yang kurang senang boleh jadi rezeki juga kalau dapat yang jenis menghargai pengorbanan dan sumbangan korang dan pasangan dari segi tenaga atau wang ringgit. Tapi boleh jadi ujian kalau mertua jenis yang sebaliknya. Ada kawan aku, mertua dia laki bini sakit, maka dia yang rela untuk jaga, tapi mertua pulak jenis takde common sense, mulut takde insurans, mulut jenis tak boleh duduk diam, ada je benda yang tak kena pasal kawan aku ni...lepas tu duk puji menantu dan anak kesayangannya yang setahun  dua tiga kali balik menjenguk termasuk raya .Manis mulut bertanya khabar setiap hari tapi sumbangan takde pun baik tenaga atau kewangan kepada orang tua. Tapi menantu& anak kesayangan tu lah yang dapat hadiah barang kemas lah, (part paling tak boleh brain bawak kawan aku masa pilih tu),mertua siap bergolok gadai bagi duit kalau ada apa-apa urusan tapi bila nak repair rumah dia sendiri kat kampung, mintak dengan kawan aku dan suami sebabnya mereka ni tak lokek. Aku yang dengar ni pulak rasa sakit hati. Nasib lah baik kawan aku tu sejenis menantu yang solehah, kalau aku yang jadi menantu dia, aku pos je dia kerumah menantu kesayangan buah hati pengarang jantung dia tu tengok tara mana je menantu dia nak entertain dia. Takpun aku stop je sumbangan kewangan aku barang sebulan dua, paling tidak pun, aku biar je laki aku tanggung segala urusan kewangan dari sekecil-kecil bayaran hingga ke sebesar-besar bayaran untuk dua tiga bulan je, duit gaji aku, aku simpan, barulah boleh tengok sebanyak mana je yang anak dia boleh contribute kat dia setiap bulan dah selama ni macam tak sedar kan sumbangan menantu dalam tak nampak sebab takkanlah nak sebut kan,Allah kurniakan otak untuk berfikir..Eh, geram aku masih terbawa-bawa..
Tapi bila difikir balik, ujian itu disebaliknya rezeki menuai pahala walau tak dihargai manusia.  Buat jelah selagi mana ikhlas, kalau berpenat lelah tapi tak ikhlas tak dapat ganjaran juga cuma bersabar dan bertahanlah selagi mana isu tersebut tidak menjejaskan hubungan kita dengan pasangan.

Selain itu, mertua yang dapat menantu golongan kaya raya ni biasanya dia akan lebih berasa rendah diri walau menantu tak berlagak pun, macam menantu makan tak tambah, dia ingat menantu tak sudi nak jamah dan banyak lah lagi isu yang sendiri psiko diri sendiri. Jadi sebab itulah,dapat family mertua macam mana pun, itu adalah rezeki bersulam ujiannya sendiri. Pandai-pandailah korang pujuk hati sendiri agar dapat mencari hikmah.

Berbeza taraf ekonomi susah... berbeza mentaliti laaaaaagilah susah 😪😪

Dapat mak mertua baik sporting supportive siap tiap kali birthday bagi hadiah branded barang kemas sampai siku maka alhamdulillah itu rezeki.  Tapi kalau sampai kita jadi lupa or merendah-rendahkan or terkurang berbakti kepada ibu bapa sendiri maka sudah jadi ujian la pulak sebenarnya, mengumpul dosa tanpa sedar. First few years memang rasa best tapi sebenanrya bila lama-lama, dah ala-ala jadi terbeban pulak nak kena memikirkah hadiah mertua, sebab dia beli kat ko takkan ko tak beli kat dia. Siap anak korang pun dapat barang kemas bagai, kurang wajarlah korang beli jubah je walau dia tak minta  dibalas but well, budi baik di balas baik..setahun dua boleh tahan, kalau bertahun-tahun.. memang stress.. Sambil taip ni aku tersengeh sebab teringat muka stress kawan aku duk fikir nak beli hadiah apa untuk mertuanya. Mertua suka beli barang branded-branded designer semua, memang kena allocate khas duit untuk urusan ini. Aku bab-bab bagi suggestion memang bolehlah diharap tapi duit sila sedia sendiri lah hohoho.
Dapat mak mertua yang tak ambil kisah pasal ko memang akan rasa sedih dan terasa ujian hidup macamkan tidak diterima awal-awal tu, tapi sebenarnya rezeki jua sebab mertua yang ignorance macam ni biasanya dia tak masuk campur dalam  urusan rumahtangga ko. Tiada camput tangan mertua adalah rahmat terbesar di dalam alam rumahtangga tau.

Dapat pasangan anak sulung boleh jadi rezeki keluarga mertua excited menerima menantu. Anak kita biasanya cucu sulung maka lagilah keterujaan tu. Cuma biasanya bila pasangan kita anak sulung, mertua kita akan sejenis dominan (sebab masih muda) jadi biasanya korang akan penat sikitlah melayan kerenah nak pi sana sini bercuti sana sini baju raya sedondon bagai . Disuatu sudut memang best tapi kadang-kadang terpaksa berebut pasangan dengan mak ayahnya. Kalau korang dengan pasangan sama-sama anak sulung bersedialaah, memang akan berlakulah situasi berebut nih jadi pandai-pandailah korang menguruskan agar tiada yang berasa dipinggir atau terkurang. Selain itu, bila anak sulung semestinya masih ramai lagi adik-adik yang mungkin pasangan perlu membantu menyara kehidupannya. Dapat adik-adik yang mengenang budi takpe, dapat yang tak kenang budi, menjeruk hati je lah korang. Tapi macam isu layan mertua tadi, buat mengikut keikhlasan selagi tidak menggangu gugat hubungan korang dengan pasangan, kalau rasa tak mampu ikhlas, pandai-pandailah bincang dan tarbiahkan hati.  Jika pasangannya anak bongsu, alhamdulillah mungkin tidak terlampau terbeban dari segi ekonomi untuk membantu menyara keluarga, cuma mungkin kakak-kakak atau abang-abang yang bossy melebih-lebih mengalahkan mak mertua sebab mertua dah berusia, dia tak larat dah nak ambil pusing hal anak menantu. Lagi satu, anak bongsu ni sinonim dengan sifat degil dan nak ikut kepala dia je. yours truly, anak bongsu ahahaha... Pendek kata, kahwin dengan pasangan anak nombor berapa pun, itu adalah tetap rezeki yang bersulam ujian.

Kahwin dengan pasangan yang ramai adik beradik, alhamdulillah memang akan dapat merasai kemeriahan setiap kali berkumpul tapi dugaanya macam biasalah, makin ramai ipar duai, semakin banyak kerenahnya. Jika pasangannya anak tunggal atau adik beradik tak ramai, kurang sikit kerenah ipar duai cuma takdelah merasa kemeriahan berkumpul bergerombolan.

Ada sepupu aku, anak tunggal jumpa pasangan juga merupakan anak tunggal. Memang nampak janggal la berkumpul dua family pun macam satu family orang lain je. Tapi senang sebenanrya, nak buat apa pun boleh ikut plan sendiri, tak de banyak kepala dalam urusan. Cuma... hahaha.. memang ada la jugak drama brebut cucu awal-awal dapat anak tu, bila anak dah berderet, kurang dah timbul isu tu.. cuma masih lagi la ada drama-drama sesama besan. Tapi yang paling bahagia tau tak apa? tak payah pening kepala kumpul harta, sah-sah harta mak ayah depa memang dapat wasitat kat diorang je..😉

Episod berebut pusaka ni jangan buat main-main.. lagi dahsyat kejadiannya sebab bukan syaitan biasa-biasa yang pikul tugas menghasut bab pusaka nih... jadi korang sebagai menantu, hal pusaka keluarga diorang, korang back off... jangan memandai-mandai... gasak kat pasangan dengan adik beradik.. kalau adik-beradik yang rukun maka rukunlah hasilnya..kalau sejenis adik beradik yang tamak, memang berantakanlah walau masa tu semua dah tua harta sendiri pun dah banyak.. so malas la nak ulas kat sini.. just kesimpulan yang boleh dibuat, makin banyak harta pusaka, makin haru nak menguruskan pembahagian terutamanya kalau pewaris tidak merancang masa masih hidup.

Kahwin dengan anak yatim piatu mungkin akan berasa sedih kerana tiada lagi ibu bapa mertua untuk ditabur bakti, tiada lagi doa si ibu bapa untuk kesejahteraan hidup di duniadan akhirat tapi mungkin juga rezeki kerana tiada drama perang menantu-mertua. Sebab ramai je rakyat Malaysia ni yang berkrisis menantu-mertua. Meng'hantu' (read: menantu) memang wujud dan mertua dari neraka pun memang wujud.

Ada keluarga mertua yang mmg terima menantu dengan berlapang dada dan ada juga keluarga mertua yang memang mengamalkan dasar pintu tertutup. Yang penting kita terima je dengan hati yang terbuka, we are not everyone cups of tea. Ada baik buruknya.. Contoh zaman teknologi skrg,jangan berkecil hati kalau korang tak diinvite dalam wassap group family pasangan ke, tak di add di media sosial ke, kerana itu adalah suatu rahmat dari Allah. Memang mula-mula mmg wujud rasa sedih seolah-olah tak diterima tapi lama-lama korang akan dapat merasai keindahannya.... ignorance is a bliss. Bliss in disguise pun ye jugak.. tak perlu ambil tahu perkara yang bukannya wajib untuk diambil tahu adalah suatu rahmat rahmatan lil'alamin tau adik-adik. Cukup korang tau benda yg sampai kat telinga korangje...hati tenang otak lapang macam kehidupan orang zaman dulu-dulu...klu orang memang betul nak berhubung dgn kita boleh je dia wassap personal kita... yang tak masuk ke wassap kita..maka dengan gembira kità boleh buat bodo..bukan salah kita..org yang tak sudi terima kasih sayang kita... bayangkan umpama wassap group kerja... kan indah kalau takde group tu, tenang je otak hahaha....tapi apakan daya tak boleh...so boleh imagine dah dia punya rahmat dan kegembiraan itu? 😋😋


Lagi satu, tak payah lah terlampau obsesed nak mengejar gelaran menantu kesayangan menatu terbaik menantu sempurna segala.. kita dan keluarga kita terima pasangan kita dengan apa adanya so should them too.. just be yourself yang without perangai jelik lah.. janganla bila cakap just be yourself maka korang pun buatla perangai duduk ngadap tv 24 jam, bangun dekat-dekat pukul 10... berlakon la sikit-sikit..bukan apa sebab korang membawa maruah mak ayah korang yang mendidik korang...
Kemudian, formula dia ringkas je, ni hasil dapatan kajian dan perbincangan aku dan kawan-kawanlah, (macam buat thesis gittueww hahaha)... hubungan menantu - family pasangan akan rapat kalau pasangan kita tu memang rapat dengan mak ayah dan keluarganya. S.I.M.P.L.E. Jadi tak perlulah bermuram durja kalau korang rasa macam terpinggir dalam keluarga pasangan sebab biasanya pasangan korang tu pun dah memang dari azali dipinggirkan atau tiada ikatan kemesraan tautan dari hati.. ceeeyyhhh...puitis bunyinya tapi itulah hakikatnya. Macam mana nak rapat dengan adik beradik pasangan kalau pasangan pun kurang berkomunikasi sesama mereka...apatah lagi dengan kaum kerabat yang lebih jauh. Rapat is banyak benda yang korang kongsi bersama..kalau banyak maklumat tak tahu dari tahu or banyak sangat kerahsiaannya maka memang tak rapatlah tu. Korang sebagai orang luar so what you want to expect. So just berlapang dada.. Tetapi kalau pasangan kita memang rapat dengan family dia dan jadi renggang selepas kahwin dengan kita, maka renungkan sekejap sebab besar kemungkinan kita adalah punca..begitu juga kehadiran pasangan dalam keluarga kita.. Rapat tu bukanlah memori masa kecil sebab masa tu semuanya rapat, dengan jiran sekampung pun rapat  apatah lagi sesama adik beradik... ni yang sewaktu dah dewasa...Errr..kalau korang ada hasil dapatan yang lain , tolong la kemukakan di sini.

Dapat pasangan yang merupakan anak kesayangan memang rezeki sebab kemungkinan besar korang pun akan menjadi kesayangan, tapi biasanya anak kesayangan ini manja terlebih sikit.. tak berapa reti nak independent sebab semua ditentukan oleh mak ayahnya.. yang ni jugalah yang akan selalu diarah kesana kesini macamkan anaknya bujang tiada keluarga lagi, maka menurutlah kamu seperti lembu dicucuk hidung. Nak bantah takut dilabel anak derhaka maka menjeruklah hati. Disinilah perlu wujudnya suami yang bijak bukannya tunggul. Ada juga kes bila pasangan merupakan anak kesayangan, menantu (perempuan biasanya) dianggap sebagai ancaman atau bahasa pendek, mak mertua jeles dengan isteri sang anak maka kau disisihkan dan akan ada je cacat cela di matanya. Adaaaaaaaa kes macam ni..banyak sangat.... Ini bukan kes silap tersilap memilih calon suami ke apa tapi silap mak mertua gedik nak bagi anak lelaki dia kahwin sebab anak orang lain semua dah kahwin etc, patut eram je bawah ketiak sampai habis usia. Tapi majaoriti zaman sekarang semua masuk kategori mak ayah yang overprotected, aku bila fikir pun dah rasa risau macam mana menantu dan besan aku nanti..aku harap bukan sejenis yang overprotected dan jenis nak kaut menantu anak cucu kat dia sorang. Paling risau takut aku yang jadi mertua macam tu hohoho...nauzubillahiminalik.

Tinggal dengan mertua rezeki boleh jimat belanja sewa rumah utiliti tapi janganlah sampai jadi biawak hidup. Ujian dia biasalah, dah duduk serumah, mesti akan timbul cerita yang tak best, sedangkan mak dengan anak kandung pun duk bertikam lidah kalau apatah lagi menantu yang baru muncul. Lagi satu biasanya menantu yang tinggal dengan mertua daia akan sendiri berasa rendah diri dan sendiri berkecil hati hanya keran berasa diri hidup menumpang. Kalau mampu atau tiada halangan untuk tingal berasingan, maka pindahlah. Kalau memang tak mampu, sabar dan hadaplah dan positifkan diri betapa baiknya da orang izinkan tinggal bersama.  Mertua yang baik ada je, menantu yang baik pun ada, tapi jaranglah yang end up dengan sempurna tanpa makan hati,  sebab itulah dalam islam pun digalakkan tinggal berasingan.

Tinggal berdekatan dengan ibu bapa/mertua pun boleh jadi rezeki sebab ko lah tempat orang tua bergantung harap mintak tolong tukar kepala gas ke, or bawak gi klinik ke apa, maka itulah ladang pahala.Ujian dia biasalah, yang dekat bahu tahi, yang jauh bauh wangi. Yang duk datang selalu ni takde nilai, yang jauh balik fuhh dia punya sambutan, macamkan sambut YB. Tapi takpelah, Allah Maha Tahu, sebab tu Allah takdirkan kamu duduk berdekatan..rezeki pahala asalkan korang ikhlas niat berbakti kepada ibu bapa, mungkin sebab itu segala urusan korang dipermudahkan. Amin.

Kahwin terus bunting pelamin dapat anak atau tak perlu tunggu lama sebelum dapat anak merupakan rezeki tetapi anak juga kadangkala merupakan ujian kepada setiap ibu bapa. Jadi andai kata lama kahwin dan diuji dengan ujian lambat mendapat zuriat, sebenanrnya itu mungkin rezeki untuk berlama-lamaan dalam fasa romatika, kurang sakit kepala dan juga lebih banyak masa untuk beribadah sebab life ada anak ni kadang-kadang sangat kalut, solat pun boleh jadi macam ayam ja huhuhu.
Jika masih belum dikurniakan zuriat jangan bersedih, jangan terlampau berzikir menginginkan "penyeri rumahtangga" sehingga terkufur dengan ketentuan rezeki Allah sedangkan banyak juga pasangan yang bercerai berpunca daripada masalah tentang anak-anak. Ramai je pasangan yang anak berderet bercerai berai yang tiada anak rukun aman. Ramai je yang ada anak tapi bila tua tinggal berdua juga. Setiap anak itu sendiri lahir dengan rezeki dan ujian masing-masing. Memang anak boleh menjadi asbab ke syurga tapi jangan dilupa, anak juga boleh mengheret kita ke neraka. Wallhua'alam.

Kahwin dengan pasangan yang pandai menguruskan rumahtangga (isteri biasanya) adalah rezeki tetapi janganlah pula terus lepas tangan macamkan isteri itu adalah bibik kan tak pasal menanggung dosa, sedangkan kalau bibik pun paling kurang  kena bayar gaji RM1000.00 sebulan tau. Pandai-pandailah berkomunakasi membahagikan tugas, jangan mengambil peluang diatas kebaikan pasangan. Psstt... biasaya lelaki yang pandai mengemas memasak bagai ni, cerewet dia lebih sikit...orangk katalah..tak taulah kesahihahnnya.

Kahwin dengan pasangan yang romatik itu rezeki sebab siap bermadah puisi bagai. Yang dapat pasangan tak romantik pun rezeki juga sebab biasanya pasangan yang tak romantik ni dia lebih suka kominikasi dua hala.. yang 'romantik' ni biasanya pendiam tak banyak cakap tak gila-gila tapi tu lah, ada je idea dia yang sweet-sweet. tapi tak semua macam tu.. maka terimalah seadanya. Yang penitng komunikasi... ko nak hadiah birthday, kalau tau dah pasangan jenis tak romantik nak surprise2 bagai..so request siap-siap hahaha.. bouquest surprised is not romantic anymore..it's a trend...    Macam aku memang tak berapa nak romantik surprise apa dah sekarang, penat dah nak fikir-fikir beli hadiah apa. Tanya direct je n MrAF nak hadiah apa senang hahaha.

Dapat pasangan yang pandai masak itu rezeki tapi ujian juga nanti makan tanpa kawalan senang pulak obesiti. Dapat pasangan tak pandai masak pun boleh jadi rezeki kurang lemak sebab makan sikit. Tapi sekarang kalau tak masak makan kat luar sama jugak kalori intake berlebih-lebih. Tapi biasanya kalau pasangan itu merupakan seorang manusia normal, dia akan cuba juga untuk sediakan hidangan (lauk beli pun takpe) sebab mesti pandai masak rukun kahwin. Kalau pandai masak tapi malas asyik main handphone je tiada guna jua. Pendek kata, rajin atau malas sahaja.

Kalau kira banyak lagi nak tulis dan macam-macam lagi pro abd consnya, tapi rasanya selepas beberapa point di ats, korang boleh faham kot cabaran disebalik ujian berumahtangga. Jadi pendek kata, dalam hidup kita, ada pro and cons dan tiada yang sempurna. Yang utama, jangan compare pasangan kita dengan pasangan orang sebab bila kita berkahwin, maksudnya kita menerima segala kebaikan dan keburukannya. Dengan pasangan orang lain kita tak kahwin, kita tak kenal yang sebetulnya, just nampak luaran yang good-good aja. Dalam novel or drama TV je akan dapat pasangan kaya, hansdsome cantik jelita, pandai masak, romantik dan segala-gala sifat puji terperi. Nan hadooooooo okay, percayalah kerana kita hanya manusia biasa yang tidak maksum. Tanamlah dalam hati, Allah itu Maha Adil, takkan ada seorang pun yang bahagia dalam semua sudut, walau tengok dalam media sosial diorang macam happily ever after punya couple, percayalah mereka jua tetap ada titik hitam dan masalah masing-masing cuma tak tunjuk je. Eleh sama la, kita pun tak tunjuk yang tak best dalam sosial media.. siapa yang tunjuk tu dia more to bodoh rather than jujur.

Tak payah nak bergaduh laki bini di media sosial..nak tunjuk romatik pun tak payah... aku malu giler sekarang  kalau tengok Memori FB dulu-dulu..Ya Allah terasa bodohnya aku duk post bajet-bajet sweet masa tu...macamkan xboleh sms or whatapps personal hohoho...maafkanlah kebodohanku dahulu huhu..

Itu rumahtangga korang, maka kemudilah mengikut cara dan kesesuaian korang... selagi tidak terpesong dari kiblatNYa. Yang penting berkomunikasi. Tak suka cakap, suka pun cakap. Benda boleh bawak bincang kenapa perlu pendam sensorang. 

Apapun perkahwinan merupakan suatu ibadah, maka ia adalah jalan menuju ke syurga. Jadi pandai-pandailah adjust agar suami boleh masuk syurga, isteri boleh masuk syurga, ibu bapa boleh masuk syurga dan anak-anak cucu pyn  boleh masuk syurga. Syurga tu luas..tak syok kalau kita sorang je masuk... berkumpul dalam neraka lagilah tak best. Faham? Sila hadam.. 

Pandai-pandailah korang relatekan segala point yang aku highlaghtkan di atas, mungkin ada yang betul dan ada yang kurang tepat.
Tapi kesimpulannya setiap pasangan ada rezeki dan ujiannya masing-masing. Kena pandai lah tarbiah hati sebab memang kerja syaitan menghasut supaya kita duk rasa tak best manjang dan seterusnya kufur nikmat.

Aku tulis ni bukan nk kata aku bagus, aku sendiri pun kahwin tak sampai satu dekad jadi masih lagi duk belajar untuk sama-sama menjadi yang terbaik kepada pasangan. Tulisan ini juga sebenanrnya teladan untuk diri sendiri juga. Bak kata pepatah, daripada musibah orang, kita boleh ambil pengajarannya, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tiada jaminan yang bahagia itu endingnya bagus. Hidup ini ujian, pasangan juga hanyalah pinjaman jua.

Dan seperti biasa, kena letak remarks di sini takut nanti ada kiah propa pulak.
Coretan ini adalah hasil pemerhatian sekeliling, kisah-kisah orang sekeliling dan juga warganet bukannya kisah aku sorang. Aku kan ala-ala Kak Seri Siantan hehehe... oh lupa.. beliawan-beliawan sekarang tak tau Kak Seri Siantan...depa tau Si Rahid dengan Amran Fans ja.. 

Ha.. ini gambar 11 Feb 2020.. Anniversary ke-9.. Baru 9 tahun weih,,,dah buntu dah nak clbrate mcm mana... tapi Allah bagi rezeki... balik-balik kerja tengok Ma dan Abah berkerjasama dah siap masak nasi ayam fav sempena anniv kami... INI TERSANGAT INDAH....!!!

Terima kasih ALLAH untuk rezeki suami, ibu bapa , mertua, anak-anak dan ahli keluarga yang baik.



Ulasan

Catatan Popular