SENARAI DRAMA KOREA YANG MENARIK UNTUK DITONTON

Bismillahirramanirrahim.

Ha, kalau yang memang kenal aku, konfem tau dah tau aku ni peminat drama korea, dari zaman sekolah lagilah. Tapi masa tu tak banyak pilihan sangat, yang glamour masa tu Winter Sonata dengan Autumn In My Heart. Aku tak suka Winter Sonata hahaha, maaflah aku ni tak mengikut hukum alam. Jadi senarai drama aku ni pun, yang best bagi aku, tp kalau korang sejenis hati Winter Sonata mungkin tak akan gemar la kot pilihan aku.

Sebab tu aku tak berapa tengok drama melayu sebab tak mencapai standard penghayatan aku lah. Yang aku tengok tu, mesti the best la, contohnya Tak Ada Cinta Sepertimu, Teman Lelaki Upahan & Si Kolot Itu Suami aku. Plot kemas dan ada nilai tersirat.

Drama yang aku suka korea or melayu, dipengaruhi oleh faktor hero dan plot. Tapi aku lebih mengutamakan plot dan kelogikan cerita tu lah. Aku tak suka drama yang berat-berat sangat sebab aku tengok drama untuk santai, kalau makin tengok makin stress aku tak suka, tapi kalau plot dia memang tip top, aku tengok. Memang pangkah terus kalau cerita jenis heroin yang konon naif tapi sebenarnya bodoh. Sorry, saya sukakan watak-watak yang cerdik, watak sampingan pun wajib cerdik, yang jenis bagi nasihat-nasihat berguna bukannya tak berfungsi.  Konsep dia, kalau nak buat drama bodoh, biar bodoh sungguh-sungguh tak masuk akal terus macam Kampung People tu. Jangan campur-campur antara realistik dgn tak masuk akal, aku xboleh terima.

Ooopss..maaf terbebel panjang. Maka sekarang kita terus ke senarai-senarai drama yang berbaloi untuk ditonton.

Itaewon Class - AsianWiki
Rindu pulak bila nampak Namsan Tower . Kenangan tunggu bas dalam salji di Itaewon dengan geng ngokngek hehe. 
Untuk tahun 2020, yang wajib korang tengok ialah Itaewon Dreams. Kisah dia kalau korang pernah tengok Brilliant Legacy, maka korang akan suka drama ni. Plot Best, tak terlampau kisah cinta hero heroin. Cerita ni bestlah, ala-ala plot manga. Kisah macam mana hero yang teraniaya cuba untuk bangkit tapi dengan cara yang penuh kejujuran dan beretika. Cerita ni memang perfect 10 kalau dia tak angkat isu transgender tu. Jangan lupa sedia tisu, sebab dia akan selalu muncu air mata tanpa diduga.  OST dia best especially lagu GAHO tu.



Hyun Bin hansem satu lagi faktor dia. 

No 2 di Netflix ialah Crash Landing On You. Cerita ni mengisahkan percintaan heroin dari Korea Selatan dengan Hero dari Korea Utara. Cerita ni santai-santai, kelakar bengong-bengong. Part "hati kapitalis" memang lawak giler tapi tu lah, cerita ni memang fokus pada kisah cinta la, logiknya kelaut dalam. Kalah cerita tamil dan hindustan bila bab demi cinta hero dan heroin ni huhuhu. Cuma aku rasa, kalau orang korea utara tengok ni, paling kurang 3-4 bijik dia hantar bom atom ke Korea Selatan hahaha.

Descendants of the Sun - 태양의 후예 - Watch Full Episodes Free ...
The beginning of Song Song couple.
Kalau suka genre askar-askar tapi lebih serious dan logik akal sikit daripada Crash Landing On You, semestinya Descendant Of The Sun adalah pilihan tepat. Secara peribadi, aku memang lagi suka DOTS daripada CLOY. Tapi ini drama lama, tahun 2015 kalau tak silap. Drama ni lah yang memulakan kisah cinta Joong Ki denga Song Hye Kyo dan 2019 berpisah jua dah. Itulah orang kata, hansem, cantik, kaya, glemer bukan penentu keserasian. Eh, apa aku merapu kisah rumahtangga pulak ni.

Confession Couple - Wikipedia
Sila tonton, konfem tak menyesal.
Okay, sebut rumahtangga. DRAMA NOMBOR SATU YANG AKU NAK RECOOMEND KORANG TENGOK IALAH GO BACK COUPLE.  Menampilkan Jang Nara, The Successful of Brilliant Girl suatu ketika dulu. Cerita ini memanglah sangat-sangat sesuai ditonton oleh jiwa-jiwa yang dah berumahtangga 4-5 tahun sebab situasi dia macam real, memang kena sangat lah. Cerita ni paling banyak pengajaran kita bleh belajar, banyak kata-kata yang deeps especially kisah dia dengan mak dia, pendek kata memang perfect 10 cerita ni. Remaja-remaja muda belia takkan suka cerita ni, ini memang untuk wanita-wanita. Jangan lupa sedia tisu, sebab korang akan menangis tanpa disangka-disangka sebab babak-babak dia banyak lah yang mencengkam jiwa.


Kalau nak cerita yang memang betul-betul sedih tak boleh bawak bincang punya, aku akan teringat cerita GREEN ROSE.
Green Rose - Wikipedia
Cerita ni memang sedih weih, sampai sekarang kalau terdengar muzik OST dia pun, rasa sedih tu terus datang menerpa. Memang kesan mendalam sungguh dia tinggal. Kisah percintaan terhalang akibat dua darjat, hero kena bunuh tapi terselamat dan dia datang untuk balas dendam dan kembali kepada heroin, Lee Da Hea.


Sebut Lee Da Hea ni, aku memang suka sungguh-sungguh drama My Girl. Ha, masa tu zaman kat universiti, memang gila-gila ah wave My Girl ni. Hero hansem, Lee Dong Wook. Nama Gong Chan di bibir semua hahahaha. Sampai sekarang aku panggil Lee Dong Wook Gong Chan dan kalau yang kenal tu maksudnya memang hidup zaman MyGirl la tu.
My Girl (2005 TV series) - Wikipedia

Drama ni kelakar, sedih, dan menghiburkan. OST dia semua best-best. Ada dalam playlist aku sampai sekarang hahaha.

Ok, sekarang kita berkisar kepada Lee Dong Wook. Walau fanatik, tapi tak semua drama dia aku suka, contohnya GOBLIN.
Guardian: The Lonely and Great God - Wikipedia

Aku tak tau kenapa ramai orang suka drama ni, aku tengok sipa terlena, tengok tu semata-mata nak tengok Gong Chan je setelah sekian lama dia tak muncul dalam drama ahakz. Bagi aku cerita ni terlalu slow, aku kurang gemar. Aku suka cerita yang plot dia laju.

Selepas Goblin, Lee Dong Wook muncul dalam TOUCH YOUR HEART.
6 Things We Found Sunny Or Grim About The Premiere Episodes Of ...

Cerita ni kelakar sweet-sweet so bolehlah di layan. Kisah Lawyer yang kejung dengan heroin yang ala-ala bimbo. Seusai sangatlah dengan si Sunny tu, mmemang korang tersenyum tergelak dekah-dekah la. Yang penting, Gong Chan hahahaha. Genre bercinta rahsia-rahsia memang seronok.. kalau yang jiwa bujang tengok terbua-buai, tapi kalau dah kahwin tgk, rsa triggered la jugak, kes-kes curang ni muncul sebab  ni lah, kesweetan fasa bercinta sorok-sorok. kan? kan?  Eh, mood swing seorang wanita, tiba-tiba rasa geram.

Lee Dong Wook memang watak dia lalaki hansem yang kurang berperasaan tapi macho penuh karisma. Sama macam MrAF lah. Eh 😝

Drama korea yang kisah lawyer ni pun banyak, tapi ada dua yang aku paling suka. Nombor 1 SUSPICIOUS PARTNER sebab Ji Chang Wook!!!

www.gstatic.com/tv/thumb/tvbanners/14113895/p14...
Genre lawyer dan cinta tapi best sebab tak balance. Boleh rasa cinta dia tu hanya dari renungan mata...cheeeyyyy hahaha.

Yang nombor dua ialah DIVORCE LAWYER IN LOVE.
New Drama Alert: A Divorce Lawyer in Love
Drama romantik kelakar-kelakar tapi sweet. Hero ni 1st time aku tengok tapi hansem ahahaha. OST dia pun jadi fav.

Ada satu drama kelakar giler , tajuk dia MODERN FARMER.
Modern Farmer uploaded by Tabi ♡ on We Heart It
Kisah dia artis tapi kena jadi petani kat kawasan kampung. Yang ni memang kelakar bodo sungguh la, kisah ko tengok jangan simpan dalam kepala cari logik ke apa, just gelak je. Ala-ala geng korea utara 4 orang dalam crash landing on you tu hahaha.

Kalau nak cerita epic, SCARLETT HEART lah the best. 1st time berkenalan dengan IU drama ni lah.
ScarletHeart Trending Worldwide On Twitter, After Moon Lovers ...
barisan pelaon-pelakon yang hansem.

Cerita ni meamng worth to watch Kalau belum tengok WAJIB  tengok. Bermacam-macam emosi dalam drama ni dan yang utama, dapat rasa betapa terpenjaranya kalau jadi golongan istana dulu kala.  Sebab drama ni aku google sejarah Korea hahaha. Sila sedia tisu jugak tengok cerita ni.

Satu lagi filem epic yang perlu ditonton ialah MOON EMBRACING THE SUN.
Moon Embracing the Sun - Wikipedia

sedia tisu juga ye kalau nak tengok.

Hero fav nombor dua selepas Gong Chan ialah Lee Min Ho. Macam biasa, mula berkenalan dalam drama BOYS OVER FLOWER. Wajiblah ditonton sebab remake of Mateor Garden drama kegilaan masa sekolah menengah.
Boys Over Flowers: 10 Years On - MyDramaList

Jadi ini adalah drama remaja.


Sama juga dengan drama PLAYFULL KISS, yang remake Drama Jepun KISS. Irie Naoki @ Kotoko !!!
Try Again (Ost Playfull Kiss) – Pink Toniq [Romanji+English ...
Genre remaja. 

Lee Min Ho, drama The Heirs pun bolehla, tapi macam drama cliche sangat.
The Heirs (2013) - MyDramaList

Lagi suka drama PERSONAL PREFERENCE.
Personal Taste - Wikipedia
Drama kelakar bodo-bodo sebab ingat Min Ho gay. Heroin dia ni cerita Crash Landing On You.


Back to number one  di atas tadi, Itaewon Class, kisah dia genre sama macam BRILLIANT LEGACY
Shining Inheritance (TV Series 2009) - IMDb

Kisah dia dari anak orang kaya, jatuh miskin terduduk dan terpaksa survive dan kembali berjaya. Mmemang sedia tisu banyak-banyak juga tengok cerita ni, tapi puas hati. Dalam drama ni baru berkenalan dengan Lee Seung Gi.

Lee Seung Gi tgh hit drama VAGABOND sekarang.
The review of Vagabond and the increasing popularity of Korean ...
 Cerita ni cerita berat sikit, so aku tak tengok lagi, tunggu nanti-nanti nak cuba tengok juga sebab rate tinggi juga di Netflix ni. Orang pun ramai suggest tengok. Lee Seung Gi biasanya tidak mengecewakan.

Li Seung Gi ni  glamour drama MY GIRLFRIEND IS GUMIHO. Haa, cerita ni kelakar. Gumiho tu monster, tp menjelma bentuk manusia.
My Girlfriend is a Gumiho - Trakt.tv
Hujung-hujung tu ada la part yang sedih.  Kira cerita modern tales la nih.

Modern Tales ni sama macam LEGEND OF THE BLUE SEA.
The Legend of the Blue Sea (2016) - MyDramaList

Drama ni ada back to the zaman dulu kala ala-ala Scarlet Heart sikit-sikit . Tapi dia banyak di dunia moden juga. Leboh kepada jamu mata tengok Mon Ho je jugak sebenarnya ahahaha.

Cukuplah beberapa senarai ni kalau korang nak tengok. Banyak lagi, tapi tak mampu dah nak sebut macam SHE WAS PRETTY pun best.
She Was Pretty | AsianCrush

Park Seo Joon ni hero Itaewon Class. Kalau drama dia berlakon, sila tengok, memang tidak mengecewakan. Banyak macam What's Wrong With Secretary Kim, Fight For My Way. Kira top Hero jugak ni. Bukan kira lah, memang top hero sekarang. Erina peminat nombor satu Park Seo Joong ni hahaha.

Lupa. satu drama yang menimbulkan fenomena dulu.. FULL HOUSE. Kiranya come back untuk Song Hye Kyo selepas drama Autumn In My Heart. DOTS tu fasa comeback ke dua.
K-drama masterpieces (3): 'Full House' : Korea.net : The official ...
Cerita sweet-sweet bercinta rahsia-rahsia jugak. Masa tengok ni masa zaman duk bercinta dengan MrAF, so manjang rasa sweeeeeeeeeet je la tengok cerita ni hahaha.

 Macam aku pun, banyak tanya sepupu-sepupu dan anak-anak murid, and boleh dah duk tanya-tanya si Erina & Erisya  sebab fasa remaja lagi up to date pasal drama terkini, dah tua ni dia slow sikit. Masa muda-muda dulu, 16 episod boleh habis dalam 36 jam hahaha, sekarang ni 16 episod makan 3-5 hari jugak lah baru nak boleh habis ahakz. Bukan apa, banyak lagi urusan lain yang perlu lebih diutamakan dari mengadap drama korea. Cuma yang tak berubah, aku tak boleh tengok kalau drama tu masih on air, sejenis tak sabar menunggu Better tunggu dah habis on air so boleh marathon full episode tanpa ternanti-nanti. Penantian itu suatu penyeksaan tahu!!

Cuma sebenarnya drama korea ni macam xbest dia sebab diabanyak sangat acara mabuk. Cerita hollyeood tak macam ni, cerita korea banyak. Bab-bab macam ni lah risau kalau remaja-remaja yang kurang IQ dan kurang iman tengok, boleh membawa kepada masalah sosial.

Jadi yang mana yang buruk, babak-babak melampau tu, tak payah la ikut.

Nak minat boleh asalkan jangan sampai jd fanatik ntah apa-apa. Rilek-rileks sudah, xpayah la melebih-lebih dalam puja artis korea or mana-mana artis lah, termasuk artis tempatan.

Ini asal artis je, semua betul semua baik kaedahnya. Artis jual.vape pun tak pe. Apa artis jual maka semua berebut beli, hujung-hujung cerita, diorang hidup mewah, korang ikat perut 😅

Pendek kata..dalam drama..dalam realiti.. yang penting.. kena BIJAK.

Ok lah, sekian dulu. Selamat menonton, bye-bye..!!

Ulasan

Catatan Popular