DR ZAKIR NAIK
Petang tadi,... sempat la tengok ceramah Dr Zakir Naik di Kelantan melalui fb live yang dikongsi oleh Firdaus Wong. nama Zakir Naik memang hangat di India...dan yang peliknya..turut hangat di Malaysia. kalau korang ikuti perkembangan beliau..korang tau la kan apa isu2 nya... tambah2 sejak Malaysia Baharu nih.
Hakak pun follow melalui Firdaus Wong je. Kalau ceramah Zakir Naik, tengok di You Tube je. kalau ada live dekat-dekat sini, teringin jugak nak pergi. One day, Insha Allah.
ok..kembali kepada topik. Dulu hakak memang tak faham kenapa sesetengah manusia ni ala-ala triggered dengan kehadiran Zakir Naik, macamkan Zakir Naik ni letak pisau kat leher diorang suruh paksa dengan ceramah dia. dan jelas sekali, diorang ni tak pernah dengar pun ceramah Zakir Naik nih, tapi terloncat lebih-lebih.
Sehinggalah sebelum Ramadhan 2019, terasa Malaysia sangat tidak harmoni apabila Firdaus Wong selalu mendapat ancaman dari eksterimis-ekstremis non-muslim dan kemuuncaknya ialah apabila salah seorang dari team Muslim Riverted iaitu Ustaz Zamri Vinoth direman atas tuduhan menghina agama Hindu. Dan Ustaz Zamri Vinoth ini merupakan pembantu Dr Zakir Naik. Sesuatu sangat kan?
Dan seperti biasa, di sekolah konfem hakak akan ada sesi perbincangan ilmiah dengan Ustaz Rashid. Dengan penuh geram dan kekecewaan... hakak cakap
"SAYA TAK FAHAMLAH KENAPA DIORANG NAK MELENTING SANGAT... ? PADAHAL USTAZ TU BERCERAMAH PADA AUDIENCE MUSLIM.. BUKANNYA OPEN... "
luahan yang memang datang dari hati yang tulus.
Dan....
Beberapa hari kemudian.
Hakak ada la quotes yang penceramah motivasi mai ceramah kat budak-budak sekolah ni. Ala-ala tarbiah sentap la jugak ayatnya...Ala..trend nak nasihat budak2 sekarang mmg kena bagi ayat sentap. Bagi ayat-ayat puitis, konfem tak sampai ke lubuk hati diorang Rupa-rupanya ada orang triggered dengan ayat pedas tersebut. Dan reaksinya? Melenting. Tak cukup melenting sensorang, dia kumpul crowd pulak untuk triggered berjemaah dan mengecam berjemaah.
Sedih? Of course... tak sangka boleh berlaku benda macam tu ... yang kita ingat boleh membawa kebaikan tapinya membawa musibah (on that time i thought it as musibah). Dahla bukan dari crowd yang kita expect. Sama macam kes Zamri Vinoth lah... yang tak puas hati bukan dalam kalangan audience yang dengar tapi orang yang tak ada masa event tu pun.
Dalam bersedih, tiba-tiba datang ke lubuk hati ini...Macam enlightment gitu.
Ya Allah..inilah jawapan kepada persoalan yang hakak duk terfikir2 dan tak puas hati dengan isu sebelum ni... Allah bagi hakak peluang untuk memahaminya,
Kenapa mereka melenting? Kerana mereka tidak suka apabila yang disampaikan itu adalah BENAR dan mereka dapat merasakan bahawa mereka di pihak yang salah. Tapi, daripada mengakui kebenaran itu... mereka lebih gemar untuk menyalahkan mereka yang menyampaikan kebenaran.
Faham x? Kalau tak faham.. baca semula persoalan yang hakak tulis dengan huruf besar kat atas tu. Kalau tak faham jugak, baca Al-fatihah dengan 3 Qul bagi cerah hati sikit ahahaha... ha..sentap..;p
Baru sedar, tak senang untuk menyeru kebaikan...apatah lagi mencegah kemugkaran. Sedangkan menyeru kepada yang sedia muslim ini pun dah susah, apatah lagi untuk menyebarkan kepada non-muslim ( atau Firdaus Wong lebih gemar merujuk dengan istila "belum kembali muslim").
Semakin menyeru kepada kebaikan, semakin ramai musuh menentang. Macam tu lah kita boleh buat kesimpulan. Patutlah ramai yang sangat tidak senang dengan Zakir Naik, kerana setiap hujah yang disampaikan beliau menjawab persoalan dan menunjukkan kebenaran Islam.
Tapi, selaku Malaysia sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi ,amatlah mendukacitakan apabila timbul isu-isu keteganan beragama sebegini.
Hormatilah setiap agama. Jangan prejudis. Jangan Ekstremis.
Dan, dari kisah hakak yang hakak anggap sebagai musibah awalnya..rupa-rupanya itulah hikmah.
Hikmah untuk memahami dengan lebih jelas.
Hikmah untuk menghargai setiap dakwah yang disebarkan terutamanya perjuangan Rasulullah SAW untuk menyampaikan syiar Islam. Patutlah hebat tentangan kaum musyrikin pada zaman dahulu.
Dan yang terakhir.. hikmah diberikan petunjuk oleh Allah untuk mengenali hati budi orang disekeliling.
Hanya jiwa yang kental berani menyatakan kebenaran.Sesungguhnya hakak tak. Sekarang ni rasa nervous pulak rasa nak bagi nasihat eheh.... Lemah sungguh iman.
hakak pernah beberapa kali dikecam...termasuk isu PBS.. hanya kerana hakak menyatakan kebenaran.
(Ù‚ُÙ„ِ الْØَÙ‚َّ ÙˆَÙ„َÙˆْ Ùƒَانَ Ù…ُرَّا (رواه ابودود
Katakanlah yang benar walau pahit sekalipun.
Ringkas dan padat. Tapi sukar.
Berbahagialah mereka yang berani menyatakan kebenaran.
Semoga Allah melindungi Dr Zakir Naik dan pasukannya.
Semoga Allah melindungi Malaysia.
Nervous tak bila hakak buat entry serious ? ahakz.
i love you 3000.
Ulasan
Catat Ulasan