RIPHAIE IS 3...!!!!

Tahun ni.. Walau baru masuk umur 3 tahun.. Tapi 4 kali weih dia celebrate hahahaha..

 Yang ni celebrate kat nursery... utk geng Oktober November & Disember...


 Yang ni celebrate sehari sebelum aku & MrAF bertolak ke KL untuk menunaikan ibadah umrah.. 5 hb petang kami dah naik ETS ke KL.. 6hb fly ke Madinah..


Yang ni xsangka Ayah Chik & Achik buat celebration untuk Riphaie.. siap ada baju tema lagi untuk Sophea,Damia & Riphaie.. masa ni kami kat Mekah..last day in Mekah..




Iya..Alhamdulilllah.. rupa-rupanya tahun ni Riphaie yang bagi hadiah birthday yang hebat untuk mama & papa.. peluang mengerjakan umrah.. memang Allah itu maha baik.. Allah bagi rezeki Imam Masjid Nabawi doakan Riphaie sebagai hadiah birthday Riphaie tahun ni.. ya Allah..tak tahu nak describe macam mana rasa bersyukur.. semoga besar nanti benar menjadi seorang yang Riphaie.

Setiap anak ada rezeki masing-masing. Allah Maha Baik. Syukur untuk segala-galanya. Terima kasih Allah.

Dan minggu lepas.. kebetulan kakak aku & family datang sini.. alang-alang berkumpul semua (tahun ni takwim kami semua tak sama..so xleh nak bercuti sempena birthday abah seperti tahun-tahun sebelum ni).. so kira pukallah.. kita celebrate birthday abah terus lah .. and kira qadha la sambut birthday Riphaie secara beramai-ramai pulak..
Sesuaikan tema kek ni.. Riphaie Boboi syi air... atok jadi tok abah ahakz..



Kepala sama dua orang ni hahaha.. Doakan abah saya untuk operate selaput mata 3 Jan ni.. lepas tu 13 hb gigih nak gi Semporna.. dah jenuh dah nasihat suruh cancel tapi masih gigih.. sebab dia kata doktor kata biasa seminggu dah okay...aduiiilaa..
Hensyemboi mama.. orang lain xkata hansem takpe.. ahahaha.. 
Yang ni barisan the cucus..


Tema..lambak.. baked wings super sedap.. aglio olio super sedap.. pizza super sedap.. nak wat shell out tapi ramai noo lembaga dietian.. kalori lah..uric acid lah.. merkuri lah..ngengada sangat kan? Hahaha.. 

Hadiah birthday Riphaie.. railway expansion ahahaha.. 

E-laf & Enna .. BFF umpama Olaf & Anna ahakz..

E & paklom...

Semalam 24 December.. ayah chik belanja dinner sempena birthday atok.. nasi 'aaarab... ambik feeling mekah walaupun rasa jauh lagi dari nak sama ahaha..


Syukur kerana dipinjamkan umur untuk masih bersama keluarga.. Semoga semuanya dipinjamkan dengan lebih lama lagi.. Amin.

Ulasan

Catatan Popular