:: SEDEKAD BERGELAR GURU ::
Kalau ikut perkiraan... 2019 ni tahun ke sebelas bergelar guru...tapi memandangkan ini post dari draft tahun lepas..2018.. tu yang perkiraanya sedekad hehehe.. entry-OH namanya..(dah jadi alkohol dah entry ni setahun terperam ahaha..)
Jaga2...ini adalah panjang...
Almukaddimah..
Secara jujur menjadi guru bukanlah cita2 sebenar aku. Seharusnya cita2 utama nak jadi doktor. (Budak SBP mmg jarang lah impian sebenar nak jadi cikgu).. Sebab tu lah lepas SPM slumber derk je tolak TESL twinning New Zealand *(dapat interview je dulu tp tak pi...bukan dah betul berjaya dapat ahakz). Bila fikir "kalau" ada la unsur2 menyesal kan...tapi bila kembali ke qada dan qadar .. laluan yang Allah sediakan tu paling bagus.. paling utama.. jumpa JODOH sebab pergi matrik dengan Asiah yang merangkap prakmate MrAF yang menjadi asbab kami boleh berkawan ahahaha..
Sehinggalah masa matrik.. result tak berapa nak 4 flat kan.. mmg tak mimpilah nak apply medic IPTA..kalau nak apply yg private bolehla..tp parentsku bukak golongan have2..jenuh nak bayar yuran.. lagipun...sejenis bukan jiwa kental...nenek suruh cucuk insulin dia aku dah bertempiaran lari.. luka kena pisau pun aku dah seriau nak tengok..ada hati nak ambik medic konon kahkahkah....maka masa isi UPU tu.. mmg isi pendidikan...semua pendidikan... sebab...
1. Dalam jiwa mmg takde sekelumit cinta dgn kerjaya Engineering... (tapi rupa2nya wujudnya cinta pada Mr Engineer kahkahkah.. )
2. Mak suruh... sesuai untuk orang perempuan.. banyak masa untuk rumah tangga *(ini akan ada satu entry khas nanti).
3. Cikgu paling secure. Habis study je automatik boleh kerja. Tak payah nak buat resume pergi interview bagai *(pada masa itu..tak bertahan sampai aku graduate pun..dah timbul isu cikgu menganggur). TESL pun tak mintak sebab tak suka nak gi interview.
4. Influence kakak.. yeah.. kakak aku mmg memberi infliuence yang besar dlm hidup aku. So kepada anak2 sulung..ingatlah..MEMANG anda merupakan teladan untuk adik2..
Rezeki Allah permudahkan. Dapat 1st choice. Sarjana Muda Sains dan Pendidikan USM.. sama macam kakaknda ku ahakz.. kan dah kata kakakku memberi influence yang besar hehehe..
Bermula kisah belajar di USM.. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar walau kadang2 terpalit luka di jiwa konflik dengan lecturer and students2 pure science & applied science yang memandang rendah pada geng2 "cikgu" yang menumpang belajar paper sains huhuhu... tapi yang baik tu ada...lagi ramai...tapi biasalah.. aku kan manusia normal..lebih gemar nak ingat dan ungkit yang tak best je ahahaha... ;p
JADI CIKGU PRAKTIKAL
Pengalaman praktikal agak menarik. Giler... jadi cikgu praktikal paling best... students paling sayang cikgu praktikal lah ahahaha.. biasalah.. 1st time masuk sekolah..semangat lebih sikit.. tugas2 lain mana banyak.. 200% hadap anak murid.. 10 waktu sminggu lak tu..muda cun melecun sah2 menampakkan lebih menarik leboh sporting compare dgn cikgu sedia ada hahaha.. dia sebenarnya lebih kurang rasa excited dapat back to school. (Masa sekolah tak sabar nak habis sekolah.Lps SPM majoriti akan rindu nak gi sekolah..kan? Kan?) masa ni awal tahun 2008 di SMK Panglima Bukit Gantang. Dapat cikgu pembimbing yang best.. Cikgu Maizon. Banyak pengalaman aku dapat. Tolong pertandingan tarian aspuri. Belajarlah menari zapin..Baru kenal lagu-lagi asli ahakz.. Tolong pasukan sofbol..part paling best bersorak sorakan masa final tu ahahaha..hari sukan daerah masa tu buat kat stadium batu kawan...super fun!! Tu tahun last rasanya...2009 posting tu..tukar venue kat KV Kerian je..xde bajet ... anak2 murid sporting habis. Belajar dengan sangat fun. Ingatlah cari air longkang nak tengok mikroorganisma..Minggu Sains Math yang havoc.. buat pameran. Volcano...pancing ais.. lab assistant pun sporting.. baik smpai skrg..Alhamdulillah..sampai skrg masih lagi berhubungan dgn beberapa pelajar dari zaman jd cikgu praktikal.
Benda tak boleh lupa masa zaman praktikal : kisah skandal cikgu tua dgn cikgu praktikal. Bukan sekolah panglima tp sekolah berhampiran. Gossip hangat kami masa tu ahahaha..katanya dah selamat kahwin...tak tau la pulak.
Habis praktikal...habislah 8 sem pengajian di bumi USM yang indah nak permai. So far belajar takdelah susah sangat.. bolehla nak skor dean 2-3 kali. Ini juga rezeki yang membawa jalan kepada dapat biasiswa KPM maka takde hutang PTPTN... dan juga membawa jalan kepada tak perlu interview untuk posting. (Masa tu tahun 2008. Siapa yang pointer 3.5 ke atas tak perlu interview untuk posting. Hal posting dah jadi isu pengangguran masa tu. Ada batch sebelum kami.. 2 tahun tak posting.Nasib baik batch kami menganggur dalam 6 bulan je).
Hal posting pun mendebarkan..of course takut dapat posting di kawasan pedalaman. Aku ni mmg kurang ikhtiar hidup, sebab tu duk berdebar je kalau kena kawasan naik boat ke..takde elektrik ke.. tambah2 ada 2,3 orang sepupu ku yang posting sabah serawak. Tapi dah kita ni mentimun...dapat mana2 pun redha je lah.. berdoa je la untuk rezeki terbaik.*(masa interview biasiswa KPM bukan main dengan konfiden jawab "saya sanggup terima di mana sahaja ditempatkan walau di kawasan pedalaman kerana tugas guru adalah untuk mendidik anak watan"...perghhh... tapi aku syak tukang interview tu pun gelak je dalam hati dengar jawapan2 cliche candidates. Salut untuk semua guru di kawasan pedalaman..jiwa kalian sangat murni dan kental.)
JADI GURU GANTI
Sementara nak tunggu posting tu.. aku sempat la jadi cikgu ganti di KL...sekolah kakak aku kihkihkih... kat sekolah ni gempaq.. farewell event pun buat kat KL Tower...masa tu farewell salah sorang pentadbir...sempat la aku menumpang sekaki....wow.. tp budak2 dia pun bkn budak biasa2.. mmg kne persediaan mantap mental dan emosi. Kat sini aku tgk mcm mana life budak2 bandar...bercampur pelbagai agama dan budaya... kat sini baru aku tau aku tak boleh sebut "lepas spm pergi matrik" sebab ramai akan marah..kat sini aku knal kisah2 sosio masyarakat... Kat sini bila jadi guru ganti...dpt dgn tugas2 khas dia sekali... baru la merasa alam kerja cikgu yang sebenar..bukan seindah praktikal..pastu ganti ajar subjek fizik pulak...aku tak tau la apa aku membongak kat budak2 tu ahaha.. *(salah sorg dalam kelas tu jadi artis..xnak sebut nama hehehe)..jenuh weih study malam2.. dah la xminat fizik sebab tu relate balik dgn xminat engineering.. nak nangis rasa huhuhuhu... msa ni dpt kelas f3 yg plg blkg.. yg budak kurang ajar xtau nak ckp mcm mna msa tu ( takde pengalaman.. praktikal depa xbg kelas hujung..kesian klu lecturer pantau) ... kdg2 kluar kelas rasa nak terjun bangunan hohoho.. ironinyalah.. iman ada lagi...but well...org kata..pengalaman mematangkan hidup...ilmu2 dari situlah aku guna utk adapt dgn kerenah sekarang...masih lg kontek dgn student masa ganti sini hehehehe..
1st POSTING
Akhirnya dapat surat penempatan di Negeri Perak pada November 2008. Dah lega dpt semenanjung....pastu mai cuak pulak kot dpt pedalaman mana2.. duk harap Parit Buntar la.. (masa ni mmg dah duk Parit Buntar dgn abang). Masa hari berkumpul kat Ipoh... bukak2 surat...Kerian. Tengok sekolah. SMK Alang Iskandar, Bagan Serai. Di saat orang lain semua bergembira (tahun tu.. Perak panggil semua yang mana alamat Perak..postingkan di Perak..dkt alamat masing2.. aku guna alamat abang..Parit Buntar.. kawan aku alamat Bandar Baharu, Kedah yang sempadan Parit Buntar kena posting KL). Semua orang lain bergembira sebab 99.99% dapat dekat rumah masing2. Aku 2 orang je yg muka murung.. 1 kawan aku..dia orang Selama sedih sebab dpt dekat dgn rumah dia..dia nak jauh ahahahaha..lps tu aku lah.. sedih sebab harap Parit Buntar tp dpt Bagan Serai..dlm kepala mcm mana la nak pi sekolah..sejenis yang tak drive aku nih..
Tapi sungguh perancangan Allah tu yang terbaik. Oleh kerana nak berulang dari PB ke Bagan Serai (tak nak menyewa kat Bagan Serai)... maka bulan depan tu jugak gi cari kereta murah2... bertemu jodohlah dgn toyol... maka elok je aku drive...dari yg xpernah drive lps lulus test. Di SMKAI jugaklah dpt pengalaman menghadapai situasi histeria hohoho.. Dan di SMKAI jugak ditemukan dgn kawan2 yang best.. masih lagi BFF smpai skrg..masa ni muda.. energy banyak.. masuk gate 6.30 pagi keluar gate 6.30 ptg pun takde masalah.. otak semua gelong ngokngek semua... masa ni belajar tentang ISO sbb sekolah baru apply.. menggigih semua org mengadap fail. Asal kne bawak budak.. laju je sanggup...kira asal dgn geng.. msa tu komitmen keluarga xde... masa tu kerja dgn tulus...semua ikut buku dan cepat dan tangkas lah pendek kata..masa tu tak kenal erti penat.masa tu naif tak tau lagi ttg politik tempat kerja..
4 tahun di SMKAI... aku mintak pindah ke Parit Buntar...rezeki mengandung kot..sekali mintak terus dapat... nangis sedih pulak kena pindah huhuhuhuhu...pejam celik pejam celik...dah 6 tahun aku kat SMK Pekan Baru. Dah sebati dlm jiwa dah...kawan baru..suasana baru.. kat sini suasana lain dari SMKAI.. kat SMKAI...aku ramai rakan sebaya...kat sini...skrg ni aku no 3 muda.. huhuhu.. cikgu2 senior semua.. nnt aku cerita kat bawah. Kat SMKAI budak estet...sini budak pekan..budak flat..
awal2 posting mcm terlampau dibayangi kemodenan... ala.. pemuja Tun M masa tu...semua maju pantang mundur pandang Jepun kaedah dia.. mcm kenapa attedance tulis dgn pen..?? zaman orang dah guna finger print..sini punch card pun tak.guna lagi... *(tapi skrg baru aku sedar betapa leisurenya zmn attendance tulis pen huhuhu... takdelah lewat sesaat pun merah...lps tu..tgk yg merah je..xkira dah sesaat ke apa..balik.lambat tak kira pulak.. huhuhu)
Selain itu..selaku budak SBP... girl school pulak...sungguh..aku rasa macam kejutan budaya...
1. Dengan cara perhubungan budak lelaki dan perempuan...macam takde batas...tak tau mmg budak.zaman skrg or dari dalu kalau sekolah campur mmg macam tu.. hal bercinta tak payah ceritalah.. tingkatan 1 dah ada 6 ex-bf....nak pengsan aku rasa....yang umur 15 tahun kena tahan kes rogol pun ada..aduiii... yang f2 kantoi vdeo pelik2 boleh cakap "saya cintakan dia dan akan kahwin dgn dia"... 3 bulan lps tu dgr clash.. tepuk dahi weih..
2. Sekolah harian kat kawasan pekan kecil... budak mmg malas belajar sungguh...berbeza dgn masa aku skolah...rasa dulu aku ni nakal and pemalas dah.... tp anak2 murid aku..masha allah... mmg takde.usaha langsung.. buku xde..impian takde... mmg stress awal2 tu..tapi lps tu baru aku tau..sosioekonomi puncanya... aku dari kecik mak ayah mmg dah bg tugas belajar je.. masuk SBP mmg jadual belajar je.. tapi bukan anak murid aku..demi kelangsungan hidup.. depa kena kerja.. malam kerja.. tu dtg skolah lena..kerja ladang pun ada.. balik sekolah masuk ladang...mmg kirim salam lah nak buat homework or nak ulangkaji... ada student aku asyik tdo manjang dalam kelas.. bila tanya katanya balik pkul 1-2 pagi..kerja kedai makan. "Ayah kamu tak marah ke kamu balik lewat malam?" Hebat je aku tnya.. "saya kerja kat kedai ayah saya lah tu cikgu"....huuu...apo nak dikatoooo...
3. Sekolah harian terlampau disuap... kelab persatuan cikgu yang incharged... fail...papan kenyataan... padahal aku masa zaman skolah... hal2 kelab persatuan ni kami pelajar je yang uruskan.. skrg aku dah jadi cikgu..aku pulak nak kena buat? Oh memang tidaklah.. nasibla budak2 bawah aku..aku serah je kat depa.. kena la latih utk bertanggungjawab...kena tau erti kata sebenar kawatan yang korang sandang tu.
Habis cerita kejutan budaya.. sambung dgn khayalan aku bila mula2 jadi cikgu..
Terbawa2 dgn NAK NAMPAK GAH.. nak jamuan akhir tahun kat hotel gah2.. nak tema gempaq2..nak acara kat skolah biar meletop kebaboom extravaganza.. sbb nak ambik gmbr nak boh kat FB nak biar orang nampak jd cikgu pun hebat.. meletop kebaboom....masa tu mcm takleh terima bila ada cikgu2 mcm taknak or membantah.... aku mcm eh..kampungnya.. annual dinner pun kalau boleh nak kat kantin skolah je.. alu mcm tak boleh hadam... tapi lepas sedekad..aku pun dah join kategori xlarat nak layan "kegah han"...baru rsa penat.. baru rsa menyampah...klu 4-5 tahun sekali okay.. tapi ni tiap2 tahun..setahun 4,5,6 kali event..rasa xlarat... rasa penat..tiap2 tahun jadi.beban pulak nak kena bersiap nak gi dinner bertema2.. rasa tak nak gah ni adakah seiring dengan usia? Maybe.
Satu yang aku perasan.. zaman media sosial ni kadang2 menjatuhkan imej guru.. dgn duk bersaing buat video menari2 lagu raya... duk saling upload gambar sambutan hari guru yang bertema dan bercostume pelik2.. kadang aku sendiri yang tengok pun rasa malu.. apatah lagi kalau yg bukan cikgu...yang suka cari salah cikgu lagilah kan.. ini pendapat peribadi aku lah.. call me tak sporting..as i call you unprofessional.
Ha.. masa awal2 posting ni.. giler... dalam hati dan minda... "aku nak jadi pengetua...takpun pegawai kat JPN"... bukan apa..mentaliti aku masa tu.. kerja cikgu (comparing myself to my schoolmates yang jd PTD,doktor, pharmacist,etc) ...kerja cikgu paling lekeh.. ala2 diri sendiri pun malu la kaedahnya (punya teruk perangai)... bukan tak ikhlas.. aku suka jadi cikgu..suka sgt mengajar dan terjebak dalam dunia students... cuma rasa ala rendah diri.. (padahal takde orang kutuk pun..it's juat konflik jiwa dalaman... tapi maybe sebab aku mnyampah dari zaman study bila sebut course pendidikan... reaksi dgn bahasa muka "oooooooo.....chekgu..."... sumpah membencikan..).. so ala2 menanam tekad lah.. taknak pencen as cikgu..paling koman pengetua.. berangan nak masuk kerja kat PPD...boleh pakai smart2... kerja ofis hour.. TAPI ITU DULUUUUUUU..... sekarang setelah sedekad.. SUMPAH menyesal pernah berfikiran mcm tu...dan.. takde sekelumit dah pun impian nak jadi pentadbir atau join bahagian pengurusan. Aku dengan bangganya isytihar aku cikgu..Impian sekarang.. SAMPAI PENCEN NAK BERJAWATAN SEBAGAI GURU BIASA. Aku tak nak stress dgn hal2 pentadbiran dan pengurusan.. nak santai2 je.. walau dah tua takde orang tunduk hormat pun takpe.. tak dpt red carpet or paluan kompang pun takpe.. makan buffet xde meja VIP pun xpe.. hehehehe..
Sedekad menjadi cikgu..
Banyak benda aku belajar... yes... cikgu pun kena belajar... belajar tentang kehidupan... dari siapa? Semestinya dari rakan-rakan sekerja, anak murid dan masyarakat.
10 tahun bergelar cikgu.. aku sedar... betapa teruknya masalah sosial kita..dan dari situ...aku belajar yang anak-anak didik aku...hidup mereka jauh lebih mencabar dan berliku dari hidup aku...dan mereka kuat..
Masalah keluarga berpecah belah..itu umpama situasi normal... yang menjadi mangsa...anak2... duduk dgn atok nenek dan depa pulak menggalas tugas memcari duit menjaga org tua.. ada yang dapat bapak tiri yang kaki cabul...ada yang dapat mak tiri yang sekejam manusia mendera sampai jadi psiko...
Yang mak ayah masuk penjara kerana dadah... yang ayah masuk penjara kerana bunuh sang emak... yang emak terjun bangunan bunuh diri depan mata...yang ayah bunuh diri lari dari ah long.. yang emak kerja melacur bawak masuk rumah....yang pak cik mati kena tembak sebab gangster...yang ayah kaki pukul...halau anak keluar rumah tdo kat surau... yang anak OKU...tapi pada masa yang sama.perlu uruskan adik kerana mak lumpuh...
yang mak ayah tidak bekerja satu hal pulak.... ye... bab kewangan satu lagi kisah... kalau tgk bahagian pendapatan.. boleh termenung (yang kita kenal dan tak tipu pendapatan)..kadang2 isi rumah 5-6 orang..pendapatan bawah 1k... yang sikit lagi dari tu pun banyak... yang kisah convert agama...ada bin ke a/l...pun adaaaaa.... macam-macam kisah... kisah2 inilah yang banyak mengetuk hati memberi kesedaran...yang banyak membuat aku lebih menginsafi diri... yang menyedarkan bahawa BUKAN SAHAJA-SAHAJA ALLAH LETAKKAN AKU DI SINI...DENGAN TUGAS INI... DENGAN KISAH INI..semua hikmah tersusun rapi...
Kalau awal2 dulu...aku mmg garang..marah2... campak buku merata...tapi sekarang aku lebih pasif(mungkin sebab hormon mak2 sama)...kerana aku tau... aku bukan hanya perlu ajar akademik...tapi lebih dari itu...dulu aku stress kalau mai time exam.. tambah2 aku ajar subjek sains..*(subjek paling teruk kat sekolah selalu rotate...kalau bukan Sains..matematik..bertabah je la kami cikgu2 subjek Sc Math ni huhuhu)..xnampak bayang A...usah kata nak target A... target lulus je mampu.. % subjek lain dapat A lagi tinggi dari % lulus subjek sains...senak hati oooo. stress jiwa raga...tapi lama2 baru aku sedar... aku tak boleh berfokus untuk dapat A...aku kena fokus untuk ajar sains ni..supaya masuk dalam kepala mereka..untuk depa dapat apply dalam hidup..kalau bukam untuk dapat A pun..aku kena buka minda diorg tentang dunia...tentang kehidupan yang menunggu di depab..sekurangnya mereka tak tertipu dgn produk timbang kilo... tak kena tipu dgn MLM... tak jadi gangster...tak terlibat rasuah. Pandai bagi signal nak keluar simpang.. tak mengulat bila diberi kerja.. Nampak mcm senang....tapi susah...yang ni yang katanya menyantuni jiwa..
tugas utama aku.. aku perlu menyentuh jiwa mereka..jiwa2 yang kekurangan kasih sayang... jiwa2 yang kekurangan kerohanian... how? Dengan aku belajar untuk jadi lebih baik... untuk membawa orang ke arah kebaikan...aku sendiri perlu jadi baik.. dan sekarang... aku sendiri masih belum baik pun..masih bertatih tatih belajar untuk memperbaiki diri.. dari siapa aku iltizam untuk belajar jadi baik? DARI ANAK-ANAK MURID DAN ANAK2 AKU... sejujurnya pakaian aku pun agak senonoh sekarang sebab aku belajar dari anak2 murid... kalau mereka yang muda boleh pakai yang sopan.. kenapa tidak aku? jadi sebenanrnya.. hubungan cikgu dan murid adalah satu hubungan mutualisme...simbiosis.. saling memerlukan..saling belajar di antara satu sama lain. Aku jadi manusia baik. Anak-anak murid aku pun jadi manusia baik.
Aku jugak belajar... taknak terlalu stress tentang urusan kerja... buat setakat paling ikhlas untuk buat.. bukan semata2 mencari nama.. dan walau secemerlang mana pun kita jangan melabel orang lain tak bagus..sebab sama macam pelajar.. multiple intelligent.. mungkin ada bidang yang sebenarnya dia lebih baik dari semua orang. Sememangnya kerja itu sebagai ibadah...tapi jangan berlebih sehingga terabai keluarga. I've seen a few... yang bertungkus lumus menghambakan diri menjalankan tugas sebaik sesempurna mungkin...sekali dibisik cerita tak benar..terus pihak atasan berpersepsi terhadap beliau...sekali diberi ujian kesihatan..terus dibiar sepi.. lupa segala jasa... kawan2 takat mampu dtg melawat dua tiga bulan pertama...selebihnya ahli keluargalah yang menanggung dan menjaga.. oleh sebab itu..jaga kesihatan..jangan stress akibat kerja. Kerja lah dengan rasa seronok. Cari jalan untuk rasa seronok.
Kalau macam aku.. aku berseronok dengan pelajar. Aku tak stress.. students pun tak stress. Cari hikmah dan cuba positif.. result anak murid aku antara yang teruk dalam daerah..takpe..tu ujian...sekurang2 aku dapat rahmat... budak kat sekolah aku tak ramai...aku tak stress nak tanda paper dan buku latihan...hidup ini takde yang sempurna.. Ajar di SBP mmg nikmat bila compare dgn student aku..cikgu masuk tdo je pun budak still 100% lulus.. tapi bila dah masuk SBP,MRSM atau skolah pilihan..league dia lain...diorg stress duk kejar GPMP 2 pulak.. pendek kata.. mengajar kat mana2....stress dan cabaran tetap ada.. bergantung pada diri kita bagaimana untuk positifkan diri...
Dgn rakan sekerja... sempoi2... alhamdulillah...aku dikelilingi oleh kawan2 yang baik..yang banyak menyedarkan tentang tanggungjawab...level2 kakak and mak cik.. yang banyak mencari akhirat dari duniawi..
Kesimpulan selepas sedekad bergelar guru ialah.. IKHLASKAN hati dalam menjalankan tugas. Ikhlaskan hati sewaktu keluarkan duit sendiri... ikhlaskan hati bila melaksanakan kerja bukannya kerana ingin nama.. ikhlaskan hati ketika menasihati pelajar.. marah pun kena ikhlas hahahaha.. dan ikhlaskan hati sewaktu bersalam dan memeluk pelajar tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Jadi cikgu ni susah nak explain.. sebab tugas mendidik ni kompleks dan diskrit..takde manual. Sama macam kita mendidik anak/adik-beradik. Bezanya.. anak murid ni ramai. Kalau jadi emak kita dah pening kepala.. jadi cikgu..lagi ramai "anak" yang perlu dipening kepalakan. Jadi..kuncinya.. ikhlas dan doa. I'allah.. budi baik kita akan dikenang. Bukan ganjaran wang ringgit yang diharapkan sebagai balasan. Cukuplah andai kata suatu hari nyawa ini diambilNya... anak2 didik sudi mensedekahkan al-fatihah sebagai balasan di sana. Cukuplah ilmu yang di ajar diguna di jalan yang baik untuk menjadi saham di alam sana. Selepas sedekad, baru ku tahu apa impiankau.. bukan nama dan pangkat... tetapi ganjarannya untuk di sana. Semoga diri terus istiqomah.. masih ada baki 25 tahun untuk mendidik. Semoga setiap tahun aku akan menjadi lebih baik.
Terima kasih anak2 muridku.. kerana tanpa sedar... kalianlah yang menjadi guruku.
SELAMAT HARI GURU..
*10 tahun..mmg takkan dapat digambarkan dengan 1 entry.. ini hanyalah secebis kisah semata2...*
Jaga2...ini adalah panjang...
Almukaddimah..
Secara jujur menjadi guru bukanlah cita2 sebenar aku. Seharusnya cita2 utama nak jadi doktor. (Budak SBP mmg jarang lah impian sebenar nak jadi cikgu).. Sebab tu lah lepas SPM slumber derk je tolak TESL twinning New Zealand *(dapat interview je dulu tp tak pi...bukan dah betul berjaya dapat ahakz). Bila fikir "kalau" ada la unsur2 menyesal kan...tapi bila kembali ke qada dan qadar .. laluan yang Allah sediakan tu paling bagus.. paling utama.. jumpa JODOH sebab pergi matrik dengan Asiah yang merangkap prakmate MrAF yang menjadi asbab kami boleh berkawan ahahaha..
Sehinggalah masa matrik.. result tak berapa nak 4 flat kan.. mmg tak mimpilah nak apply medic IPTA..kalau nak apply yg private bolehla..tp parentsku bukak golongan have2..jenuh nak bayar yuran.. lagipun...sejenis bukan jiwa kental...nenek suruh cucuk insulin dia aku dah bertempiaran lari.. luka kena pisau pun aku dah seriau nak tengok..ada hati nak ambik medic konon kahkahkah....maka masa isi UPU tu.. mmg isi pendidikan...semua pendidikan... sebab...
1. Dalam jiwa mmg takde sekelumit cinta dgn kerjaya Engineering... (tapi rupa2nya wujudnya cinta pada Mr Engineer kahkahkah.. )
2. Mak suruh... sesuai untuk orang perempuan.. banyak masa untuk rumah tangga *(ini akan ada satu entry khas nanti).
3. Cikgu paling secure. Habis study je automatik boleh kerja. Tak payah nak buat resume pergi interview bagai *(pada masa itu..tak bertahan sampai aku graduate pun..dah timbul isu cikgu menganggur). TESL pun tak mintak sebab tak suka nak gi interview.
4. Influence kakak.. yeah.. kakak aku mmg memberi infliuence yang besar dlm hidup aku. So kepada anak2 sulung..ingatlah..MEMANG anda merupakan teladan untuk adik2..
Rezeki Allah permudahkan. Dapat 1st choice. Sarjana Muda Sains dan Pendidikan USM.. sama macam kakaknda ku ahakz.. kan dah kata kakakku memberi influence yang besar hehehe..
Bermula kisah belajar di USM.. Alhamdulillah.. semua berjalan lancar walau kadang2 terpalit luka di jiwa konflik dengan lecturer and students2 pure science & applied science yang memandang rendah pada geng2 "cikgu" yang menumpang belajar paper sains huhuhu... tapi yang baik tu ada...lagi ramai...tapi biasalah.. aku kan manusia normal..lebih gemar nak ingat dan ungkit yang tak best je ahahaha... ;p
JADI CIKGU PRAKTIKAL
Pengalaman praktikal agak menarik. Giler... jadi cikgu praktikal paling best... students paling sayang cikgu praktikal lah ahahaha.. biasalah.. 1st time masuk sekolah..semangat lebih sikit.. tugas2 lain mana banyak.. 200% hadap anak murid.. 10 waktu sminggu lak tu..
Benda tak boleh lupa masa zaman praktikal : kisah skandal cikgu tua dgn cikgu praktikal. Bukan sekolah panglima tp sekolah berhampiran. Gossip hangat kami masa tu ahahaha..katanya dah selamat kahwin...tak tau la pulak.
Habis praktikal...habislah 8 sem pengajian di bumi USM yang indah nak permai. So far belajar takdelah susah sangat.. bolehla nak skor dean 2-3 kali. Ini juga rezeki yang membawa jalan kepada dapat biasiswa KPM maka takde hutang PTPTN... dan juga membawa jalan kepada tak perlu interview untuk posting. (Masa tu tahun 2008. Siapa yang pointer 3.5 ke atas tak perlu interview untuk posting. Hal posting dah jadi isu pengangguran masa tu. Ada batch sebelum kami.. 2 tahun tak posting.Nasib baik batch kami menganggur dalam 6 bulan je).
Hal posting pun mendebarkan..of course takut dapat posting di kawasan pedalaman. Aku ni mmg kurang ikhtiar hidup, sebab tu duk berdebar je kalau kena kawasan naik boat ke..takde elektrik ke.. tambah2 ada 2,3 orang sepupu ku yang posting sabah serawak. Tapi dah kita ni mentimun...dapat mana2 pun redha je lah.. berdoa je la untuk rezeki terbaik.*(masa interview biasiswa KPM bukan main dengan konfiden jawab "saya sanggup terima di mana sahaja ditempatkan walau di kawasan pedalaman kerana tugas guru adalah untuk mendidik anak watan"...perghhh... tapi aku syak tukang interview tu pun gelak je dalam hati dengar jawapan2 cliche candidates. Salut untuk semua guru di kawasan pedalaman..jiwa kalian sangat murni dan kental.)
JADI GURU GANTI
Sementara nak tunggu posting tu.. aku sempat la jadi cikgu ganti di KL...sekolah kakak aku kihkihkih... kat sekolah ni gempaq.. farewell event pun buat kat KL Tower...masa tu farewell salah sorang pentadbir...sempat la aku menumpang sekaki....wow.. tp budak2 dia pun bkn budak biasa2.. mmg kne persediaan mantap mental dan emosi. Kat sini aku tgk mcm mana life budak2 bandar...bercampur pelbagai agama dan budaya... kat sini baru aku tau aku tak boleh sebut "lepas spm pergi matrik" sebab ramai akan marah..kat sini aku knal kisah2 sosio masyarakat... Kat sini bila jadi guru ganti...dpt dgn tugas2 khas dia sekali... baru la merasa alam kerja cikgu yang sebenar..bukan seindah praktikal..pastu ganti ajar subjek fizik pulak...aku tak tau la apa aku membongak kat budak2 tu ahaha.. *(salah sorg dalam kelas tu jadi artis..xnak sebut nama hehehe)..jenuh weih study malam2.. dah la xminat fizik sebab tu relate balik dgn xminat engineering.. nak nangis rasa huhuhuhu... msa ni dpt kelas f3 yg plg blkg.. yg budak kurang ajar xtau nak ckp mcm mna msa tu ( takde pengalaman.. praktikal depa xbg kelas hujung..kesian klu lecturer pantau) ... kdg2 kluar kelas rasa nak terjun bangunan hohoho.. ironinyalah.. iman ada lagi...but well...org kata..pengalaman mematangkan hidup...ilmu2 dari situlah aku guna utk adapt dgn kerenah sekarang...masih lg kontek dgn student masa ganti sini hehehehe..
1st POSTING
Akhirnya dapat surat penempatan di Negeri Perak pada November 2008. Dah lega dpt semenanjung....pastu mai cuak pulak kot dpt pedalaman mana2.. duk harap Parit Buntar la.. (masa ni mmg dah duk Parit Buntar dgn abang). Masa hari berkumpul kat Ipoh... bukak2 surat...Kerian. Tengok sekolah. SMK Alang Iskandar, Bagan Serai. Di saat orang lain semua bergembira (tahun tu.. Perak panggil semua yang mana alamat Perak..postingkan di Perak..dkt alamat masing2.. aku guna alamat abang..Parit Buntar.. kawan aku alamat Bandar Baharu, Kedah yang sempadan Parit Buntar kena posting KL). Semua orang lain bergembira sebab 99.99% dapat dekat rumah masing2. Aku 2 orang je yg muka murung.. 1 kawan aku..dia orang Selama sedih sebab dpt dekat dgn rumah dia..dia nak jauh ahahahaha..lps tu aku lah.. sedih sebab harap Parit Buntar tp dpt Bagan Serai..dlm kepala mcm mana la nak pi sekolah..sejenis yang tak drive aku nih..
Tapi sungguh perancangan Allah tu yang terbaik. Oleh kerana nak berulang dari PB ke Bagan Serai (tak nak menyewa kat Bagan Serai)... maka bulan depan tu jugak gi cari kereta murah2... bertemu jodohlah dgn toyol... maka elok je aku drive...dari yg xpernah drive lps lulus test. Di SMKAI jugaklah dpt pengalaman menghadapai situasi histeria hohoho.. Dan di SMKAI jugak ditemukan dgn kawan2 yang best.. masih lagi BFF smpai skrg..masa ni muda.. energy banyak.. masuk gate 6.30 pagi keluar gate 6.30 ptg pun takde masalah.. otak semua gelong ngokngek semua... masa ni belajar tentang ISO sbb sekolah baru apply.. menggigih semua org mengadap fail. Asal kne bawak budak.. laju je sanggup...kira asal dgn geng.. msa tu komitmen keluarga xde... masa tu kerja dgn tulus...semua ikut buku dan cepat dan tangkas lah pendek kata..masa tu tak kenal erti penat.masa tu naif tak tau lagi ttg politik tempat kerja..
4 tahun di SMKAI... aku mintak pindah ke Parit Buntar...rezeki mengandung kot..sekali mintak terus dapat... nangis sedih pulak kena pindah huhuhuhuhu...pejam celik pejam celik...dah 6 tahun aku kat SMK Pekan Baru. Dah sebati dlm jiwa dah...kawan baru..suasana baru.. kat sini suasana lain dari SMKAI.. kat SMKAI...aku ramai rakan sebaya...kat sini...skrg ni aku no 3 muda.. huhuhu.. cikgu2 senior semua.. nnt aku cerita kat bawah. Kat SMKAI budak estet...sini budak pekan..budak flat..
awal2 posting mcm terlampau dibayangi kemodenan... ala.. pemuja Tun M masa tu...semua maju pantang mundur pandang Jepun kaedah dia.. mcm kenapa attedance tulis dgn pen..?? zaman orang dah guna finger print..sini punch card pun tak.guna lagi... *(tapi skrg baru aku sedar betapa leisurenya zmn attendance tulis pen huhuhu... takdelah lewat sesaat pun merah...lps tu..tgk yg merah je..xkira dah sesaat ke apa..balik.lambat tak kira pulak.. huhuhu)
Selain itu..selaku budak SBP... girl school pulak...sungguh..aku rasa macam kejutan budaya...
1. Dengan cara perhubungan budak lelaki dan perempuan...macam takde batas...tak tau mmg budak.zaman skrg or dari dalu kalau sekolah campur mmg macam tu.. hal bercinta tak payah ceritalah.. tingkatan 1 dah ada 6 ex-bf....nak pengsan aku rasa....yang umur 15 tahun kena tahan kes rogol pun ada..aduiii... yang f2 kantoi vdeo pelik2 boleh cakap "saya cintakan dia dan akan kahwin dgn dia"... 3 bulan lps tu dgr clash.. tepuk dahi weih..
2. Sekolah harian kat kawasan pekan kecil... budak mmg malas belajar sungguh...berbeza dgn masa aku skolah...rasa dulu aku ni nakal and pemalas dah.... tp anak2 murid aku..masha allah... mmg takde.usaha langsung.. buku xde..impian takde... mmg stress awal2 tu..tapi lps tu baru aku tau..sosioekonomi puncanya... aku dari kecik mak ayah mmg dah bg tugas belajar je.. masuk SBP mmg jadual belajar je.. tapi bukan anak murid aku..demi kelangsungan hidup.. depa kena kerja.. malam kerja.. tu dtg skolah lena..kerja ladang pun ada.. balik sekolah masuk ladang...mmg kirim salam lah nak buat homework or nak ulangkaji... ada student aku asyik tdo manjang dalam kelas.. bila tanya katanya balik pkul 1-2 pagi..kerja kedai makan. "Ayah kamu tak marah ke kamu balik lewat malam?" Hebat je aku tnya.. "saya kerja kat kedai ayah saya lah tu cikgu"....huuu...apo nak dikatoooo...
3. Sekolah harian terlampau disuap... kelab persatuan cikgu yang incharged... fail...papan kenyataan... padahal aku masa zaman skolah... hal2 kelab persatuan ni kami pelajar je yang uruskan.. skrg aku dah jadi cikgu..aku pulak nak kena buat? Oh memang tidaklah.. nasibla budak2 bawah aku..aku serah je kat depa.. kena la latih utk bertanggungjawab...kena tau erti kata sebenar kawatan yang korang sandang tu.
Habis cerita kejutan budaya.. sambung dgn khayalan aku bila mula2 jadi cikgu..
Terbawa2 dgn NAK NAMPAK GAH.. nak jamuan akhir tahun kat hotel gah2.. nak tema gempaq2..nak acara kat skolah biar meletop kebaboom extravaganza.. sbb nak ambik gmbr nak boh kat FB nak biar orang nampak jd cikgu pun hebat.. meletop kebaboom....masa tu mcm takleh terima bila ada cikgu2 mcm taknak or membantah.... aku mcm eh..kampungnya.. annual dinner pun kalau boleh nak kat kantin skolah je.. alu mcm tak boleh hadam... tapi lepas sedekad..aku pun dah join kategori xlarat nak layan "kegah han"...baru rsa penat.. baru rsa menyampah...klu 4-5 tahun sekali okay.. tapi ni tiap2 tahun..setahun 4,5,6 kali event..rasa xlarat... rasa penat..tiap2 tahun jadi.beban pulak nak kena bersiap nak gi dinner bertema2.. rasa tak nak gah ni adakah seiring dengan usia? Maybe.
Satu yang aku perasan.. zaman media sosial ni kadang2 menjatuhkan imej guru.. dgn duk bersaing buat video menari2 lagu raya... duk saling upload gambar sambutan hari guru yang bertema dan bercostume pelik2.. kadang aku sendiri yang tengok pun rasa malu.. apatah lagi kalau yg bukan cikgu...yang suka cari salah cikgu lagilah kan.. ini pendapat peribadi aku lah.. call me tak sporting..as i call you unprofessional.
Ha.. masa awal2 posting ni.. giler... dalam hati dan minda... "aku nak jadi pengetua...takpun pegawai kat JPN"... bukan apa..mentaliti aku masa tu.. kerja cikgu (comparing myself to my schoolmates yang jd PTD,doktor, pharmacist,etc) ...kerja cikgu paling lekeh.. ala2 diri sendiri pun malu la kaedahnya (punya teruk perangai)... bukan tak ikhlas.. aku suka jadi cikgu..suka sgt mengajar dan terjebak dalam dunia students... cuma rasa ala rendah diri.. (padahal takde orang kutuk pun..it's juat konflik jiwa dalaman... tapi maybe sebab aku mnyampah dari zaman study bila sebut course pendidikan... reaksi dgn bahasa muka "oooooooo.....chekgu..."... sumpah membencikan..).. so ala2 menanam tekad lah.. taknak pencen as cikgu..paling koman pengetua.. berangan nak masuk kerja kat PPD...boleh pakai smart2... kerja ofis hour.. TAPI ITU DULUUUUUUU..... sekarang setelah sedekad.. SUMPAH menyesal pernah berfikiran mcm tu...dan.. takde sekelumit dah pun impian nak jadi pentadbir atau join bahagian pengurusan. Aku dengan bangganya isytihar aku cikgu..Impian sekarang.. SAMPAI PENCEN NAK BERJAWATAN SEBAGAI GURU BIASA. Aku tak nak stress dgn hal2 pentadbiran dan pengurusan.. nak santai2 je.. walau dah tua takde orang tunduk hormat pun takpe.. tak dpt red carpet or paluan kompang pun takpe.. makan buffet xde meja VIP pun xpe.. hehehehe..
Sedekad menjadi cikgu..
Banyak benda aku belajar... yes... cikgu pun kena belajar... belajar tentang kehidupan... dari siapa? Semestinya dari rakan-rakan sekerja, anak murid dan masyarakat.
10 tahun bergelar cikgu.. aku sedar... betapa teruknya masalah sosial kita..dan dari situ...aku belajar yang anak-anak didik aku...hidup mereka jauh lebih mencabar dan berliku dari hidup aku...dan mereka kuat..
Masalah keluarga berpecah belah..itu umpama situasi normal... yang menjadi mangsa...anak2... duduk dgn atok nenek dan depa pulak menggalas tugas memcari duit menjaga org tua.. ada yang dapat bapak tiri yang kaki cabul...ada yang dapat mak tiri yang sekejam manusia mendera sampai jadi psiko...
Yang mak ayah masuk penjara kerana dadah... yang ayah masuk penjara kerana bunuh sang emak... yang emak terjun bangunan bunuh diri depan mata...yang ayah bunuh diri lari dari ah long.. yang emak kerja melacur bawak masuk rumah....yang pak cik mati kena tembak sebab gangster...yang ayah kaki pukul...halau anak keluar rumah tdo kat surau... yang anak OKU...tapi pada masa yang sama.perlu uruskan adik kerana mak lumpuh...
yang mak ayah tidak bekerja satu hal pulak.... ye... bab kewangan satu lagi kisah... kalau tgk bahagian pendapatan.. boleh termenung (yang kita kenal dan tak tipu pendapatan)..kadang2 isi rumah 5-6 orang..pendapatan bawah 1k... yang sikit lagi dari tu pun banyak... yang kisah convert agama...ada bin ke a/l...pun adaaaaa.... macam-macam kisah... kisah2 inilah yang banyak mengetuk hati memberi kesedaran...yang banyak membuat aku lebih menginsafi diri... yang menyedarkan bahawa BUKAN SAHAJA-SAHAJA ALLAH LETAKKAN AKU DI SINI...DENGAN TUGAS INI... DENGAN KISAH INI..semua hikmah tersusun rapi...
Kalau awal2 dulu...aku mmg garang..marah2... campak buku merata...tapi sekarang aku lebih pasif(mungkin sebab hormon mak2 sama)...kerana aku tau... aku bukan hanya perlu ajar akademik...tapi lebih dari itu...dulu aku stress kalau mai time exam.. tambah2 aku ajar subjek sains..*(subjek paling teruk kat sekolah selalu rotate...kalau bukan Sains..matematik..bertabah je la kami cikgu2 subjek Sc Math ni huhuhu)..xnampak bayang A...usah kata nak target A... target lulus je mampu.. % subjek lain dapat A lagi tinggi dari % lulus subjek sains...senak hati oooo. stress jiwa raga...tapi lama2 baru aku sedar... aku tak boleh berfokus untuk dapat A...aku kena fokus untuk ajar sains ni..supaya masuk dalam kepala mereka..untuk depa dapat apply dalam hidup..kalau bukam untuk dapat A pun..aku kena buka minda diorg tentang dunia...tentang kehidupan yang menunggu di depab..sekurangnya mereka tak tertipu dgn produk timbang kilo... tak kena tipu dgn MLM... tak jadi gangster...tak terlibat rasuah. Pandai bagi signal nak keluar simpang.. tak mengulat bila diberi kerja.. Nampak mcm senang....tapi susah...yang ni yang katanya menyantuni jiwa..
tugas utama aku.. aku perlu menyentuh jiwa mereka..jiwa2 yang kekurangan kasih sayang... jiwa2 yang kekurangan kerohanian... how? Dengan aku belajar untuk jadi lebih baik... untuk membawa orang ke arah kebaikan...aku sendiri perlu jadi baik.. dan sekarang... aku sendiri masih belum baik pun..masih bertatih tatih belajar untuk memperbaiki diri.. dari siapa aku iltizam untuk belajar jadi baik? DARI ANAK-ANAK MURID DAN ANAK2 AKU... sejujurnya pakaian aku pun agak senonoh sekarang sebab aku belajar dari anak2 murid... kalau mereka yang muda boleh pakai yang sopan.. kenapa tidak aku? jadi sebenanrnya.. hubungan cikgu dan murid adalah satu hubungan mutualisme...simbiosis.. saling memerlukan..saling belajar di antara satu sama lain. Aku jadi manusia baik. Anak-anak murid aku pun jadi manusia baik.
Aku jugak belajar... taknak terlalu stress tentang urusan kerja... buat setakat paling ikhlas untuk buat.. bukan semata2 mencari nama.. dan walau secemerlang mana pun kita jangan melabel orang lain tak bagus..sebab sama macam pelajar.. multiple intelligent.. mungkin ada bidang yang sebenarnya dia lebih baik dari semua orang. Sememangnya kerja itu sebagai ibadah...tapi jangan berlebih sehingga terabai keluarga. I've seen a few... yang bertungkus lumus menghambakan diri menjalankan tugas sebaik sesempurna mungkin...sekali dibisik cerita tak benar..terus pihak atasan berpersepsi terhadap beliau...sekali diberi ujian kesihatan..terus dibiar sepi.. lupa segala jasa... kawan2 takat mampu dtg melawat dua tiga bulan pertama...selebihnya ahli keluargalah yang menanggung dan menjaga.. oleh sebab itu..jaga kesihatan..jangan stress akibat kerja. Kerja lah dengan rasa seronok. Cari jalan untuk rasa seronok.
Kalau macam aku.. aku berseronok dengan pelajar. Aku tak stress.. students pun tak stress. Cari hikmah dan cuba positif.. result anak murid aku antara yang teruk dalam daerah..takpe..tu ujian...sekurang2 aku dapat rahmat... budak kat sekolah aku tak ramai...aku tak stress nak tanda paper dan buku latihan...hidup ini takde yang sempurna.. Ajar di SBP mmg nikmat bila compare dgn student aku..cikgu masuk tdo je pun budak still 100% lulus.. tapi bila dah masuk SBP,MRSM atau skolah pilihan..league dia lain...diorg stress duk kejar GPMP 2 pulak.. pendek kata.. mengajar kat mana2....stress dan cabaran tetap ada.. bergantung pada diri kita bagaimana untuk positifkan diri...
Dgn rakan sekerja... sempoi2... alhamdulillah...aku dikelilingi oleh kawan2 yang baik..yang banyak menyedarkan tentang tanggungjawab...level2 kakak and mak cik.. yang banyak mencari akhirat dari duniawi..
Kesimpulan selepas sedekad bergelar guru ialah.. IKHLASKAN hati dalam menjalankan tugas. Ikhlaskan hati sewaktu keluarkan duit sendiri... ikhlaskan hati bila melaksanakan kerja bukannya kerana ingin nama.. ikhlaskan hati ketika menasihati pelajar.. marah pun kena ikhlas hahahaha.. dan ikhlaskan hati sewaktu bersalam dan memeluk pelajar tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit. Jadi cikgu ni susah nak explain.. sebab tugas mendidik ni kompleks dan diskrit..takde manual. Sama macam kita mendidik anak/adik-beradik. Bezanya.. anak murid ni ramai. Kalau jadi emak kita dah pening kepala.. jadi cikgu..lagi ramai "anak" yang perlu dipening kepalakan. Jadi..kuncinya.. ikhlas dan doa. I'allah.. budi baik kita akan dikenang. Bukan ganjaran wang ringgit yang diharapkan sebagai balasan. Cukuplah andai kata suatu hari nyawa ini diambilNya... anak2 didik sudi mensedekahkan al-fatihah sebagai balasan di sana. Cukuplah ilmu yang di ajar diguna di jalan yang baik untuk menjadi saham di alam sana. Selepas sedekad, baru ku tahu apa impiankau.. bukan nama dan pangkat... tetapi ganjarannya untuk di sana. Semoga diri terus istiqomah.. masih ada baki 25 tahun untuk mendidik. Semoga setiap tahun aku akan menjadi lebih baik.
Terima kasih anak2 muridku.. kerana tanpa sedar... kalianlah yang menjadi guruku.
SELAMAT HARI GURU..
*10 tahun..mmg takkan dapat digambarkan dengan 1 entry.. ini hanyalah secebis kisah semata2...*
Ulasan
Catat Ulasan