SURI RUMAH atau BEKERJA

Hai hai hai...
Salam ketupat lemang rendang tart nenas dan sebagainya... Boleh relate la kan kita ni baru habis mood raya.



Yes... Seperti biasa.. Tajuk macam mengundang kontroversi.. Tapi i bet it's not. Hanya satu entry yang borak2 santai tentang pro & co dalam sesuatu perkara dari sudut mata hakak je la.. Kalau perlu..hakak buat study case untuk ini ahakz...

Mmg ini merupakan isu utama dalam kalangan wanita... Jadi suri rumah spenuh masa.. Atau.. Menjadi wanita  bekerjaya. Lebih mencabar apabila bergelar ibu.

Jadi hakak bukan nak menekankan yang mana lagi mulia ke apa... No no no.. I won't because both is special & decent in it's own way.

Hakak yang bekerjaya as cikgu.. Mmg boleh rasa dua2... Wanita bekerjaya masa bukan cuti sekolah... Dan suri rumah sepenuh masa bila cuti sekolah.



Hakak cerita sebagai wanita/ibu bekerja dulu.

Bila bekerja.. Walaupun bukan kerja yg guna byk tenaga...kita still letih... Letih otak. Bila otak letih.. Badan kita cepat penat. Bila cepat penat.. Kita cepat nak marah... Dan biasanya yang selalu mencetuskan dan mendapat tepisan  kemarahan ialah anak2 lah walau diorg buat hal remeh temeh je.. Tapi kita punya meter amarah tu boleh naik sampai tahap pecah meter ironinya... semakin bertambah bilangan anak, semakin menigkat aras kemarahan.

sebagai contoh,balik kerja berkejar-kejaran mengutip anak2 dari day care. sampai rumah, automatik punch card as suri rumah pulak, nak uruskan anak2 mandi petang dan juga siapkan makan malam untuk keluarga. Drama nak suruh anak-anak mandi 4 episod. Drama nak suruh diorang berhenti mandi keluar dari bilik mandi dalam 4 episod pulak. tak termasuk iklan sabun berbuih2 habis setengah botol dia tunggang buat pesta dalam bilik mandi hohoho. nak cepat punya pasal, bagi anak-anak makan sendiri. dua tiga minit kemudian, lantai bersepah-sepah dengan nasi... atau dengan serdak biskut. kalau masa tu otak kita fresh, takdelah rasa nak marah sangat. tapi bila otak kita penat, kes macam tu boleh menimbulkan sejenis amarah level dewataraya huhuhu.

yes. we turn out to be a grumpy mom.......and wife too. pantang ada benda tak kena sikit... mulut laju je membebel. tambah-tambah hakak cikgu kan, macam sejenis sumpahan pulak asal kerja cikgu je automatik bakat membebel level up. and this is not good somehow.

sebelum2 ni, selalu je duk sebut2 kat MrAF...cepatlah kaya,,, nak berenti kerja. dia tanya lah, stress sgt ke kerja sampai nak berhenti dan haruslah aku cakap stress. jawapan dia ringkas dan padat je.

kalau stress sangat, berhenti je lah, tak payah tunggu dia kaya. tapi jangan expect life macam sekarang lah, sebab dia akan mapu sedia yang basic je lah.

terus rasa terpaku. then kembali berfikir, why i want to work at the first place? yes, economical support. aku kerja sebab suamiku masih tidak mampu untuk menyediakan kehidupan yang aku harapkan. jadi, hakak ni kerja atas lesen membantu suami. walau bukan membantu beliau secara langsung, tapi memebantu untuk hakak memiliki life yang macam hakak nak yang beliau masih tak mampu nak cover. nak beli barang yang hakak nak, nak bagi duit kat mak ayah hakak walau tak banyak mana pun, nak beli barang-barang or pendidikan anak-anak, nak menghadiahi orang or nak belanja orang. itu sebab kenapa hakak nak bekerja. bermula dari situ, hakak dah tak sebut dah nak berhenti kerja kerana dengan bekerja ini, hakak dapat merasa life yang hakak nak. tak mewah tapi alhamdulillah cukup dan selesa. rasa macam kufur nikmat bila mana punya ramai orang duk cari kerja, hakak yang dah dapat kerja ala2 meratib nak berhenti sedangkan diri duk bergantung kepada kerja tu.

satu lagi yang menyebabkan hakak nekad nak terus bekerja ialah perasaan yang hakak rasa bila berpantang. tak keluar rumah, tak gi cucuk duit maka takde duit kat tangan. masa tu rasa macam "bodoh" bila takde duit sendiri. nak bagi duit kat mak nak mintak beli barang (walau mak tak pernah mintak pun) tapi kena tunggu laki balik kerja baru boleh mintak duit ataupun mintak tolong laki gi cucuk duit pun terasa macam takde kuasa dah dalam kehidupan walhal yang dicucuk tu duit gaji sendiri.Rasa menumpang, rasa takde power. Ini yang hakak rasa lah.Sebab tu hakak beriltizam nak pegang duit sendiri. Suami izin bagi kerja sebab "MEMBANTU SUAMI DALAM EKONOMI KELUARGA" maka sebab itu, walau duit tu duit gaji hakak, hakak tetap mintak approval MrAF kalau nak beli apa2 pun, and hakak declare terus tanpa berselindung kemana hala duit hakak pergi. *ini nanti kalau ada orang request utk tips kelangsungan ekonomi laki bini hakak up la entry*.

selain itu, hakak pernah terbaca di FB pernah tular suatu masa dahulu kisah yang parents ni anak dia semua perempuan, semua study peringkat degree, semua berkahwin tapi semua tak bekerja. anak2 semua tak dapat nak membantu mak ayah itu sebab takde income. masa tu baru hakak tersedar, hakikat disebalik bila isteri tak bekerja, suami seharusnya hulurlah sama kepada mertua sebab kalau suami yang tak izin sang isteri bekerja dengan alasan untuk menjaga anak-anak, jangan lupa yang mak ayah mertua awak tu suatu masa dahulu bersuah payah nak besarkan anak2nya. bagilah peuang untuk si isteri membalas  jasa or paling kurang meringankan beban mak ayahnya. jangan mementingkan diri, bila dia kerja, dia fikir takat mampu bagi nafkah kat isteri and abaikan kebajikan isteri terhadap ibu bapanya. kat ibu bapa dia pandai pulak dia bagi, alasan; DIA BEKERJA. Hal ini jugak menekadkan hakak untuk terus bekerja. Walau tak boleh nak bagi banyak sebab banyak komitmen lain, tapi at least masih mampu menyumbang walaupun ibu bapa kita dalam kategori berkemampuan. Kalau duit tu ibu bapa guna untuk beli makanan, banyaknya pahala kita dapat. Or duit kita bagi tu dia guna untuk bersedekah, kita pun dapat pahala jugak. okay, hakak macam dah nak tergelincir dari landasan topik  nih ehehehe..macam nak jadi entry memberilah kepada ibu bapa pulak ahakz... baiklah, kita sambung ke point asal, bekerja atau tidak.

jadi, hakak nekad untuk bekerja, maka hakak tak boleh nak mengungkit2 sangat penat ke apa sebab hakak yang pilih jalan ni. takleh nak hentak-hentak kaki kat laki sangat bajet penat ahaha...tapi alhamdulillah, di kurniakan suami yang memahami bahawa isterinya ini memilih untuk bekerja sebab nak menampung kewangan dari sudut2 yang beliau tak mampu. oleh sebab tu, we share the housechores. takde nak rigid sangat rumah kne berkilat 24 jam ke apa. Buat yang termampu asalakan takdelah kapal karam sangat. yang penting taknak stresskan otak hal rumah selepas otak dah stress hal kerja. santai-santai. Tapi kalau rumah bersepah teruk stress pulak. Jadi pandai2lah kami laki bini menguruskan agar balance tak sempat jarum stress nak terpesong ahakz.

TAPI, BENARKAH MENJADI ISTERI/IBU BEKERJA LEBIH PENAT DARI ISTERI/IBU YANG TIDAK BEKERJA (SURI RUMAH) ?

okay. sekarang hakak masuk cerita bila hakak memakai seragam suri rumah waktu cuti sekolah.

bermula dengan subuh jugak, macam orang nak pi kerjaj ugak sebab nak hantar laki pi kerja. sebelum anak-anak bangun, siapkan dulu segala house chores especially kain & menyapu lah. Lepas tu anak-anak bangun, kekalutan urusankan anak-anak, mandi breakfast segala bagai. layan main sama-sama lepas tu prepare untuk lunch. mandikan anak-anak round kedua pastu tidurkan diorg. bolehla nak menumpang lena kejap lepas tu sambung pengurusan kain and mengemas2 yang anak buat sepah tu. lps tu dah petang. lepas tu kalut nak masak makan malam dan uruskan anak-anak sambil nak tunggu suami tercinta pulang. 3-4  hari pertama hakak mampu. masuk hari ke 5-6 dah start rasa lemau. lagi lemau dari hari bekerja. sumpah!! tu kiranya hakak suri rumah time cuti sekolah. suri rumah sekarang lagi penat, hantar dan ambik anak kat sekolah. mana ada macam zaman kita dulu. hakak dulu gi skeolah jalan kaki je. sekarang? banyak sangat ancaman bahaya menyebakan ibu2 ni terpaksa menghantar menjemput anak-anak kat sekolah dalam pada waktu menguruskan rumah tangga. pagi2 hantar sekolah, tengahari gi ambik. balik rumah siap2 lepas tu keluar hantar sekolah KAFA pulak. pukul 6 gi ambik KAFA. Siap2kan anak2 kot ada yang ada tuisyen pulak.

Suami?
Suami korang hakak tak tau, tapi kalau suami hakak, bila time hakak cuti sekolah tu kan... terasa tau dia macam lepas tangan hal2 house chores. Standard pandangan orang ramai, suri rumah ni tak penat. Banyak masa. Kalau masa hakak tak cuti benda2 rutin urusan rumahtangga tak payah minta tolong, dia nampak dia buat. Tapi bila hakak cuti jadi fulltime housewife, nak kne panggil2 mintak tolong and dia macam tak puas hati lak, kononnya DIA LETIH BALIK KERJA. Haaaaaa!! memang ni la standard2 pandangan laki kalau bini dia tak kerja. Dia ingat bini dia tak letih, sebab tak kerja, duk rumah je. Tu tak kira kalau jenis laki level maharaja yang nak lantai licin takde habuk 24/7, nasi berhidang lauk 4-5 jenis lepas tu siap makan pinggan tinggal kat meja,sangat tak bertanggungjawab.

HELLOOOOO...THAT IS HELL NOO!!! Jadi fully housewife letih nak mati. Bekerja penat tapi jadi fully housewife laaaaaagi penat sebab pandangan masyarakat macam tu lah.Cuma kenimatan yang tak terbayar, dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Itu yang terindah.

macam hakak, bila kerja, tak sihat, boleh MC... anak2 duk kat nursery or sekolah macam biasa, hakak duk rumah telan ubat kemudian tidur. Kalau suri rumah, demam ke, sakit kaki ke, apa ke... laki duk expect kerja rumah settle macam biasa. Anak-anak pun ada sekali kat rumah.Bila yang boleh nak berehatnya Lagi la haru.

Seriously, sila label hakak as bad mom. Sebab apa? Sebab hakak rasa, pi kerja yang stress konon nak berhenti kerja tu, adalah sejenis me time. Yezzaaa.... bila anak dah masuk dua ni, gi kerja adalah me time. Duk rumah dengan nak kencing pun ada body guard bagai, Drama-drama nak mandi, wrestling, nak mama dukung time masak ke apa...sangat mencabar, sangat-sangat meletihkan. Tabik hormat kepada full time housewife semua.

Cuma..
Apabila tiap kali anak2 tidak sihat...
Memang hati terus rasa nak berhenti kerja..
Nak duk rumah jaga anak.. Tengok anak membesar depan mata... Setiap moment tak ketinggalan...
Tuhan je tahu macam mana rasa jiwa bila anak kurang sihat tapi still duk pi hantar tinggal kat org jaga... Rasa macam useless mother.
Yang senang dapat cuti... Or yang dapat ketua dan rakan sekerja yang memahami takpe jugak... Kalau dapat spesies2 yang tak memahami... Bila kerap cuti jaga anak.. Adalah bunyi2 sinis... Mmg masa tu akan stress yang amat.... Stress & penat jaga anak tak sihat... Bertambah stress duk fikir orang duk membawang... KPI pun nampak teruk sbb byk cuti... Macamkan cuti tu duk berjimba... Orang tak nampak dah waktu kita xcuti duk pulun kerja.... Tapi.. Ada je majikan dan rakan sekerja yang memahami... Dugaan dan ujian utk ibu2 yang  bekerja..

Jadi, wanita/ibu bekerja hebat dengan caranya.
wanita/ibu surirumah hebat dengan caranya.
KITA SAMA-SAMA HEBAT!! =)
Gambar dari FB

setiap satunya ada pengorbanan tersendirinya.
Suri rumah terpaksa mengorbankan keinginannya untuk memegang wang dan mempunyai kebebasan.
Yang bekerja terpaksa mengorbankan jiwa setiap kali memandang wajah sayu anak yang seawal pagi dah ditinggalkan di nursery/pengasuh dengan doa semuanya baik-baik. Yang sebelah petangnya sesak jiwa bila terlewat, terbayang wajah sugul anak di jeriji pintu nursery menunggu dijemput pulang.
Yes. perasaan itu tidak mudah. Tambahan pula pelbagai isu dera dan sebagainya yang dilaporkan.

Setiap satunya ada kebaikan dan keburukannya.
Setiap satunya ada kekuatan dan kelemahannya.
Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangannya.
Dalam hidup ini, mustahil untuk kita dapat miliki semua.
kita terpaksa memilih dan setiap pilihan ada penat jerihnya.
Semoga pilihan kita adalah sesuatu yang membawa kebaikan di kemudian hari, dunia dan akhirat.
Berbaik sangkalah sesama kita.
Walau apa pun pilihan yang kita buat, jangan stress.
cari ruang dan jalan untuk jiwa tidak stress.
Choose to be happy.
contoh hakak, i choose to blogging walau readers tak sampai 100 orang ahahaha... but who care, as long as I enjoyed and stress free. =)

bye-bye.
till we meet again.

Ulasan

Catatan Popular